Habis saja lunch, mereka terus balik ke pejabat.
Sampai di pejabat, Fauzan berkata pada Scha, "Sayang, tolong belikan abang air dekat kafe boleh tak?"
Scha memandang Fauzan dengan dahi berkerut. "Hah, air? Bukan ke tadi kita baru je minum?"
Fauzan menunjukkan muka kasihan. "Please!"
Scha menghela nafas sambil menggeleng. "Hm, yelah yelah."
Scha pun berpatah balik ke kafe, manakala Fauzan terus naik ke atas dan menuju ke mejanya. Dia kemudian berjalan ke dapur untuk mengambil kek yang sudah disiapkan lebih awal. Dia tersenyum sendiri, membayangkan reaksi Scha apabila mendapat kejutan itu.
Belum sempat dia membuka peti sejuk, tiba-tiba suara seseorang menegurnya dari belakang.
"Fauzan?"
Fauzan terkejut dan segera menoleh.
Seorang wanita berdiri di belakangnya dengan senyuman manis.
Sophea.
Sophea: "Lama tak jumpa. Awak apa khabar?"
Fauzan sedikit tergamam. Dia tak menyangka akan bertemu dengan seseorang dari masa lalunya di sini.
Tiba-tiba, Sophea terus memeluk Fauzan sambil berkata, "Saya rindu awak!"
Fauzan membulatkan mata, terkejut dengan tindakan Sophea.
"Sophea, apa ni..."
Belum sempat Fauzan menolak, suara lembut yang amat dikenalinya kedengaran dari belakang.
"Abang, sayang dah belikan…"
Fauzan segera berpaling.
Scha berdiri di depan pintu dapur, terpaku melihat mereka. Tangannya yang memegang secawan kopi terlepas tanpa dia sedar.
Gedebuk!
Cawan kopi jatuh ke lantai dan cecair pekat itu mengalir perlahan.
Scha menelan air liur, terasa nafasnya tersekat. Matanya mula berkaca.
Sophea masih tidak melepaskan pelukan, seolah-olah tidak menyedari kehadiran Scha.
Fauzan segera menepis tangan Sophea dan melangkah ke arah Scha.
"Sayang, bukan macam yang sayang fikir!" ujar Fauzan cemas.
Namun, Scha hanya tersenyum nipis, senyum yang sarat dengan kekecewaan.
Tanpa menunggu penjelasan, Scha berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Fauzan yang kini panik dan keliru.
Fauzan terus mengejar Scha dan menarik tangan Scha perlahan.
"Sayang, cuba pandang abang."
Scha menunduk, tidak mahu bertentang mata dengan Fauzan. Tangannya menggigil, hatinya terasa sebak.
"Sayang, tolonglah... bukan macam yang sayang fikir."
Scha menarik nafas dalam dan akhirnya mendongak, menatap wajah Fauzan dengan mata yang berkaca.
"Habis tu? Apa yang sayang patut fikir, abang?" suaranya lirih. "Sayang nampak dengan mata sendiri, abang dalam pelukan perempuan lain."
Fauzan menghela nafas, masih tidak melepaskan genggaman tangannya.
"Sayang, abang langsung tak balas pelukan tu. Abang sendiri terkejut bila dia tiba-tiba peluk abang. Abang tolak dia, kan?"
Scha hanya diam, cuba menghadam kata-kata Fauzan.
"Abang cuma nak sayang tahu satu benda…" Fauzan menggenggam tangan Scha lebih erat. "Hanya sayang seorang dalam hati abang."
Scha menjeling tajam ke arah Fauzan, air matanya masih bersisa.
"Patutlah tadi suruh sayang pergi beli air lah, tak bagi naik cepat lah, rupanya abang ada niat lain."
Fauzan terkejut mendengar kata-kata Scha.
"Sayang, abang sumpah abang tak tahu langsung dia ada kat sini. Abang cuma nak buat surprise untuk sayang, bukan untuk jumpa dia!"
Scha menggeleng perlahan, cuba mengawal perasaannya.
"Tapi dia sempat peluk abang dulu, kan?" suaranya sedikit bergetar.
Fauzan menghembus nafas panjang, cuba menenangkan Scha.
"Sayang, dengar sini. Abang langsung tak harapkan dia datang, dan abang pun tak ada niat nak jumpa dia. Abang tak pernah pandang perempuan lain selain sayang."
Scha diam. Dia mahu percaya pada Fauzan, tapi hatinya masih terguris.
Melihat Scha yang masih teragak-agak, Fauzan mengangkat tangan kanan dan bersumpah, "Demi Allah, sayang seorang je yang ada dalam hati abang."
Mata Scha membulat. Dia tahu Fauzan takkan bersumpah main-main. Hatinya mula goyah.
"Sayang…" Fauzan memegang wajah Scha dengan lembut. "Abang cuma nak bahagiakan sayang. Percayalah."
Scha tidak dapat menahan air matanya lagi. Dengan penuh emosi, dia terus memeluk Fauzan erat, menangis di bahunya.
"Sayang…" Fauzan terkejut seketika, tetapi segera membalas pelukan Scha dengan penuh kasih sayang.
"Abang… sayang takut… sayang takut kehilangan abang." Scha teresak-esak di dada Fauzan, hatinya masih terguris tetapi dalam masa yang sama dia juga tidak mahu kehilangan lelaki itu.
Fauzan mengusap belakang Scha dengan lembut, cuba menenangkan gadis kesayangannya. "Sayang, abang tak akan tinggalkan sayang. Tak pernah, dan tak akan. Abang cuma nak bahagiakan sayang."
Scha semakin erat memeluk Fauzan, seolah-olah tidak mahu melepaskannya lagi.
"Sayang cuma nak abang… setia dengan sayang."
Fauzan tersenyum kecil sambil mengelap air mata Scha dengan ibu jarinya. "Abang janji. Sampai bila-bila, sayang tetap bertakhta dalam hati abang."
Scha mengangguk perlahan, masih dalam dakapan Fauzan. Hatinya kini lebih tenang, kerana dia tahu lelaki itu benar-benar mencintainya.
Scha masih teresak-esak, tetapi perlahan-lahan dia mengangguk. Fauzan memegang dagunya dengan lembut, mengangkat wajah Scha supaya mata mereka bertemu.
"Sayang percayakan abang kan? Abang takkan duakan sayang." Suara Fauzan penuh dengan ketulusan.
Scha mengelap sisa air mata di pipinya, kemudian menghembus nafas perlahan. "Sayang percaya… tapi sayang takut, abang."
Fauzan tersenyum kecil sebelum mengusap pipi Scha dengan penuh kasih sayang. "Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Dalam hati abang, cuma ada sayang seorang je."
Scha menggenggam tangan Fauzan erat. "Jangan tinggalkan sayang, abang."
Fauzan mengangguk. "Abang tak akan. Sayang satu-satunya yang abang cinta."
Dalam hati Scha, perasaan ragu-ragu yang tadi menghantui dirinya perlahan-lahan menghilang. Dia tahu, Fauzan adalah lelaki yang benar-benar mencintainya.
Kebetulan pula, Ayden masuk ke dapur sambil membawa mug kosong. Dia terhenti sebaik melihat Fauzan dan Scha dalam keadaan begitu. Matanya membulat, jelas terkejut.
"Hah?! Korang…" Ayden tergagap.
Scha cepat-cepat melepaskan genggaman tangannya dari Fauzan, cuba menenangkan diri. Fauzan pula menggaru kepala, serba salah kerana selama ini mereka memang merahsiakan hubungan mereka daripada Ayden.
"Aku tak percaya… korang couple? Sejak bila?" Ayden masih terpinga-pinga.
Fauzan menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Dah lama sebenarnya, tapi kitorang tak nak hebohkan. Tak sangka kau tahu dengan cara macam ni pula."
Scha tunduk sedikit, malu kerana keadaan tadi memang jelas menunjukkan hubungan mereka.
Ayden menggeleng sambil ketawa kecil. "Gila... selama ni aku ingat korang just kawan rapat je! Rupa-rupanya ada cerita lain."
Fauzan tersenyum sambil merangkul bahu Scha. "Ya, Scha ni cinta pertama dan terakhir aku. Aku tak pernah terfikir nak cari orang lain."
Scha tersentak mendengar kata-kata itu, wajahnya merona merah. Ayden hanya tersenyum sambil menggeleng. "Patutlah… banyak benda masuk akal sekarang. Tapi aku sokong korang. Jangan risau, rahsia korang selamat dengan aku."
Fauzan ketawa kecil. "Tak ada rahsia dah, semua staf dah tahu. Kau je yang baru tahu sekarang ni."
Ayden mendekat dengan wajah pura-pura merajuk. "Ouh, aku la orang last yang tahu pasal hubungan korang. Macam ni eh kawan?"
Scha tersengih sambil mencuit lengan Ayden. "Bukan macam tu… kami cuma nak jaga privasi je."
Fauzan mengangkat tangan, cuba membela diri. "Betul tu. Bukan nak sorok dari kau, tapi... situasi tak sesuai nak bagitahu awal-awal."
Ayden menjeling, masih berpura-pura merajuk. "Habis tu, kalau aku tak terserempak tadi, sampai bila nak rahsiakan?"
Fauzan dan Scha saling berpandangan sebelum Fauzan ketawa kecil. "Sampai kau sendiri perasan la."
Ayden menghela nafas panjang lalu tersenyum. "Tak kisahlah… janji korang bahagia. Tapi aku nak satu benda."
Scha mengerutkan dahi. "Apa dia?"
Ayden tersengih nakal. "Lepas ni kalau korang kahwin, aku wajib jadi orang penting dalam majlis. Jangan berahsia lagi."
Fauzan dan Scha tergelak serentak. "Deal!"
Fauzan terus cakap, "Jom sayang, kita pergi depan," sambil memegang tangan Scha.
"Amboi Fauzan! Hormatlah sikit orang single ni," Ayden menyindir sambil berpeluk tubuh.
Fauzan hanya tersengih. "Ala Ayden, nanti kau pun ada lah tu. Jangan risau."
Ayden menjeling. "Huh, aku ni la orang last yang tahu pasal hubungan korang. Macam ni eh kawan!"
Scha tergelak kecil. "Bukan sengaja nak rahsiakan, cuma kita nak hubungan ni berjalan dengan tenang dulu."
Ayden menghela nafas panjang. "Hm, kalau macam ni gayanya, aku rasa aku patut cari pasangan cepat-cepat."
Fauzan menepuk bahu Ayden sambil ketawa. "Jangan risau, kita tolong carikan."
Ayden mengangkat kening. "Hah! Aku tak cakap yang aku dah ada calon pun."
Scha tersenyum. "Baguslah tu, nanti boleh double date."
Ayden menggeleng dengan wajah pasrah. "Tak pasal-pasal aku masuk dalam misi pencarian jodoh ni."
Mereka bertiga ketawa sebelum Scha dan Fauzan berlalu pergi ke hadapan.
Mereka berjalan dalam keadaan yang sangat gembira, Scha bersandar di bahu Fauzan sambil tersenyum manja.
"Sayang, jangan manja sangat depan Ayden. Kesian dia," Fauzan bergurau sambil mencuit hidung Scha.
"Eh, tak boleh! Dah lama tak bermanja dengan abang," Scha membalas sambil ketawa kecil.
Ayden yang berjalan di belakang mereka hanya mampu menggeleng. "Haih, makin menjadi-jadi pasangan ni. Aku pula yang kena tengok drama percintaan live depan mata."
Fauzan tersengih. "Ayden, kau kena biasakan diri. Sebab lepas ni mungkin kau akan jadi saksi masa kami kahwin pula."
Scha tersipu malu, manakala Ayden terus menepuk dahi. "Cepat sangat weh, aku belum bersedia nak jadi saksi."
Scha dan Fauzan hanya ketawa gembira, menikmati saat indah mereka bersama.
Dari kejauhan, Nazim memerhatikan Scha dan Fauzan dengan pandangan yang penuh rasa tidak puas hati. Matanya tajam, seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di dalam hatinya.
"Hmph, nampaknya Fauzan ni bukan calang-calang orang..." Nazim berbisik perlahan, tangannya dikepal erat.
Melihat Scha yang begitu mesra dengan Fauzan, hatinya semakin panas. Sejak dari awal lagi, dia memang tertarik dengan Scha, tetapi tidak menyangka Scha sudah dimiliki oleh seseorang, lebih-lebih lagi oleh Fauzan, lelaki yang selama ini nampak biasa saja di pejabat.
"Aku takkan biarkan kau bahagia begitu saja, Fauzan…" Nazim berkata dalam hati, matanya masih melekat pada pasangan itu.
Dia kemudian mengukir senyuman sinis. Seakan-akan sedang merancang sesuatu.
Selepas beberapa minit, tiba-tiba Nazim datang kepada Scha untuk menanyakan tentang kerja yang dia tidak faham.
"Cik Scha, saya tak berapa faham bahagian laporan ni. Boleh awak terangkan?" Nazim bertanya sambil berdiri di sebelah Scha.
Scha mengangguk dan mula menerangkan dengan teliti. Namun, dalam masa yang sama, tangan Nazim seolah-olah mengambil kesempatan dengan menyentuh bahu Scha.
Scha tersentak dan segera menoleh, langkahnya sedikit ke belakang untuk menjauhkan diri. "Nazim, awak boleh tanya saya tentang kerja, tapi tolong jaga batas." Nada suaranya tegas.
Nazim tergelak kecil, cuba berlagak selamba. "Eh, rileks lah. Saya tak sengaja pun."
Namun, sebelum sempat dia berkata lebih lanjut, Fauzan yang kebetulan melihat kejadian itu sudah berjalan laju ke arah mereka. Wajahnya jelas menunjukkan ketidakpuasan hati.
Dengan tenang tetapi penuh maksud, Fauzan bersuara, "Nazim, kalau ada apa-apa nak tanya pasal kerja, boleh tanya tanpa perlu sentuh."
Nazim mengangkat kening, tersenyum sinis. "Kenapa? Kau takut aku rampas Scha dari kau ke?"
Fauzan mendekati Nazim, matanya tajam menikam pandangan Nazim. "Aku cakap sekali je. Jangan ulang lagi!"
Suasana tiba-tiba menjadi tegang. Scha hanya mampu diam, tetapi hatinya lega kerana Fauzan sentiasa ada untuk melindunginya.
Nazim terus berkata dengan nada penuh sindiran, "Kau tak layak lah untuk Scha. Scha patutnya dapat lelaki yang lebih baik, macam aku."
Mata Fauzan terus membara mendengar kata-kata itu. "Kurang ajar kau!", Fauzan hampir saja melayangkan tumbukan ke arah Nazim, tetapi Scha segera menarik lengannya, menahan dia daripada bertindak di luar kawalan.
"Abang, jangan!" Scha bersuara dengan nada cemas, cuba menenangkan Fauzan yang jelas sedang bergelora emosinya.
Nazim hanya tersenyum sinis, masih dengan lagaknya yang angkuh. "Kenapa Scha? Kau takut Fauzan kalah dengan aku?"
Scha melepaskan nafas berat, kemudian berdiri lebih dekat dengan Fauzan, menggenggam tangannya erat. Dia memandang Nazim dengan wajah serius.
"Dengar sini, Nazim. Aku tak perlukan lelaki lain dalam hidup aku. Aku dah pilih Fauzan, dan aku bahagia dengan dia. Tak kira siapa yang lebih kaya, siapa yang lebih hebat, hati aku hanya untuk dia."
Nazim terdiam seketika, wajahnya jelas menampakkan kekecewaan. Namun, dia masih cuba berlagak tenang. "Kau akan menyesal, Scha. Percayalah cakap aku."
Fauzan akhirnya bersuara dengan lebih tenang tetapi penuh ketegasan. "Kau boleh cakap apa saja, tapi satu benda kau kena tahu, Scha bukan milik kau. Dia milik aku."
Nazim hanya mendengus kecil sebelum berlalu pergi dengan wajah penuh rasa tidak puas hati.
Fauzan menarik Scha ke dalam pelukannya, membiarkan gadis itu bersandar di dadanya. "Abang janji, abang takkan biarkan sesiapa pun rampas sayang daripada abang."
Scha tersenyum kecil, membalas pelukan itu dengan erat. "Sayang percayakan abang."
Share this novel