SEBUAH KISAH

Other Series 1124

aku duduk termenung diluar rumah. beberapa hari mood ku tidak stabil.

aku dalam delima yang amat besar manakan tidak aku tersuka dengan tunang kawan baik aku sendiri.

perasaan ini tumbuh dengan amat cepat. selain tunang kawan baik aku dia juga rakan ku ditempat kerja. boleh aku cakap dia suka hulur bantuan suara nya tidak pernah tinggi selama aku kenal dia.

kerana sikap prihatin nya membuat hati aku luluh dan perasaan ini datang tiba-tiba tanpa aku tahu bila.

adakah aku pengkhianat Sahabat baik sendiri ?

aku berusaha membuang jauh perasaan ini . namun, ia kian bercambah. semakin aku cuba semakin dia bertambah.

sungguh aku tidak mahu menjadi punca kepada retak nya hubungan mereka suatu saat.

pernah aku berkata dalam gurauan

"rasa nak rampas tunang kau." ya! aku pernah kata begitu.

kerana percaya aku sedang bergurau dia menyambut "ambil lah. kalau kau berjaya kita bermadu.." adakah dia sedar ucapannya membuat aku bahagia seketika. ia umpama 'greenlight' dari nya.

tapi tidak! ini tidak betul! aku bukan perampas!

dia sahabat aku. ya! Sahabat!

kerana perasaan yang kian meningkat aku ambil keputusan berhenti kerja. jauh dari tunang nya dan kalau boleh aku mahu putuskan hubungan persahabatan ini.

HAHAHA! bodoh!

aku hilang kerja, hilang Sahabat, hanya kerana satu lelaki dan perasaan yang seakan mempermainkan aku.

tapi kalau tidak berbuat begitu aku takut akan pergi lebih jauh.

aku memilih balik kampung tolong mama di kebun.

pagi ini dari group whatsapp aku dapat pesanan mereka telah selamat diijabkabulkan.

'dia tak undang aku pun?' hati menyoal. aku tersenyum. rupanya hanya aku yang berlebihan menganggap nya lebih dari Sahabat.

atau dia tahu aku hampir menjadi perampas.

aku biarkan semua soalan ke tepi. soal aku biarlah. yang penting mereka telah bahagia kini.

peristiwa itu telah berlalu 10 tahun yang lalu. apa khabar mereka aku juga tidak tahu.

MAAFKAN AKU

sebuah kisah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience