belajar melupakan.

Other Series 1124

dia terjatuh. sebab aku baru sahaja siap mop.

hati aku kuat hendak menolong. tapi otak kata jangan!

aku biarkan. mesti sakit!

"kenapa tak cakap lantai licin?" dia bersuara. aku diam. merenung jauh, sedikit semangat aku hilang nampak dia jatuh depan mata.

aku berperang dengan perasaan sendiri. aku berjanji akan melupakan dia. ya, aku berjanji dengan diri sendiri. tapi, kenapa? hati aku memberontak kuat!

argh! perasaan aku terseksa!

aku tidak tolong tadi pun tidak mahu kalah dengan perasaan sendiri.

"lain kali cakap kalau lantai licin, takde lah orang pergi rumah urut sebab sakit belakang." dia bersuara. aku hanya mengangguk tanpa suara.

'I LOVE YOU' itu bisikan hati aku sendiri.

sedar! kau, dan dia sangat jauh berbeza. tengok diri kau? hahaha. menyedihkan!

otak jahat aku mula bekerja dengan menjatuhkan aku sendiri.

"aku tak boleh, tak boleh lupakan dia."

"kenapa aku kena sukakan dia lepastu aku kena lupakan dia pula? ini tak adil."

"hey! wake up! kakak dia sendiri dah cakap tak restu kau dan dia kan? kenapa kau kena seksa diri untuk bertahan? kau ada hidup sendiri! lupakan! kau boleh!" aku memberi semangat untuk diri sendiri.

tapi...

"LUPAKAN!"

"cintai dia kerana Allah, kalau berjodoh kurang pasti bersatu. cintai dia kerana Allah jangan cakap tak adil Allah tak pernah tidur, dia tahu yang terbaik untuk hamba nya."

aku masih bermonolog sendirian.

aku meneruskan kerja yang terbiar tadi.

cara satu-satunya aku kena lari dari yang bersangkutan pasal dia.

Yes! itu jalan yang aku nampak paling selamat sekarang.

:doakan saya kuat untuk hujung tahun ni. Bismillahirrahmanirrahim

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience