malam sebelum raya

Other Series 1124

assalamualaikum semua! selamat hari raya Aidilfitri!

bintang malam bertaburan di dada langit. sungguh indah ciptaan Allah.

dalam keheningan malam yang hanya ditemani bunyi telefon daripada orang-orang disekeliling saya. saya termenung jauh, raya kali ini keluarga saya tidak 'lengkap' raya sebelum ini kami masih duduk bersama-sama diluar rumah bercerita perihal kerja seharian kami. namun, kali ini hampa kakak saya sakit. aku duduk diluar ditemani abah dan umi.

berkali-kali diorang tanya kakak yang kedua balik ke tak? dengan terpaksa kami berbohong kami cakap dia tidak balik sebab takde cuti walhal dia sakit

itu kami berbohong sebab umi sudah tua dia senang rasa cemas yang berlebihan bahkan dia tidak tidur malam kerana overthinking keadaan anaknya.

namun malam ini dia termenung jauh di jendela menghadap halaman rumah, apa yang difikirnya hanya Allah yang tahu.

saya sapa umi dengan suara yang saya buat ceria.

"angah betul-betul tak balik ke?" tanya nya masih melihat ke hadapan.

"kakak cakap macam tu.." jawab saya.

"raya sebelum ini boleh pula dia balik ada pun cuti dia.." saya tidak jadi menjawab kerana sebuah kereta memasuki kawasan rumah.

cepat umi berdiri membuka pintu sebaik pintu dibuka adik lelaki saya yang kelihatan di muka pintu.

" kakak kau mana (angah).." adik saya memandang saya.

"dia takde cuti mak.." jawab nya.

dalam hati saya ada rasa menyesal sebab sembunyikan pasal angah. namun, saya juga takut andaikan umi tahu angah sakit dia akan sedih risau tidak tentu pasal. umi ada penyakit darah tinggi.

saya tak nak dia sakit.. lagipun angah yang minta sendiri jangan cakap dengan umi

umi....maafkan orang

selamat hari raya angah semoga cepat sembuh dan kumpul lagi macam tahun sebelum nya..amin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience