DIA~

Other Series 1124

Ya Tuhan! Tiada kata lain yang dapat aku ucapkan bahawa aku sangat mencintai nya. Aku gelisah. Cinta? Akk! Aku berusaha untuk tidak mencintai. Namun, perasaan ini amat besar untuk aku tepis!

Orang bilang, cinta sebenar itu apabila kau mencintai seseorang tanpa tahu kenapa. Dan sekarang aku merasakan perasaan itu.

Wajarkah aku cemburu? Rasanya sakit saat bibir itu tersenyum kepada wanita lain. Saat mata itu menatap wanita lain aku amat tertusuk dengan perasaan cemburu. Ya Tuhan, ini tidak betul.

Perasaan ini datang tanpa aku pinta. Aku tidak mahu semua ini! Aku terseksa menahan perasaan cemburu di hati.

Aku tidak mahu! Sungguh!

Dan bodohnya aku. Aku tahu dia TIDAK pernah memiliki perasaan serupa dengan aku. Tapi, kenapa? Kenapa aku terus menyeksa diri sendiri.

Raut wajah lembut lagi tegas itu baru sahaja melempar aku dengan sebuah senyuman. Aku bahagia pada masa yang sama kecewa kerana aku tahu senyuman itu bukan untuk aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience