bad day ll: balik kampung

Other Series 1124

Alkisah nya balik lah aku ke kampung..? ah. buntu aku nak cakap hendak balik ke mana kampung mama or papa.

kerana buntu aku memilih balik ke kampung kawan baik aku Nurin nama dia (jangan tiru^^)

dengan berlagak aku cakap akan pandu kereta sendiri. padahal kampung Nurin pun aku tidak tahu.

aku pasang radio kuat-kuat cermin kereta pula aku turun kan memandang kan aku sudah berada di kawasan kampung.

"OHHHHHH HOOOO BALIK KAMPUNG!" bagai orang kurang siuman aku menyanyi dengan amat nyaring.

itu keadaan sejam yang lalu.....

"panas nya!" sekarang aku tersidai ditengah jalan berhampiran sawah padi dengan cuaca yang teramat panas. tidak sengaja tayar kereta aku terpijak paku sebentar tadi.. argh!

nasib malang kerana sedari tadi tiada seorang pun yang lalu dan lebih malang lagi tidak sengaja kaki aku terpijak satu benda yang lembut berwarna hitam dan argh! bau yang amat!

"apa ni!?" kerana panik dan tidak memperhatikan langkah kaki aku tergelincir masuk dalam sawah padi hampir sahaja aku mencium lumpur. nasib aku baik kerana aku sempat menahan dengan tangan

sekarang keadaan aku bagaikan terpijak tahi sapi tergelincir dalam sawah padi pula.

oh bad day!

"BUAHAHAHAHA!" terdengar satu suara ketawa terbahak-bahak derita ku bahagia mu.

"tu lah lain kali masuk kampung orang bagi salam buat perangai yang elok-elok. ini tak memekak macam kampung kau yang punya." sound satu suara lelaki. lelaki itu sedang duduk di pondok yang terdapat di sawah padi ini.

dia lagi!?

"kau buat apa dekat sini? bukan kau owner kedai makan asam pedas tu ke?." aku berlagak biasa sambil membersihkan sisa kotoran yang terdapat di pakaian. namun, dalam hati allah sahaja yang tahu rasa malu yang cuba aku sembunyikan.

"kalau aku pemilik kedai makan 'asam pedas' tu tak mau dah aku duduk dekat sawah panas macam ni. lagi malang nampak kau terpijak tahi sapi pastu terjun dalam sawah berdosa aku rasa." aku hiraukan dia lalu cuba naik kembali ke atas. namun, lagi sekali nasib aku kurang baik tangan yang aku hulur ke atas untuk berpaut terpegang tahi sapi yang telah aku pijak tadi.

sekali lagi lelaki muda itu tertawa lepas.

taik sapi punya perangai sungguh!

"tahi sapi tu dendam dengan awak kot. sapa suruh buat bising tengahari macam ni.." aku buat pekak.

setelah bersusah payah akhirnya aku berjaya naik ke atas. kini aku kena berfikir untuk tukar tayar kereta.

"kereta rosak ke?" ujar lelaki itu turut melihat tayar kereta aku.

"oh tayar takde angin.."

"ada tayar ganti ke. saya tolong tukarkan.."

"tak payah la.." tolak aku. aku bukan maksudkan pun . rasa sakit hati sebab dia ketawa kan aku tadi .jadi, aku tidak mahu berhutang budi dengan dia.

dan tanpa babibu lelaki itu terus berdiri kembali ke pondok tempat dia tadi. main gitar sambil sekali sekala tangan nya menarik tali untuk menghalau burung.

aku keluarkan telefon. hendak call nurin suruh dia ambil aku disini.

MOK!

suara sapi tepat berada di belakang telah mengejut kan aku telefon turut terlepas daripada tangan aku DAN jatuh ke lumpur tempat aku terjun tadi.

tanpa berfikir panjang terus sahaja aku terjun untuk mendapat telefon aku. kerana tidak seimbang aku turut terjatuh dalam lumpur itu dengan kepala dahulu.

"huarrghh! my bad day!.."

"AHAHAHAHAHA!!.." bukan hanya satu suara aku rasa ada tiga suara yang bergabung menjadi satu.

MALU NYA!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience