kelmarin sepupu sebelah mama aku kahwin. meriah majlis dia aku pula lambat datang sebab memang tak nak datang pun (hehehe) terpaksa lah mama pujuk aku dengan segala 'rasuah' dia bagi.
paling tak boleh elak dia ugut cakap dengan papa yang aku dah ada boyfriend. hello! aku tak nak kahwin awal, okey! kang papa paksa kahwin awal sebab papa tak suka ada anak dia yang bercinta sebelum kahwin.
ok done! kembali ke cerita awal.
aku berjalan dengan penuh gaya macam aku yang nak kahwin pun ada gaya dia ><
aku duduk paling belakang di sana tersedia kerusi yang siap kena bungkus cantik. aku keluar kan telefon bimbit. berada di tempat ramai sangat rimas, tau
ada yang tegur tanya khabar ada juga saudara mara yang sekadar melempar senyum.
mc mengumumkan acara selanjutnya dan yang paling di tunggu-tunggu oleh semua tetamu iaitu makan. masing-masing berdiri berjalan ke arah katering yang tidak jauh.
dengan lafaz bismillah aku mula menyuap .namun, belum pun sempat aku.
prak!
suara benda patah yang tidak lain kaki kerusi yang sedang aku duduki. aku tumbang ke belakang nasi serta lauk semua jatuh ke atas kepala ku. baju menjadi kotor muka tak payah tanya merah padam. mendung terus sekejap sahaja lagi pasti akan hujan.
malu bukan kepalang!
suara bisik-bisik serta tawa halus mula terdengar. argh!
aku berdiri untuk keluar dari dewan baru membuka langkah aku terjatuh kembali dek terpijak apa entah aku tak ambil kisah. kini bukan setakat tawa halus beberapa orang sudah terburai tawa nya. mama cepat-cepat menarik aku keluar dari dewan.
aku tertawa cuba menghalang perasaan malu.
"eh sekarang trend mandi nasi dengan lauk ke? tak tau pulak kiter." kata satu suara lelaki yang tak lain tak bukan lelaki asam pedas entah siapa lah nama dia.
pelik aku. aku balik kampung dia ada. aku dekat sini pun ada juga dia. haish!
HUARGH!
MY BAD DAY!!!
Share this novel