aku tersenyum apabila insan dihadapan tersenyum. manisnya senyuman itu.
setiap kali telefon bimbit si dia berbunyi tanda whatsapp masuk setiap kali itu juga lah senyuman mekar di bibirnya. sudah lima tahun lama nya aku simpan perasaan ini tanpa seorang pun yang tahu. hanya aku dan Allah yang tahu. aku sedut minuman yang berada dihadapan si dia masih ralit membalas setiap chat yang masuk.
terkadang aku bingung. perasaan ini tak pernah pudar bahkan bertambah setiap hari nya. sudah penat rasanya berbicara dengan sang hati agar perasaan ini pergi. lupakan! lupakan! tapi kenapa kau tetap degil! akhirnya kau yang tersakiti.
si dia berdiri apabila telefon bimbit nya minta diangkat. tanpa kata dia menjauh sedikit.
dari sini aku melihat betapa lebarnya senyuman itu. bahagia nya wajah itu.
lima tahun dahulu aku pernah bertakhta dihatinya. indah saat itu,. tapi. semua salah ku yang terlalu jual mahal. tak dinafikan ketika itu aku juga menaruh hati pada nya hanya sahaja aku sedar kedudukan ku. aku bukan pilihan keluarganya. aku bukan sesiapa, akhirnya aku terpaksa jual mahal berpura-pura tidak suka walhal aku sangat cintakan dia. beribu ayat aku nafikan perasaan ku ketika itu.
akhirnya dia memilih bahagianya sendiri kini aku yang tersakiti. berharap hatinya masih sama seperti dahulu tapi tidak lagi !
penat ? ya sangat penat.
aku sakit apabila nama wanita lain yang ia sebut.
untuk selalu bersama nya aku memilih tetap berkawan dengannya. aku takut kalau jauh dia akan lupakan aku.
ini kah cinta? atau aku sedang perbodohkan diri sendiri berharap yang tidak pasti.
dan hingga saat ini aku masih bersama dia sebagai kawan. aku berazam untuk bersama nya hingga dia bahagia bersama pilihan hatinya
dan jika saat itu tiba aku pasti akan sangat rindukan dia..
Share this novel