wanita itu tidak menghiraukan kaki yang lelah peluh di dahi di lap menggunakan hujung baju.
kemudian dia kembali melangkah tangan kanan nya menjinjing sebuah bekas yang agak besar tangan sebelah kiri pula sedang memegang tangan seorang anak kecil. mereka dua beranak sedang berjalan dalam panas nya matahari.
kini mereka sampai di sebuah kedai runcit yang sederhana besar. diluar kedai runcit tersebut tersedia tempat duduk terlihat beberapa orang sedang duduk sambil bercerita. si wanita itu meletakkan bekas yang dia pegang. penutup bekas itu ia buka didalam terdapat cendol.
"cendol! cendol!" teriak nya untuk menarik perhatian para orang yang sedang melepak itu. ada beberapa orang mula membeli ada juga yang hanya melihat.
"terima kasih." ucap nya setelah duit bertukar tangan.
"cendol! cendol!" teriak nya lagi, namun, sudah tiada yang hendak membeli. wanita itu kembali penutup bekas tersebut.
dia kembali berjalan dalam panas nya matahari. si anak hanya mengikut arah yang di tempuh sang emak. dia langsung tidak mengetahui kesukaran yang sedang mereka hadapi.
mata anak itu bersinar ketika melihat satu anak patung yang sangat comel. si emak sangat memahami kehendak si anak. namun, sungguh duit yang ada dalam tangan nya hanya cukup-cukup makan sahaja.
akhirnya dia menarik tangan si anak menjauh. seketika tangisan anak kecil itu bergema.
22tahun kemudian.
si anak kini tumbuh menjadi gadis periang. berjaya? ya sudah pasti dia seorang gadis yang mempunyai kehidupan yang bagus dari segi kewangan.
"mak... I miss you, orang dah berjaya tapi kenapa mak pergi orang baru nak bawa mak keliling dunia.." gadis itu tergelak sendiri rumput yang tumbuh diatas kubur itu ia bersihkan.
sebelum beranjak dewasa emak terlebih dahulu pergi. sungguh dia terkilan. hampir sahaja rebah kerana takdir hidup nya.
bukan tidak dapat menerima takdir. namun, ia sungguh menyakitkan untuk berkata baik-baik sahaja.
mak...I miss you tunggu orang dekat sana ya mak...
dia mengucup batu nisan itu seakan mengucup dahi emak nya dulu ketika masih ada emak tidak pernah lupa akan memberi nya sebuah kucupan sebelum tidur. sudah sekian lama ia tidak merasakan bibir hangat itu. rindu? bohong kalau dia cakap tidak.
airmata di usap kaki di bawa melangkah. hidup kena di terus kan ujian di hadapan mungkin jauh lebih besar.
and it's me.... SANG PEMIMPI ^^
Share this novel