Bab 16

Romance Series 2942

Fauzan duduk di bangku di ruang menunggu, tangannya menggenggam erat telefon yang baru dikeluarkan dari poket seluar. Dengan tangan sedikit bergetar, dia mencari nombor ibunya dan segera menekan butang panggilan.

Puan Mariam: "Hello, Fauzan? Kenapa call Mommy tiba-tiba? Ada apa?"

Fauzan menarik nafas dalam sebelum bersuara, suaranya jelas bergetar menahan resah.

Fauzan: "Mommy... Scha pengsan. Sekarang dia ada dalam bilik kecemasan."

Sejenak, talian di hujung sana senyap.

Puan Mariam: "Apa? Macam mana dia boleh pengsan?!"

Fauzan: "Tak tahu, mommy. Tiba-tiba staf datang cemas cakap Scha pengsan dekat dapur pejabat. Fauzan terus bawa dia ke hospital."

Puan Mariam: "Ya Allah, Scha macam mana sekarang?"

Fauzan: "Tak tahu, doktor masih tengah rawat dia."

Fauzan mengusap wajahnya, rasa bersalah mula menjalar dalam hatinya. Dia menunduk, jari-jarinya menggenggam rambutnya sendiri.

Puan Mariam: "Fauzan, dengar sini. Scha kuat. Mommy yakin dia akan okay."

Fauzan mengangguk walaupun ibunya tidak dapat melihatnya.

Puan Mariam: "Kalau ada apa-apa perkembangan, bagitahu mommy, ya? Mommy akan doakan Scha cepat sembuh."

Fauzan: "Okay. Terima kasih, mommy."

Dia menamatkan panggilan dan menatap skrin telefonnya seketika sebelum meletakkan kembali dalam poket. Kepalanya bersandar di dinding, matanya terpejam rapat.

Fauzan menundukkan kepala, genggamannya di lutut semakin erat. Nafasnya berat, dada terasa sesak dengan perasaan yang bercampur baur.

Dalam hati, dia berkata, "Kalau abang tak keras kepala, kalau abang maafkan sayang dari awal... mesti semua ni takkan jadi."

Matanya merenung ke arah pintu bilik kecemasan yang masih tertutup rapat.

"Kalau abang tak biarkan ego menguasai diri, mesti sayang tak perlu lalui semua ni."

Dia meraup wajahnya, cuba menenangkan diri, tetapi hatinya terus berperang dengan penyesalan.

"Ya Allah, kalau betul Scha masih ditakdirkan untuk aku... tolong selamatkan dia."

Tiba-tiba, doktor keluar dari bilik kecemasan.

Fauzan segera bangun dan menghampiri doktor dengan wajah cemas.

"Macam mana keadaan dia, doktor?"

Doktor tersenyum sedikit. "Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius, tapi buat masa sekarang dia masih belum sedarkan diri. Kami akan terus pantau keadaan dia."

Fauzan menarik nafas lega, namun hatinya masih resah. "Boleh saya tengok dia sekarang?"

Doktor mengangguk. "Boleh, tapi jangan lama. Dia perlukan rehat secukupnya."

Tanpa membuang masa, Fauzan masuk ke dalam bilik Scha. Melihat Scha terbaring lemah dengan wajah pucat, hatinya tiba-tiba sebak. Dia menghampiri katil dan duduk di kerusi di sebelahnya.

Perlahan-lahan, dia mencapai tangan Scha dan menggenggamnya.

"Sayang, bangunlah. Jangan buat abang risau."

Namun, Scha masih diam, matanya tertutup rapat. Fauzan menundukkan kepalanya.

"Kalau abang kehilangan sayang sekali lagi, abang tak tahu macam mana nak teruskan hidup."

Dia menggenggam tangan Scha lebih erat, berharap Scha akan sedar dan kembali kepadanya.

Fauzan menangis teresak, tangannya menggenggam erat tangan Scha yang masih terbaring tidak sedarkan diri. Dengan penuh rasa sayang dan penyesalan, dia mencium tangan Scha perlahan.

"Tolong bangun, sayang… jangan tinggalkan abang lagi." suaranya bergetar, matanya merah menahan air mata yang semakin deras mengalir.

Tiba-tiba, seorang staf dari pejabat datang dan menepuk bahu Fauzan perlahan dari belakang.

"Fauzan, kau okay?" suara staf itu penuh dengan kebimbangan.

Fauzan menghela nafas panjang, cuba menenangkan dirinya. Dia menyeka air matanya sebelum menoleh ke arah staf tersebut.

"Aku… aku takut dia tak sedarkan diri." Fauzan bersuara perlahan, hampir berbisik.

Staf itu duduk di sebelahnya, menenangkan Fauzan. "Dia kuat, Fauzan. Kita sama-sama doakan dia cepat sedar, okay?"

Fauzan hanya mengangguk, matanya kembali ke arah Scha. "Aku takkan ke mana-mana. Aku akan tunggu sampai dia sedar."

• • • • • •

Dua hari telah berlalu, namun Scha masih belum sedarkan diri. Fauzan tidak pernah berganjak dari sisi Scha, tetap setia menunggu dengan harapan yang tidak pernah pudar.

Tiba-tiba, pintu bilik hospital terbuka, dan doktor melangkah masuk. Fauzan segera berdiri, hatinya berdebar.

"Doktor, macam mana keadaan Scha?" tanyanya dengan penuh harapan.

Doktor menghela nafas perlahan sebelum menjawab, "Encik Fauzan, Scha masih dalam keadaan tidak stabil. Walaupun keadaannya tidak kritikal, dia mengalami trauma yang agak serius. Buat masa sekarang, kami masih menunggu dia untuk sedarkan diri secara semula jadi."

Fauzan mengerutkan dahi. "Maksud doktor... Scha mungkin akan terus begini untuk tempoh yang lama?"

Doktor mengangguk perlahan. "Kami tidak boleh beri kepastian, bergantung kepada tubuh dan minda dia untuk melawan."

Fauzan menunduk, menggenggam erat tangan Scha. "Sayang… abang tahu abang salah tapi tolonglah bangun. Jangan tinggalkan abang macam ni." bisiknya penuh hiba.

Doktor menepuk bahu Fauzan dengan lembut. "Beri dia masa. Terus bercakap dengannya, beri dia semangat. Kadang-kadang, suara orang yang mereka sayang boleh membantu mereka kembali."

Fauzan mengangguk perlahan. Dia tidak akan menyerah. Dia akan terus berada di sisi Scha.

Selepas beberapa minit, Fauzan yang keletihan akhirnya tertidur di tepi katil Scha. Tangannya masih menggenggam tangan Scha, seolah-olah tidak mahu melepaskan.

Dalam kesunyian bilik hospital, tiba-tiba jari Scha bergerak sedikit. Hujung jarinya perlahan-lahan menggenggam kembali tangan Fauzan, walaupun sangat lemah.

Fauzan tersentak. Dia terasa sesuatu di tangannya. Matanya terbuka perlahan-lahan dan dia segera menoleh ke arah Scha.

"Sayang? Sayang dah sedar ?" suaranya bergetar, penuh harapan.

Kelopak mata Scha berkedip sedikit, seolah-olah cuba untuk bangun dari lena yang panjang. Nafasnya semakin teratur, dan akhirnya, perlahan-lahan matanya terbuka.

"Abang..." suara Scha lemah, hampir berbisik.

Fauzan tersenyum, air mata kegembiraan mengalir tanpa dia sedari. Dia segera menggenggam tangan Scha dengan erat.

"Ya, sayang. Abang dekat sini… Abang ada dengan sayang." katanya penuh rasa syukur.

Scha memandang Fauzan dengan mata berkaca. "Abang, sayang minta maaf sebab sayang tinggalkan abang."

Fauzan menatap Scha dengan perasaan bercampur-baur. Dia menghela nafas panjang sebelum menggenggam tangan Scha dengan erat. "Sayang, jangan cakap macam tu lagi. Abang dah lama maafkan sayang."

Air mata Scha mengalir perlahan. "Tapi sayang dah lukakan hati abang, sayang tinggalkan abang waktu abang paling perlukan sayang."

Fauzan mengusap perlahan rambut Scha, cuba menenangkan perasaannya. "Abang mengaku, dulu abang terluka. Abang kecewa. Tapi sepanjang sayang tak ada, abang sedar yang hati abang tetap untuk sayang. Abang cuba lupakan sayang tapi tak boleh."

Scha teresak kecil. "Maksud abang…?"

Fauzan tersenyum, menggenggam tangan Scha lebih erat. "Abang masih cintakan sayang. Abang nak kita mulakan semuanya dari awal. Kali ini, kita jaga hubungan kita baik-baik."

Scha menutup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Air matanya terus mengalir, tetapi kali ini bukan kerana kesedihan tetapi kerana bahagia. "Sayang janji, abang. Sayang takkan ulang kesilapan dulu lagi. Sayang akan jaga abang, sayang akan jaga hubungan kita."

Fauzan mengangguk, tersenyum sambil mengelap air mata di pipi Scha. "Abang percayakan sayang. Kita sama-sama jaga hubungan ini."

Scha menggenggam tangan Fauzan erat, merasakan kehangatan kasih sayang yang selama ini dia rindukan. Kini, tiada lagi keraguan dalam hati mereka. Yang tinggal hanyalah harapan untuk masa depan yang lebih baik bersama.

Fauzan mengangkat tangannya dan perlahan-lahan mengelap air mata di pipi Scha. "Dah, jangan nangis, tak cantik dah sayang abang ni kalau nangis."

Scha tersenyum kecil di sebalik air matanya. "Abang ni… sejak bila pandai pujuk macam ni?"

Fauzan ketawa kecil, masih menggenggam tangan Scha. "Sejak abang sedar yang abang tak boleh kehilangan awak lagi."

Scha menggigit bibir, cuba menahan sebak yang masih bersisa. "Abang… terima kasih sebab masih boleh terima sayang."

Fauzan menggeleng perlahan. "Tak, abang yang patut berterima kasih pada sayang. Sebab kembali hadir dalam hidup abang."

Mereka berpandangan, seolah-olah tiada lagi jurang yang pernah memisahkan mereka sebelum ini. Scha menggenggam tangan Fauzan lebih erat, merasakan kehangatan kasih sayang yang selama ini dia rindukan.

"Mulai hari ini, kita mulakan semula, ya?" Scha berkata dengan penuh harapan.

Fauzan mengangguk sambil mengusap rambut Scha dengan penuh kasih sayang. "Ya, sayang. Kita mulakan semula, kali ini sampai ke akhir hayat."

Tiba-tiba, doktor masuk ke dalam bilik dengan senyuman. "Masa untuk makan, Puan Scha."

Scha tersipu malu dan menjeling ke arah Fauzan. "Puan Scha? Saya belum kahwin lagi lah, doktor."

Doktor ketawa kecil. "Oh ya ke? Tapi tengok cara Encik Fauzan jaga awak, saya ingatkan suami awak."

Fauzan tersenyum sambil mencapai dulang makanan yang dibawa jururawat. "Tak lama lagi, doktor."

Scha tersentak dan memandang Fauzan dengan mata membulat.

Fauzan hanya tersenyum dan meletakkan sudu di tangan Scha. "Makan dulu, nanti kita sambung cerita pasal tu."

Scha masih dalam keadaan terkejut, tetapi hatinya berdegup kencang. Dia tidak pasti sama ada Fauzan serius atau hanya bergurau. Namun, dari sinar mata lelaki itu, dia tahu Fauzan benar-benar maksudkannya.

Selesai saja makan, Scha meletakkan sudu dan garpu di atas dulang sebelum memandang Fauzan dengan penuh perasaan.

"Abang, sayang nak tanya sikit boleh?"

Fauzan tersenyum dan mengangguk. "Ya sayang, tanyalah."

Scha menggenggam jemarinya sendiri, teragak-agak sebelum bersuara. "Macam mana abang boleh bertahan sepanjang tiga tahun kita berpisah?"

Fauzan menarik nafas perlahan, kemudian menghembuskannya. Dia merenung mata Scha seketika sebelum mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

"Sejujurnya, abang pun tak tahu macam mana abang bertahan." Fauzan tersenyum kelat. "Hari-hari abang tanpa sayang, abang rasa kosong. Abang cuba sibukkan diri dengan kerja, tapi tetap tak boleh. Abang terperap dalam bilik, cuba hadam yang sayang dah tak ada dalam hidup abang."

Scha menelan air liur, rasa bersalah mula menjalar dalam hatinya. "Kenapa abang tak cuba cari orang lain?" soalnya perlahan.

Fauzan ketawa kecil, tetapi ada kesakitan di sebalik senyumannya. "Sebab hati abang masih untuk sayang. Tak ada sesiapa yang boleh gantikan tempat sayang."

Air mata Scha bergenang. Dia sedar betapa setianya Fauzan. Walaupun mereka terpisah selama tiga tahun, lelaki di hadapannya ini masih menunggu dengan penuh kesabaran.

Scha menggenggam tangan Fauzan erat. "Sayang janji… kali ni sayang takkan tinggalkan abang lagi."

Fauzan mengusap lembut kepala Scha sambil tersenyum. "Abang pun janji… abang takkan biarkan sayang pergi lagi."

Scha menggenggam tangan Fauzan dengan perlahan, matanya redup memandang wajah lelaki itu.

"Sebenarnya kan, haritu masa Mommy abang balik sini… kitorang berjumpa."

Fauzan mengerutkan dahi, sedikit terkejut. "Mommy jumpa sayang? Kenapa dia tak bagitahu abang?"

Scha tersenyum kecil. "Sebab Mommy tak nak abang tahu. Dia yang cari sayang dulu, dia minta sayang cuba dapatkan abang semula."

Fauzan terkedu seketika. Dia tak menyangka ibunya sanggup masuk campur dalam urusan mereka.

"Jadi… Mommy yang suruh sayang untuk kembali pada abang?"

Scha menggeleng. "Tak, Mommy cuma beri semangat. Tapi keputusan tu tetap datang dari hati sayang sendiri. Sayang sedar, sayang masih cintakan abang dan sayang tak sanggup kehilangan abang."

Fauzan tersenyum tipis, hatinya tersentuh dengan kata-kata itu. Dia menggenggam erat tangan Scha. "Mommy memang selalu tahu apa yang terbaik. Tapi kali ni, abang sendiri yang nak pastikan kita tak akan berpisah lagi."

Scha tersenyum bahagia. Dalam diam, dia berterima kasih kepada Mommy Fauzan kerana telah membantunya menyedari apa yang benar-benar penting dalam hidupnya.

Scha ketawa kecil melihat reaksi Fauzan. "Jangan marah Mommy ya, dia buat semua ni sebab dia tahu abang masih sayangkan sayang."

Fauzan menghela nafas sambil tersenyum. "Oh, pandai eh Mommy plan dengan sayang abang ni? Nanti abang call Mommy."

Scha tersengih. "Abang nak marah Mommy ke?"

Fauzan menggeleng sambil mencuit hidung Scha dengan manja. "Tak lah, abang cuma nak ucap terima kasih sebab dia tolong pulangkan jantung abang yang dah lama hilang."

Scha tersipu malu, pipinya merona merah. "Jadi… abang dah maafkan sayang?"

Fauzan menarik nafas dalam dan menatap mata Scha dengan penuh kasih sayang. "Abang bukan saja maafkan sayang… abang nak kita mulakan semula, kali ni dengan lebih kuat, lebih matang, dan lebih yakin yang kita memang ditakdirkan bersama."

Air mata bahagia mengalir di pipi Scha. "Terima kasih, abang."

Mereka saling berpandangan penuh makna, seakan segala luka lama kini benar-benar sembuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience