Alkisah aku tumbuk seorang lelaki sebab salah faham.
"cik salah masuk kereta ni.." kata seorang lelaki dari luar kereta. aku yang baru sedar terus sahaja keluar tanpa memandang muka lelaki tersebut. malu yang amat!
beberapa minit yang lalu.
masuk sahaja ke sebuah kedai makan aku terus menuju ke tempat letak makanan sedia hidang. memang tak larat nak order yang baru masak nak tunggu lagi.
segar mata ku apabila terpandang 'patin masak asam pedas' tinggal sepotong bahagian ekor pula tu. tanpa fikir panjang senduk terus aku capai. namun, belum sempat aku angkat ikan itu satu tangan terlebih dahulu menceduk.
"ikan saya tu.." kata ku sedikit geram tak nampak agak nya dia aku berdiri dekat sini.
lelaki itu hanya buat pekak. aku tengah lapar dan dia nak cabar aku?
"awak..tu ikan saya." ujar ku memandang wajahnya.
"ni. tak tulis nama awak pun." selamba sahaja dia cakap macam tu.
BUK!
padan muka kau!
terteleng kepala lelaki itu menerima 'buah tangan' dari aku.
"awak ni apa masalah!" naik seoktaf suara lelaki itu. beberapa staf kedai makan menghampiri kami.
mujur tidak ramai pelanggan.
"tu ikan saya. saya berdiri lebih dulu dekat sini buta ke tak nampak." aku yang sudah baran turut tinggikan suara.
"ikan tengkorak kau. ini ayam masak merah lah.." katanya sekaligus menyedarkan aku.
laaa tu ayam masak merah ke.
terdiam aku buat seketika. nampak sangat aku jarang masuk dapur. aku pandang balik pinggan lelaki tersebut baru aku nampak ayam.
huargh malunya!
aku pandang tajam staf lelaki yang sedang menunduk itu bahu terhenjut-henjut menahan tawa.
"tulah emak suruh belajar masak kau pergi buka TikTok" sound lelaki itu cukup tajam. sebab malu dan terhina aku terus buka langkah menuju ke muka pintu kedai makan itu.
"err..cik" lembut suara staf lelaki itu.
aku yang sudah tiada mood hanya pandang kosong ke arah nya.
"pinggan jangan tapau." bertambah rona pada wajah aku.
'sial' maki ku dalam hati nak maki depan-depan kang dorang terus tendang aku.
aku letak pinggan itu diatas meja berhampiran aku. baru nak buka langkah staf lelaki itu kembali bersuara.
"cik tu gelas kami.."
"bila masa pula aku pegang gelas ni tadi takde pun." gumam ku perlahan. lelaki disamping staf itu sudah tersenyum sinis seraya mengusap pipinya bekas tumbukan padu aku.
"cik..." meleret suara itu memanggil aku kembali.
"kalau awak nak pujuk saya untuk makan kat tempat awak. maaf saya hilang mood." aku tersenyum dengan ayat sendiri. boleh tahan juga aku ni.
"tak..awak belum bayar lagi."
"eh saya takde makan pun."
"air tea limau ais. tumbuk bos saya lagi."
"Semua sekali rm103.50. harga air 3.50 muka bos saya rm100."
"HAH!"
muka tak siap macam tu rm100?
terpaksa aku rela kan duit seratus ringgit aku untuk elak kena saman.
haih lah hidup.
sampai di parking kereta aku tekan punat buka lock tanpa tengok jenis kereta aku terus masuk.
dan kini aku berdepan dengan lelaki yang sama dalam situasi yang berbeza namun amat memalukan bagi aku.
dan aku terperangkap dalam situasi ini.
aku tendang batu ditepi jalan melepas geram. tadi masa pandu kereta aku tetiba tayar pancit sekarang ada dekat bengkel tapi yang lebih malang aku tak bawa duit lebih. kad bank pulak ada di rumah. aku takde duit nak bayar terpaksa lah diorang tahan kereta aku, malang sungguh!
aku sampai di kompleks perumahan aku. semua rumah dekat sini hampir sama kalau baru pindah kompom akan sesat di rumah orang.
"assalamualaikum.. saya balik." sepi. tidak seperti biasanya.
"awak siapa!?"
PANG!
belum sempat aku jawab sebuah benda keras menghentam dahi ku dengan keras.
"eh..awak hannah." ujar aunty leah serba salah sambil memegang kuali. mungkin benda itu yang menghentam dahi ku sebentar tadi.
"huargh! my bad day!" jerit ku.
I'm aleen
Share this novel