Tiba-tiba, pintu bilik hospital terbuka, dan sekumpulan staf pejabat masuk dengan senyuman ceria.
"Scha, kami datang melawat awak!" kata salah seorang staf sambil meletakkan kotak kek di meja.
"Saya ada belikan kek untuk awak" ujar staf pertama dengan gembira.
"Saya pula belikan nasi lemak ayam! Mesti awak rindu nak makan ni." tambah staf kedua sambil menghulurkan bungkusan makanan.
Scha tersenyum lebar melihat keprihatinan rakan-rakannya. "Terima kasih semua, saya terharu sangat!"
Namun, Fauzan yang duduk di sebelah Scha mula mempamerkan wajah cemburu. Dia memandang Scha dan merungut perlahan, "Nanti abang belikan makanan yang lagi sedap untuk sayang."
Scha ketawa kecil melihat reaksi Fauzan. "Abang ni… cemburu ke?"
Fauzan mengangkat kening sambil bersilang tangan. "Bukan cemburu, cuma abang nak jadi orang yang paling buat sayang gembira."
Staf yang lain ketawa melihat gelagat Fauzan. "Wah, nampaknya Scha dah ada bodyguard peribadi!" gurau salah seorang staf.
Fauzan hanya tersenyum puas, gembira kerana akhirnya Scha kembali menjadi miliknya.
Staf mula tersengih melihat reaksi Fauzan yang jelas menunjukkan wajah cemburu.
"Amboi Fauzan, jealous ke?" usik salah seorang staf sambil ketawa kecil.
Fauzan menjeling ke arah mereka sambil bersilang tangan di dada. "Bukan jealous… cuma nak pastikan Scha dapat yang terbaik."
Scha ketawa kecil melihat reaksi Fauzan. "Abang ni… kalau jealous, cakap jelah jealous."
Staf yang lain terus menyambung usikan. "Haa, Fauzan memang tak boleh tengok Scha dengan orang lain. Sayang betul!"
Fauzan menghela nafas dan mengusap kepala Scha dengan lembut. "Dah lah, makan dulu. Abang tak nak nanti sayang lapar."
Scha tersenyum bahagia, merasa betapa Fauzan benar-benar mengambil berat tentangnya. Sementara itu, staf yang lain masih ketawa, terhibur dengan pasangan itu.
"Scha nak tahu, sepanjang lima tahun Scha tak ada kat pejabat, susah nak nampak dia senyum, apatah lagi nak dengar dia ketawa," kata salah seorang staf.
Scha terdiam seketika, memandang Fauzan yang duduk di sebelahnya. "Betul ke, abang?" tanyanya perlahan.
Fauzan menghela nafas panjang sebelum tersenyum tipis. "Mungkin sebab abang dah terbiasa ada sayang dulu. Bila sayang tak ada, semuanya rasa kosong."
Staf lain mengangguk setuju. "Dulu kalau Scha ada, dia selalu ceria. Tapi lepas Scha pergi, Fauzan lebih banyak diam je."
Scha menggenggam tangan Fauzan erat. "Sayang minta maaf, abang. Sayang tak tahu abang lalui semua ni."
Fauzan mengusap tangan Scha dengan lembut. "Benda dah lepas, sayang. Yang penting sekarang, sayang dah balik pada abang."
Scha dan Fauzan hanya tersenyum, sedangkan staf-staf lain terus mengusik mereka.
"Alhamdulillah, akhirnya Fauzan yang dulu dah kembali," kata seorang staf lagi.
Fauzan menggeleng sambil tersenyum. "Dulu dan sekarang tetap sama, cuma kali ni abang takkan lepaskan Scha lagi."
Scha tersenyum bahagia. "Dan sayang takkan tinggalkan abang lagi."
Tiba-tiba seorang staf mencelah, "Fauzan, kau tak bagitahu kitorang pun yang parent kau ada company kat China."
Semua mata tertumpu pada Fauzan.
Fauzan tersenyum kecil. "Aku tak rasa benda tu penting untuk diceritakan. Lagipun, aku nak orang kenal aku sebab kerja aku, bukan sebab family aku."
Staf lain mengangguk memahami. "Patutlah kau nampak berdikari. Rupa-rupanya, kau dah biasa hidup sendiri."
Seorang staf lain berseloroh, "Kalau macam tu, Scha kena kahwin dengan Fauzan cepat-cepat. Mana tahu boleh jadi CEO kat China nanti!"
Scha tersipu malu, manakala Fauzan hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. "Fokus sihat dulu, baru fikir pasal benda lain."
Semua orang ketawa, gembira melihat Fauzan yang akhirnya kembali ceria seperti dulu.
Staf: "Besar ke syarikat parent kau kat sana, Fauzan?"
Fauzan terdiam sejenak, seperti mencari jawapan yang sesuai.
Staf 2: "Hm, dah agak. Mesti syarikat besar ni."
Staf 3: "Kenapa kau tak kerja kat sana je?"
Fauzan menarik nafas perlahan sebelum menjawab, "Aku lebih suka bina kerjaya sendiri tanpa bergantung pada family."
Beberapa staf mengangguk tanda faham.
Staf: "Patutlah kau kerja keras. Kau nak buktikan sesuatu, kan?"
Fauzan mengangguk perlahan. "Aku nak berjaya dengan usaha sendiri. Kalau aku kerja kat sana, orang mesti fikir aku dapat jawatan sebab parent aku, bukan sebab kemampuan aku sendiri."
Scha yang mendengar hanya memandang Fauzan dengan penuh rasa kagum.
Scha: "Abang memang hebat…" katanya perlahan.
Staf 2: "Alaa, Scha nampak terharu tu. Cepatlah kahwin, biar Scha jadi support system kau!"
Suasana bilik itu dipenuhi dengan tawa kecil. Scha tersipu malu, manakala Fauzan hanya menggeleng dengan senyuman.
Staf: "Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan Scha? Padahal dia senior kau."
Fauzan tersenyum kecil, memandang Scha yang turut menanti jawapannya.
Fauzan: "Entahlah… dari dulu aku memang dah perasan dia. Cara dia bekerja, cara dia layan orang, semuanya buat aku kagum. Tapi masa tu aku anggap perasaan tu biasa je, sampailah satu hari..."
Staf 2: "Sampai satu hari apa?"
Fauzan menghela nafas dan tersenyum sedikit. "Masa tu aku nampak Scha tolong seorang staf baru yang kena marah dengan bos. Scha sanggup backup staf tu, padahal dia sendiri boleh kena tempias. Dari situ aku nampak yang dia ni bukan sekadar senior biasa. Dia ada hati yang baik. Sejak tu, aku mula nampak Scha dengan cara yang berbeza."
Scha terkedu mendengar pengakuan itu. Dia sendiri tidak menyangka perkara sekecil itu yang membuat Fauzan jatuh hati padanya.
Staf 3: "Fuhh, ini baru betul jatuh cinta sebab hati, bukan rupa semata-mata."
Scha: (tersenyum malu) "Abang, sayang tak sangka benda tu yang buat abang jatuh hati."
Fauzan memandang Scha dengan penuh rasa kasih. "Sebab tu sampai sekarang, walaupun kita pernah berpisah, hati abang tetap pada sayang."
Seluruh bilik terasa seakan membeku seketika, sebelum staf-staf lain bersorak kecil, menggoda pasangan itu.
Fauzan hanya tersenyum sambil Scha menundukkan wajah, pipinya kemerahan.
Fauzan: "Mula-mula aku ingat aku takkan dapat dia, sebab masa tu Scha bercinta dengan Encik Akmal."
Semua staf terdiam seketika, kemudian masing-masing memandang Scha dengan penuh minat.
Staf 1: "Haa, Scha! Betul ke dulu kau dengan Encik Akmal?"
Scha tersenyum nipis dan mengangguk perlahan. "Ya, dulu kami pernah bercinta. Tapi jodoh tak panjang."
Staf 2: "Habis tu, macam mana boleh putus?"
Scha terdiam seketika sebelum menjawab, "Kami ada perbezaan yang susah nak selesaikan. Jadi, lebih baik berpisah daripada terus menyakiti satu sama lain."
Fauzan hanya memerhati Scha dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Staf 3: "Mesti masa tu Fauzan frust gila kan?"
Fauzan tersenyum kecil, mengenang kembali saat itu. "Frust tu memang la frust. Tapi aku tak boleh buat apa-apa selain terima hakikat. Aku cuma mampu tengok dari jauh."
Scha memandang Fauzan dengan mata berkaca. Dia tahu selama ini Fauzan menyayanginya dalam diam.
Fauzan: "Aku ingat aku dah tak ada harapan. Tapi bila Scha putus dengan Encik Akmal… masa tu aku fikir, mungkin ini peluang aku. Aku tak nak jadi rebound, jadi aku tunggu. Sampai aku betul-betul yakin, baru aku beranikan diri untuk luahkan perasaan."
Semua staf tersenyum, kagum dengan kesabaran Fauzan.
Staf 1: "Dan akhirnya kau berjaya juga dapatkan dia. Memang betul orang cakap, jodoh tak ke mana."
Fauzan menoleh ke arah Scha sambil menggenggam tangannya dengan lembut.
Fauzan: "Dulu aku fikir Scha terlalu jauh dari jangkauan aku. Tapi sekarang, aku bersyukur sebab Scha ada di sisi aku."
Scha tersenyum, hatinya penuh dengan rasa syukur dan bahagia.
Scha mengeluh perlahan sambil menggeleng. "Nasib baik Fauzan yang bongkarkan rahsia Encik Akmal. Kalau tak, sampai sekarang aku tak tahu yang Encik Akmal curang dengan aku."
Fauzan bersandar pada dinding sambil menyilangkan tangan. "Masa tu abang pun serba salah nak bagitahu sayang. Takut sayang tak percaya."
Seorang staf menyampuk, "Memang pun. Scha kan sayang gila dengan Encik Akmal masa tu. Kalau bukan Fauzan yang dedahkan bukti, mesti kau masih buta dengan cinta dia."
Scha menghela nafas panjang, teringat betapa bodohnya dia mempercayai Encik Akmal dulu. "Aku ingat dia lelaki terbaik untuk aku... Rupa-rupanya dia cuma pandai bersandiwara."
Fauzan memandang Scha dengan lembut. "Abang cuma tak nak sayang disakiti lebih lama."
Scha tersenyum kecil. "Terima kasih, abang... sebab selamatkan sayang."
Staf lain bersorak kecil, "Alaaa sweetnya korang ni! Kiranya Scha dengan Fauzan ni memang jodoh lah, kan?"
Scha tersipu malu, manakala Fauzan hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Selepas beberapa hari, Scha sudah keluar dari hospital dan telah sihat sepenuhnya. Seperti biasa, dia dan Fauzan pergi ke pejabat bersama.
Tiba-tiba, boss mereka muncul di tengah-tengah pejabat dan menarik perhatian semua staf.
Boss: "Hai semua, saya nak perkenalkan pekerja baru kita, Nazim."
Seorang lelaki tinggi berkemeja kemas melangkah ke hadapan dengan senyuman ramah.
Nazim: "Hai semua, salam perkenalan." (matanya tertumpu pada Scha) "Ni cik Scha kan? Ramai cakap cik Scha cantik."
Scha tersenyum sopan. "Hai, ya saya Scha. Terima kasih."
Fauzan yang berdiri di tepi Scha, hanya menjeling tajam ke arah Nazim, tetapi cuba mengawal ekspresinya.
Boss: "Nazim akan bekerja di bahagian pemasaran. Scha, boleh tolong bimbing dia sementara dia masih baru?"
Scha mengangguk. "Baik, saya akan bantu mana yang boleh."
Nazim tersenyum lebar. "Terima kasih, cik Scha! Saya bertuah dapat belajar daripada orang hebat macam cik Scha."
Fauzan merapatkan sedikit jaraknya dengan Scha, masih memerhatikan setiap gerak-geri Nazim dengan wajah cemburu. Hatinya mula rasa tak selesa.
Fauzan terus mencelah, "Kalau tak ada apa-apa, boleh pergi buat kerja. Dah tahu kan meja awak kat mana?"
Nazim sedikit tersentak, tetapi dia hanya tersenyum kecil. "Baiklah, saya pergi dulu."
Selepas Nazim berlalu pergi, Scha menoleh ke arah Fauzan dengan dahi berkerut. "Kenapa awak macam marah je?"
Fauzan menyilangkan tangan sambil bersandar di meja Scha. "Tak marah pun."
Scha menggeleng sambil tersenyum kecil. "Yelah tu, tiba-tiba garang. Cemburu ke?"
Fauzan menjeling ke arah Scha sebelum mengalih pandangan. "Tak ada maknanya nak cemburu."
Scha ketawa kecil. "Yeke? Habis tu kenapa awak terus suruh dia pergi buat kerja?"
Fauzan menarik nafas perlahan. "Sebab dia banyak cakap. Datang hari pertama dah sibuk nak puji orang. Baik fokus kerja dulu."
Scha tersenyum lebar. "Ooo... jadi awak tak suka orang puji saya lah?"
Fauzan menjeling lagi. "Bukan tak suka, tapi tak perlulah nak puji cantik la apa lah."
Scha ketawa lagi. "Abang cemburu kan? mengaku jelah abang cemburu."
Fauzan terus memegang tangan Scha sambil menggosok perlahan. "Berani dia nak mengorat sayang abang ni."
Scha tersenyum sambil menggeleng. "Ala, abang ni… Dia cuma bagi salam perkenalan je."
Fauzan masih dengan wajah seriusnya. "Salam perkenalan apa kalau awal-awal dah puji? Itu bukan perkenalan, itu taktik."
Scha ketawa kecil sambil menepuk perlahan tangan Fauzan. "Abang ni over la. Sayang ni tetap milik abang sorang, jangan risau."
Fauzan menarik nafas lega sebelum mengeratkan genggaman tangannya. "Memang pun. Jangan sesekali pandang lelaki lain."
Scha mengangkat kening sambil tersenyum nakal. "Habis tu kalau artis Korea?"
Fauzan menjeling tajam. "Sayang nak kena ni?"
Scha terus tergelak sambil menarik tangan Fauzan ke arah mejanya. "Dah-dah, abang ni kuat sangat cemburu. Pergi buat kerja cepat!"
Fauzan tersenyum kecil sebelum melepaskan genggaman tangannya dengan perlahan. Walaupun dia tahu Scha setia padanya, hatinya tetap tidak senang bila ada lelaki lain yang cuba mendekati Scha.
Sebelum Fauzan duduk di meja kerjanya, dia sempat berkata, "Nasib baik meja sayang depan meja abang ni je. Kalau dekat dengan meja Nazim…"
Scha mengangkat kening sambil tersenyum nakal. "Kalau dekat dengan meja dia, kenapa?"
Fauzan menjeling sambil berpeluk tubuh. "Abang akan mintak bos pindahkan tempat abang sebelah meja sayang. Tak boleh bagi chance langsung."
Scha tergelak kecil. "Ya Allah, abang ni… Dah la, kerja cepat. Jangan fikir bukan-bukan."
Scha hanya menggeleng sambil tersenyum sebelum kembali fokus pada kerjanya. Fauzan pula, walaupun duduk di mejanya, matanya sesekali melirik ke arah Scha, memastikan tiada lagi yang berani mengusik 'sayang' miliknya.
Share this novel