Get the app for full experience
SUDAH puas Aulia fikir bagaimana cara untuk menambat hati Megat Naail kembali. Hujung minggunya dihabiskan dengan duduk depan komputer riba saja. Konon nak guna khidmat Pak Cik Google tapi bila Aulia baca semua tips dan strategi yang terpapar di skrin komputer ribanya, Aulia rasa macam tak ada satu tips atau strategi untuk diguna pakai kerana dia seorang yang bernama Aulia Alina Afisya. Bak kata Megat Naail… “Jadi awak nak saya buat apa lagi untuk buktikan keikhlasan saya?” “Jadi diri awak sendiri, Aulia. Baru saya boleh nampak keikhlasan awak.” Itu yang Megat Naail katakan padanya. Nampak gaya perkenalan singkat mereka di ...