menjadi 'pandir'

Other Series 1124

aku bukan siapa-siapa.

kawan? rakan kerja? sahabat? keluarga jauh sekali.

aku hanya lalang di taman yang indah hanya lalat dalam sebuah majlis mewah. aku tidak akan pernah menjadi rama-rama apatah lagi bunga yang mekar harum.

tidakkah terbit dalam hati 'mereka' untuk melepaskan aku?

aku penat..

mata 'mereka' seakan menyuruh aku untuk berhenti. namun, perlakuan 'mereka' menyuruh aku untuk bertahan.

wajarkah aku membuat keputusan 'pandir' bertahan demi sesuatu yang nyata hanya bersifat sementara..

aku tertawa "bodoh!" ya itu satu kata yang tepat untuk aku ketika ini.

sunyi itu yang aku rasa.

marah, sedih, kecewa, itu sudah lama aku pendam.

ternyata benar bertahan dan tersenyum disaat kau tidak baik-baik sahaja sangat menyakitkan...

hati, perasaan, tingkah laku akan sama berubah...

Rabu, April 24 2024

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience