diruang sepi itu ia menyendiri. telefon bimbit nya menayangkan video lawak dari berbagai negara namun bibir berkedut itu sedikit pun tidak tersenyum apatah lagi ketawa.
nafas dihala berat. ia kini sedang duduk di kerusi dekat tingkap yang betul-betul menghadap jalan raya. setiap motor mahupun kereta yang lalu cepat-cepat dia berdiri dan berharap kereta mahupun motor itu akan masuk ke pekarangan rumah nya tapi entah berapa jumlah kereta dan motor yang ia catat tetap hampa satu pun tiada yang membelok masuk. buku catatan itu ia kerling kemudian kembali menghala nafas kali ini lebih panjang.
telefon bimbit yang masih menyala itu ia padam.
bosan menunggu dia berdiri dengan hati-hati. dia menyelusuri setiap ruang di rumah nya. setiap bilik ia buka. apabila bilik itu terbuka terbayang langkah kaki berkejaran kemudian suara jeritan seorang wanita yang menyuruh enam orang anak untuk berhenti bermain.
dia tersenyum. langkah kembali diteruskan ke bilik seterus nya. suara kanak-kanak menangis memenuhi ruangan bilik itu kemudian suara wanita seakan memberi peringatan. dia tersenyum lagi.
di bilik seterus nya jelas seorang anak berlari penuh ketakutan seorang wanita sedang mengejar dengan sebuah benda di tangan.
"berhenti! kalau emak dapat tangkap lagi teruk kau kena!" dia tertawa sendirian. ah! rindu nya!
sesampai di ruang tamu dia melihat sekitar. dulu ruang ini lah yang paling bersepah kini semua elok tersusun bahkan sudah berhabuk seakan tidak pernah lagi disentuh. senyuman nya hilang bertukar sebak.
"emak rindu korang.." luah nya sendirian.
anak-anak yang dulu selalu membuat darah nya naik kini tidak lagi terlihat bahkan suara nya sekarang lebih banyak tersimpan.
anak-anak itu kini telah memiliki rumah sendiri keluarga sendiri. ada yang sudah bekerja dan tidak tinggal lagi disini mereka akan pulang apabila hari raya atau hujung tahun.
sepi? ya, itu yang dia rasa setiap hari. telefon itu juga tidak dapat berubah apa-apa kerana anak-anak jarang menelefon.
rindu selalu meniti di bibir nya setiap hari. namun, seorang pun tiada yang mendengar luahan rindu itu. yang menemani masa tua nya kini hanya seorang lelaki yang mengambil nya sebagai isteri. mereka berdua adalah orang tua yang merindui anak setiap hari
boleh kah mereka meminta untuk kembali ke masa silam?
wed, may 22 , 2024 (jam 22:03)
MISS YOU A LOT!
Share this novel