ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.. semoga awak semua sihat :)
aku nak cerita sikit pasal diri aku then and now kata mereka.
dulu boleh dikatakan aku agak nakal dengan kawan aku boleh dikatakan semua lelaki, lepak tak ingat dunia, merokok jangan dikata memang aku buat, paling teruk aku ikut budak-budak lelaki tu 'panjat' rumah orang
ades!
tambahan aku bekerja time tu dengan non-muslim aku tinggal serumah dengan mereka. bab makan aku memang tak makan 'benda' tu mereka pun akan cakap mana-mana yang aku tak boleh 'makan' tapi aku guna pinggan dari rumah diaorang juga, hampeh= =
sampai suatu hari emak aku berhenti kan aku kerja kat tempat diorang. kerja aku ini dekat kedai runcit rumah aku pula jauh dari tempat kerja. so, nak tak nak aku tinggal dengan majikan.
masa tu aku sedih seolah kebebasan ku dirampas lagipun time tu kalau tak silap aku umur aku masih mentah dalam 16-17tahun kot. tapi takde lah sampai berontak mengamuk.
aku kembali balik kampung ikut emak aku menoreh getah. ada lah sikit-sikit pendapatan
setahun dua macam tu aku ikut emak aku menoreh getah, ada satu pagi tu kawan kepada mak aku datang rumah dia cakap bos kepada anak dia cari seorang pekerja.
adalah mak tanya sikit-sikit kerja apa? bayaran semua nya tempat tidur macam mana. alhamdulillah mak beri keizinan untuk aku kerja dekat sana sebab owner dia pun muslim juga.
sebelum jalan tu emak kemaskan barang keperluan aku sambil-sambil dia bagi nasihat
dekat sana jangan jadi macam kat tempat kerja lama
berkawan dengan orang yang elok-elok
paling penting dia cakap kena amanah memandang kan aku kerja jaga kaunter dia selitkan juga nasihat yang pada aku 'damage' dia lain macam ><
dia cakap "jangan ambil satu sen pun duit, sebab kau juga yang kena tanggung nanti," macam mak tahu-tahu aku selalu panjat rumah orang. aku anggukan sahaja.
bertolak lah aku pergi bandar dengan kawan emak aku tu. sampai sahaja dekat sana boleh tahan besar kedai runcit dia sampai 7 pekerja termasuk aku.
tahun demi tahun berganti kekadang emak jenguk aku kadang pula aku yang ambil cuti pergi melawat emak dan abah aku dekat kampung. best kerja dekat sini majikan tak banyak songeh rakan kerja aku pun elok-elok sahaja.
2 tahun bekerja ada satu perasaan jentik hati gadis aku, bukan sebab jatuh cinta ke terjatuh suka dekat someone, no!
perasaan malu. ya aku malu bila rakan kerja aku pergi sembahyang bila raya diaorang pakai tudung ayu nan sopan, cantik? jangan tanya okey. aku pula ? bila waktu sembahyang diaorang ajak aku kata nanti. lagi haru selamba aku jawab aku tak tahu sembahyang, Al-Quran pun time tu aku tak reti baca aku tahu Alfatihah sahaja. tu pun tak lancar.
dekat situ baran aku tak menentu tegur sikit memang aku melenting. nasib lah diaorang tak cakap dengan bos.
berbalik pada perasaan malu itu. diam-diam kalau diaorang pergi sembahyang aku akan ikut tak macam dulu asyik bagi alasan. aku beli telekung senyap-senyap. ikut diaorang solat walhal aku tak tahu pun bacaan dalam solat masa tu time tu juga setiap tidur aku berdoa
"ya Allah beri aku hidayah." macam tu setiap hari
perasaan nak bertudung tu membuak-buak dalam dada tapi aku takut orang ketawakan aku. aku fikir macam mana kalau aku balik orang kampung ketawakan aku, Yala aku dekat kampung rock gitu.
akhirnya aku kurung niat itu. dan sesungguhnya Allah maha memakbulkan. setiap kali aku buka telefon bimbit tengok apa yang baharu dekat Fac setiap kali itu juga lah lalu dekat Fac video aku penting nya wanita bertudung. hukum bagi wanita freehair dia takkan masuk dekat neraka sendirian tapi dia akan turut heret ayah adik beradik lelaki dia . masa tu aku takut sangat aku fikir macam mana kalau aku mati tak sempat taubat tak sempat pakai tudung apa nasib abah aku apa nasib adik beradik lelaki aku. aku menangis. setiap malam aku menangis aku berdoa semoga Allah memberi aku hidayah lagi dan lagi.
aku mulai sempat kan diri dengar ceramah dengar orang membaca Al-Quran. download lagu-lagu nasyid . beli earphone pasang dekat telinga. aku masih malu bagi tahu orang.
aku minta abah aku ajar aku membaca Al-Quran kalau dulu aku akan tarik muka bila abah aku paksa aku belajar sampai aku akan merajuk berhari-hari lamanya. kini aku sendiri datang minta dia ajar aku. abah tak sentuh langsung kenapa aku berubah dekat rumah takde yang tanya kenapa aku berubah. alhamdulillah keluarga aku jaga hati aku.
hari itu akan menjelang hari raya qurban tanpa disuruh aku ikut abah dengan adik beradik aku pergi masjid sembahyang. masyaallah! jujur aku cakap ini pertama kali aku berada lama dalam masjid.
dalam hati usah dikata perasaan terharu, sedih, bersyukur semua bercampur jadi satu.
dalam raya ketiga macam tu aku balik kerja. waktu rehat itu lepas solat aku ada satu rakan kerja aku ni ajak aku pergi rumah dia, aku namakan kawan aku ini fatin
borak punya borak aku pergi lah rumah dia beraya dekat sana.
apabila aku sampai semua orang dekat sana bertudung aku sahaja yang freehair tanpa fikir panjang entah tudung sapa aku rembat dari salah satu bilik Fatin . dan peliknya takde orang ketawakan aku takde orang tanya ",aik kenapa pakai tudung." malah Fatin tolong aku benarkan tudung aku yang tidak kemas.
bermula daripada peristiwa itu aku bertudung hingga hari ini.
satu yang aku dapat belajar 'INDAHNYA ISLAM APABILA KITA MENDALAMI NYA.
ya Allah semoga aku istiqamah amin..
terima awak semua harap maklum kekurangan penulisan saya ^^
Share this novel