Fauzan memandu dalam diam, hanya ditemani cahaya lampu jalan yang samar-samar menerangi perjalanan pulangnya. Fikirannya berkecamuk.
"Adakah perasaan cinta itu benar-benar ikhlas? Atau sekadar hadir kerana rasa bersalah? Mungkin juga dia hanya kecewa dengan lelaki itu dan terpaksa memilih aku sebagai pengganti?"
Hatinya tidak tenang. Sejak sekian lama, dia menanti saat ini. Saat Scha akhirnya melihatnya lebih daripada sekadar junior di pejabat. Namun, kenapa saat ia benar-benar terjadi, hatinya dipenuhi keraguan?
Fauzan menghela nafas berat. Dia tidak mahu menjadi pilihan kedua. Dia tidak mahu cintanya hanya sekadar pelarian bagi Scha.
Tanpa sedar, dia sudah sampai di hadapan rumahnya. Enjin kereta dimatikan, tetapi fikirannya masih belum berhenti memikirkan kata-kata Scha tadi.
"Saya cintakan awak, Fauzan."
Tapi adakah cinta itu benar? Atau hanya satu ilusi dari luka yang belum sembuh?
Fauzan menggenggam stereng kereta dengan erat. Matanya menatap kosong ke luar tingkap, memikirkan kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulutnya.
"Kalau betul dia cintakan aku, dia kena buktikan."
Dia bukan boneka untuk dipilih hanya kerana Scha sedang terluka. Dia mahukan keikhlasan, bukan sekadar pelarian. Jika Scha benar-benar mencintainya, dia mahu melihatnya melalui tindakan, bukan hanya kata-kata.
Dengan hati yang masih berbolak-balik, Fauzan akhirnya melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Namun, fikirannya masih berat dengan persoalan yang belum terjawab.
• • • • • •
Keesokannya di pejabat, Fauzan seperti biasa duduk di mejanya, menumpukan perhatian pada kerja yang menimbun. Namun, suasana sedikit berubah apabila Scha datang menghampirinya dengan sebuah bekas makanan di tangan.
Tanpa berkata apa-apa, Scha meletakkan bekas itu di atas mejanya. Fauzan mengangkat wajah, sedikit terkejut dengan tindakan Scha.
Scha: "Saya belikan sarapan untuk awak."
Fauzan memandang bekas makanan itu sejenak sebelum menatap Scha dengan penuh tanda tanya.
Fauzan: "Terima kasih, senior… Tapi kenapa tiba-tiba?"
Scha tersenyum kecil, cuba menyembunyikan perasaannya.
Scha: "Saya nak awak tahu yang saya betul-betul ikhlas."
Fauzan terdiam. Tangannya menyentuh perlahan bekas makanan itu, tetapi hatinya masih berbolak-balik. Dia masih tertanya-tanya, adakah ini sebahagian daripada bukti yang dia minta? Atau sekadar satu lagi usaha Scha untuk menebus kesalahan?
Staf: "Scha, beli makanan untuk Fauzan ke?" (sambil tersenyum usik)
Scha tersentak sedikit, tetapi dia cuba untuk berlagak biasa.
Scha: "Eh, tak adalah… saja beli lebih."
Staf: "Ye ke? Ke ada apa-apa yang kita tak tahu ni?" (senyum nakal)
Fauzan yang dari tadi diam hanya menghela nafas perlahan, cuba mengabaikan usikan itu. Dia membuka bekas makanan dan melihat isinya. Nasi lemak dengan sambal sotong, makanan kegemarannya.
Fauzan: "Senior, Macam mana tahu saya suka nasi lemak sambal sotong?"
Scha tersenyum tipis.
Scha: "Saya ingat lagi, awak pernah cakap masa first day kerja sini dulu."
Fauzan terdiam. Perasaannya bercampur-baur. Scha benar-benar ingat?
Dari jauh, staf lain masih berbisik-bisik dan tersenyum usik, seolah-olah ada sesuatu yang sedang berkembang di antara mereka.
Encik Akmal melintasi kawasan kerja mereka tanpa memanggil Scha seperti kebiasaannya. Scha yang sedang duduk di mejanya sempat mengangkat kepala, menunggu kalau-kalau namanya disebut, tetapi tidak.
Fauzan juga perasan perubahan itu. Selalunya, Encik Akmal akan ada saja alasan untuk bercakap dengan Scha, tetapi hari ini, dia hanya berjalan terus tanpa menoleh sedikit pun.
Scha menundukkan wajah, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Tangannya menggenggam sudu di dalam bekas makanan, tetapi dia tidak menyuap.
Fauzan yang perasan perubahan itu bersuara perlahan.
Fauzan: "Senior, awak okay?"
Scha menghela nafas, cuba tersenyum.
Scha: "Tak ada apa-apa, mungkin dia dah sedar siapa yang sebenarnya curang dalam hubungan ni."
Walaupun Scha berkata begitu, ada nada kecewa dalam suaranya. Fauzan hanya memandangnya, tidak mahu berkata apa-apa lagi. Scha perlu sedar sendiri, dan jika dia betul-betul ikhlas dengan perasaannya, dia pasti akan bertindak tanpa dipaksa.
• • • • • •
Jam menunjukkan pukul 8 malam, itu menandakan waktu balik telah tiba.
Scha berjalan perlahan menuju ke perhentian bas. Hari ini terasa lebih panjang dari biasa, mungkin kerana hatinya masih kacau dengan perasaan sendiri. Dia mengeluh perlahan, melihat sekeliling. Jalan sudah mulai lengang, hanya beberapa buah kereta lalu lalang.
Sudah hampir sejam dia menunggu di situ, tetapi bas masih belum muncul. Scha menggigit bibir, menyesal kerana tidak mencari alternatif lain untuk pulang lebih awal.
Dari jauh, Fauzan yang baru sahaja mahu meninggalkan pejabat ternampak kelibat Scha duduk keseorangan di perhentian bas. Dahinya berkerut. Tanpa berfikir panjang, dia membelok ke tepi jalan dan memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Scha.
Fauzan: "Senior, dah lama tunggu? Bas tak sampai lagi ke?"
Scha terkejut seketika, sebelum tersenyum hambar.
Scha: "Tak ada rezeki kot malam ni. Saya pun tak tahu kenapa lama sangat."
Fauzan membuka pintu keretanya. "Jomlah, saya hantar."
Scha teragak-agak, namun setelah melihat jam di pergelangan tangan, dia akhirnya bersetuju. Tanpa banyak soal, dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.
Dalam keheningan malam, Fauzan baru sahaja ingin memulakan pemanduan apabila tiba-tiba Scha menghulurkan tangannya dan menggenggam tangan Fauzan dengan erat.
Scha: "Saya cintakan awak, Fauzan."
Matanya terarah kepada Scha yang kini merenungnya dengan penuh perasaan. Hatinya berdegup kencang, namun fikirannya mula dipenuhi persoalan.
Fauzan masih terpaku. Tangannya masih dalam genggaman Scha, namun hatinya berbelah bahagi.
Scha: "Saya betul-betul menyesal, Fauzan... Saya minta maaf."
Suaranya bergetar, seperti menahan sebak. Fauzan menghela nafas perlahan, cuba mencari kata-kata yang sesuai.
Fauzan: "Menyesal sebab apa?"
Scha menundukkan wajahnya. Matanya berkaca.
Scha: "Menyesal sebab selama ni saya buta. Menyesal sebab terlalu percaya pada orang yang salah dan menyesal sebab tak nampak orang yang selama ini ikhlas dengan saya."
Fauzan memandang Scha, cuba membaca keikhlasan di wajahnya.
Scha: "Saya tahu saya salah, saya tahu saya bodoh sebab tak hargai awak sebelum ni. Saya tak harap awak terima saya sekarang, tapi saya nak awak tahu yang perasaan cinta ni hadir bukan sebab saya kecewa dengan Encik Akmal. Tapi sebab saya sedar, orang yang saya patut hargai selama ni adalah awak."
Fauzan menarik nafas panjang, melepaskan genggaman Scha perlahan-lahan.
Fauzan: "Kalau betul senior cintakan saya, buktikan."
Scha mengangguk perlahan.
Scha: "Saya akan buktikan pada awak yang saya betul-betul cintakan awak."
Malam itu, perjalanan mereka diteruskan dalam diam. Namun kali ini, bukan lagi diam yang menyakitkan tetapi diam yang penuh dengan makna.
Kereta Fauzan berhenti betul-betul di hadapan rumah Scha. Lampu-lampu jalan memancarkan cahaya samar, menemani suasana yang sunyi di antara mereka.
Scha masih belum bergerak. Tangannya masih menggenggam tangan Fauzan, erat seolah-olah takut melepaskan sesuatu yang sangat berharga. Matanya berkaca, penuh dengan emosi yang bercampur-baur.
Scha: "Awak, tolong... Jangan jauhkan diri dari saya lagi. Saya terlalu cintakan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak."
Fauzan hanya diam. Dia menatap wajah Scha yang kelihatan penuh dengan keikhlasan. Selama ini, dia menahan rasa kerana takut hatinya hanya menjadi tempat persinggahan Scha selepas kecewa.
Scha: "Saya janji, saya bukan cari awak sebab saya kecewa. Saya cari awak sebab saya sedar awaklah orang yang betul-betul ikhlas dengan saya."
Fauzan menarik nafas panjang. Dia tidak pernah menyangka Scha akan berkata begitu. Hatinya masih ragu, tetapi perasaan yang dia pendam selama ini akhirnya mengalah.
Dia menggenggam tangan Scha kembali, kali ini dengan erat.
Fauzan: "Baiklah, saya terima awak. Saya cuba untuk lupakan awak tapi tetap tak boleh sebab cinta saya memang hanya untuk awak, sayang."
Air mata Scha akhirnya jatuh, tetapi kali ini bukan kerana kecewa—tetapi kerana bahagia.
Scha: "Terima kasih, saya janji saya takkan sia-siakan awak."
Fauzan mengangguk perlahan.
Malam itu, suasana di dalam kereta terasa hangat walaupun pendingin hawa masih terpasang. Fauzan menggenggam stereng dengan tenang, sesekali menjeling ke arah Scha yang masih belum turun dari kereta. Scha hanya memandangnya dengan senyuman kecil di bibir, seolah-olah ada sesuatu yang ingin dikatakannya.
Akhirnya, Scha bersuara dengan nada lembut tetapi penuh usikan.
Scha: "Awak panggil saya apa tadi? Ulang sekali lagi?" (Dia mencondongkan sedikit badannya ke arah Fauzan, matanya bersinar nakal)
Fauzan menghela nafas perlahan sambil tersenyum.
Fauzan: "Saya panggil awak sayang."
Scha tergelak kecil, hatinya berbunga mendengar panggilan itu.
Scha: "Hmm... apa kata mulai hari ini, awak panggil saya sayang dan saya panggil awak abang?" (Nada suaranya sedikit menggoda, matanya masih merenung Fauzan.)
Fauzan terdiam sejenak, kemudian mengangguk perlahan sambil tersenyum.
Fauzan: "Saya suka bunyinya. Tapi takkan dekat office pun nak panggil macam tu? Kantoi la nanti."
Scha ketawa kecil sebelum menjawab.
Scha: "Tak la, dekat office tetap formal. Senior dan junior macam biasa. Tapi bila kita berdua..." (Scha sengaja membiarkan ayatnya tergantung, menunggu reaksi Fauzan.)
Fauzan tersenyum sambil mengangguk.
Fauzan: "Haa, macam tu lah baru betul. Jadi, sayang..." (Dia sengaja menekankan perkataan itu, melihat reaksi Scha.)
Scha tersipu malu tetapi hatinya berbunga-bunga.
Scha: "Baiklah abang."
Fauzan terkedu sejenak, kemudian tersenyum puas.
Fauzan: "tiba-tiba rasa geram pulak kat sayang ni."
Scha tergelak kecil sebelum membuka pintu kereta. Sebelum melangkah keluar, dia sempat berpaling dan berkata dengan nada manja,
Scha: "Good night, abang."
Fauzan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Hatinya kini benar-benar tenang.
• • • • • •
Keesokan paginya, Fauzan tiba di hadapan rumah Scha tepat pada waktunya. Enjin kereta masih berderum perlahan, menunggu pemilik rumah itu keluar. Tidak lama kemudian, pintu rumah terbuka dan Scha melangkah keluar dengan senyuman manis di bibirnya.
Scha membuka pintu kereta dan masuk dengan tenang sebelum menoleh ke arah Fauzan.
Scha: "Awal abang sampai. Tak sabar nak jumpa sayang ke?" (dia tersenyum menggoda)
Fauzan hanya menggeleng sambil tersenyum.
Fauzan: "Takut sayang lambat masuk kerja, nanti abang pula yang kena marah."
Scha tergelak kecil sebelum membetulkan tudungnya.
Scha: "Pandai ye, nak cover konon. Tapi sayang tahu abang memang rindu nak jumpa sayang kan?"
Fauzan hanya tersenyum tanpa mengiyakan atau menidakkan kata-kata itu. Kereta mula bergerak menuju ke pejabat, dengan suasana di dalam kenderaan yang penuh dengan kehangatan antara mereka.
Setibanya di pejabat, Scha bersedia untuk membuka pintu, tetapi Fauzan menahan pergelangan tangannya perlahan.
Fauzan: "Ingat, dalam office kita tetap macam biasa. Jangan bagi orang syak."
Scha tersenyum sambil mengangguk.
Scha: "Baik, abang." (dia mengucapkannya dengan nada perlahan, cukup untuk membuat Fauzan tersenyum.)
Hari itu, Scha dan Fauzan meneruskan rutin kerja mereka seperti biasa, tetapi hanya mereka berdua tahu, hubungan mereka kini sudah berubah menjadi lebih istimewa.
Share this novel