cinta tak harus memiliki

Other Series 1124

awal pertama aku jumpa dia . jujur , hati berdebar. mungkin ini yang disebut 'cinta pandang pertama'

beberapa hari kemudian aku beranikan diri meluah kan isi hati kepada seorang kawan baik nya.

kawan baiknya sokong aku dengan dia. Yes! melalui gadis muda itu aku dapat nombor telefon bimbit crush aku.

tapi ada satu benda yang membuat aku hampir menyerah. agama kami berbeza dia Islam sedangkan aku sendiri Kristian. aku luahkan lagi kepada kawan baiknya. sebut saja nama gadis itu Leha terkadang aku hairan kepada Leha gadis itu terlihat seakan tidak memiliki perasaan 'cinta' kepada lawan jenis. adakah ia tidak menyukai Safwan? rasanya persahabatan keduanya telah lama terjalin.

kembali kepada luahan hati aku tentang agama kami yang berbeza. Leha cakap "alah.. pusing buat apa. kau 'log in' Aje lah," santai dia berkata.

aku tidak ambil pening bicara Leha yang ya tak ya itu.

dengan kata-kata semangat dari Leha yang kini menjadi kawan baik aku juga. aku beranikan diri menyapanya dahulu melalui aplikasi WhatsApp.

dan. yes!

dia memberi respon positif bermula dari chat pertama aku semakin kagum dengan dia. then aku tersuka dan paling last aku cintakan dia.

cara dia hormat perempuan , cara dia hormat orang lebih tua hati aku makin tambah sayang.

aku ni kerja dekat aunty Safwan sebagai supervisor di kedai runcitnya. kadangkala nenek Safwan datang menjenguk.

aku ingat lagi masa tu. masa tu dah hampir nak tutup kedai nenek Safwan datang melawat entah syaitan mana datang merasuk aku ajak dia berbual bertanya khabar kemudian tanya pasal family dia. macam aku yang nak naik meminang pun ada , berani betul!

kemudian terlontar soalan maut daripada bibir ku.

"nek, kalau saya kahwin dengan salah satu cucu nenek boleh tak?" beranikan? yes! I am!

cucu nenek Safwan ada dua orang Safwan dan yang lagi satu aku tak rapat kenal nama pun tak.

"eh! tak boleh. kita keluarga," aku terkejut. keluarga cela mana?

"nenek kamu tu adik nenek. emak kamu pula anak buah nenek dan kamu kira cucu nenek juga lah," pening!! aku loading sekejap. kenapa aku baru tahu. alah keluarga jauh pun detik hati ku.

"dalam keluarga kita keluarga tak boleh kahwin kamu dengan cucu nenek masih ada pertalian darah jadi tak boleh," tegas nya. hampeh terpaksa status single aku sandang kembali.

baru nak minta restu ada pertalian darah pula. aku ceritakan tentang ini kepada Leha dan gadis itu hanya tertawa lepas. kuang asam jawa sungguh!

"aku dan dia tak mungkin bersatu beza agama paling rare kami cousin," katanya.

aku sabarkan sahaja hati agar tidak kirim santau angin pada Leha.

pengajaran nya SEBELUM CRUSH DENGAN SESEORANG CHECK DAHULU LATARBELAKANG NYA TAKDE LAH TENGAH BEST ANGAU TIBERRR KAZEN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience