AKU

Other Series 1124

aku menghela nafas berat, sudah berapa hari ini mood aku agak kurang stabil ada saja benda yang dapat provok emosi ku,

setiap hari juga aku buat carian di Google cara redakan amarah.

penat? Yaa aku penat.

entah apa ubat yang mujarab?

atau mungkin aku jauh dari maha pencipta?

hahaha! kelakar, kenapa aku tanya sedangkan aku tahu jawab nya, jawaban nya 'iya' aku sangat jauh dari Allah.

solat bila aku mahu. mengaji? sudah lama aku tidak sentuh Al-Quran inikan pula membacanya.

ya Allah ampunkan aku ya Allah. seluas lautan pun belum tentu dapat tandingi dosa ku selama hidup. ampunkan aku ya Allah.

perlahan tangan ku menyentuh permukaan kitab suci Al-Quran. aku rasa sebak . aku menangis dalam syukur, Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberi aku satu pemberian yang sangat berharga iaitu 'AKAL'

bait demi bait aku membaca Al-Quran ini. astagfirullah! kadang aku tergagap, ada yang aku sudah lupa. lama nya aku tidak mengaji.

ampunkan aku ya Allah aku adalah hamba yang sangat kotor T T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience