Setibanya di kafe, Scha melihat seorang wanita sedang duduk di meja yang telah diberitahu. Dengan sedikit debaran, Scha melangkah perlahan ke arahnya dan menegur dari belakang.
"Ini mommy Fauzan ke?"
Wanita itu menoleh dan tersenyum. "Ya, saya mommy Fauzan. Scha kan?"
Scha mengangguk perlahan sebelum menarik kerusi dan duduk di hadapan wanita itu.
"Puan nak jumpa saya… sebenarnya ada perkara apa ya?" Scha bertanya dengan penuh tanda tanya.
Mommy Fauzan memandangnya dengan lembut sebelum berkata, "Saya nak tanya Scha satu soalan penting… Scha masih sayangkan Fauzan?"
Scha tergamam seketika. Tangannya menggenggam hujung bajunya sendiri, cuba menyembunyikan perasaannya.
"Saya... saya masih cintakan dia, puan." Scha mengaku dengan suara perlahan.
Mommy Fauzan tersenyum tipis. "Kalau macam tu, saya nak bantu awak untuk dapatkan Fauzan semula, sebab saya dah tak lama kat sini. Saya tak nak anak saya sedih."
"Puan, dah tak lama kat sini? Maksud puan?" Scha bertanya dengan sedikit keraguan.
Mommy Fauzan tersenyum dan mengangguk. "Ya, sebenarnya saya ada syarikat dekat China. Jadi, saya dan suami saya kena uruskan syarikat di sana dan tinggal di sana. Kadang-kadang saja kami balik ke sini."
Scha mengerutkan dahi, "Jadi, Fauzan tinggal seorang diri?"
Mommy Fauzan mengangguk lagi. "Ya, dia tinggal seorang diri. Tapi kami tetap masukkan duit untuk dia setiap bulan. Sejak 2014, dia dah mula berdikari sendiri tanpa bergantung pada sesiapa."
Scha terdiam sejenak. Hatinya tiba-tiba terasa berat. Dia tak sangka Fauzan hidup sendirian selama ini, tanpa ibu bapa di sisi. "Mesti susah untuk dia."
Mommy Fauzan menarik nafas perlahan. "Memang susah, tapi dia tak pernah mengeluh. Dia belajar berdikari sendiri. Walaupun dia nampak kuat, saya tahu dia tetap perlukan seseorang untuk ada di sisi dia."
Scha menunduk. Rasa bersalah mula menjalar dalam hatinya. Dia pernah tinggalkan Fauzan tanpa fikir panjang, sedangkan Fauzan mungkin menanggung kesedihan seorang diri.
"Saya tahu saya salah, puan. Saya menyesal tinggalkan dia." Scha bersuara perlahan, hampir berbisik.
Mommy Fauzan memandang Scha dengan lembut. "Itulah sebab saya nak jumpa awak. Saya kenal anak saya. Cara dia pandang awak, saya boleh nampak yang dia masih cintakan awak. Tapi dia ego, dia terluka."
Scha menelan air liur, jantungnya berdegup laju. "Jadi, apa yang saya perlu buat?"
Mommy Fauzan meletakkan cawan kopinya ke meja. "Jangan paksa dia. Jangan minta dia terima awak semula. Sebaliknya, buat dia sedar yang dia masih perlukan Scha dalam hidup dia."
Scha mengangguk perlahan. Dalam hatinya, dia berjanji akan berusaha untuk buat Fauzan kembali percaya kepadanya. Dia tak akan sia-siakan peluang ini lagi.
Scha masih diam, cuba menghadam setiap kata-kata Mommy Fauzan.
Mommy Fauzan tersenyum kecil, memandang Scha dengan penuh makna. "Fauzan selalu cerita pasal awak dekat saya dulu."
Scha terkejut. "Dia… selalu cerita pasal saya?"
Mommy Fauzan mengangguk perlahan. "Ya. Setiap kali kami bercakap di telefon, mesti ada je dia sebut nama awak. Dia cerita betapa dia sayangkan awak."
Scha terasa matanya mula berkaca. Dia tak sangka Fauzan pernah begitu terbuka tentang dirinya kepada ibunya sendiri.
Mommy Fauzan menarik nafas panjang sebelum menyambung. "Tapi lepas Scha tinggalkan dia… tiga hari dia tak keluar bilik. Tak pergi kerja, tak makan. Dia cuma diam, terperap dalam bilik. Saya dan suami hanya mampu bercakap dengannya melalui telefon, tapi dia langsung tak mahu buka mulut."
Scha terkejut. "Saya… saya tak tahu."
"Mestilah awak tak tahu. Sebab Fauzan takkan pernah tunjuk dia lemah depan sesiapa." Mommy Fauzan memandang Scha dengan penuh makna. "Tapi saya tahu betapa hancurnya hati dia waktu tu."
Scha tunduk, tangannya menggenggam erat sudu yang ada di atas meja. Hatinya terasa semakin berat dengan rasa bersalah.
"Saya bukan nak buat awak rasa bersalah," Mommy Fauzan menyambung lembut. "Tapi saya nak awak tahu… kalau awak cintakan dia, tunjukkan pada dia. Bukan dengan kata-kata, tapi dengan tindakan."
Scha menarik nafas dalam-dalam. Dia tahu, ini bukan soal memujuk Fauzan semata-mata. Ini tentang memulihkan hati seorang lelaki yang pernah dia lukakan.
Dia tak mahu ulang kesilapan yang sama lagi.
Mommy Fauzan: "Lusa saya dah kena balik China. Tapi sebelum saya balik, saya nak minta satu perkara daripada awak."
Scha mengangkat muka, memandang Mommy Fauzan dengan penuh tanda tanya.
Scha: "Apa dia, puan?"
Mommy Fauzan: "Awak cuba ya, untuk dapatkan cinta Fauzan semula. Saya yakin awak boleh."
Scha terdiam seketika. Dia masih ragu-ragu sama ada Fauzan akan menerimanya kembali atau tidak.
Scha: "Tapi… saya takut dia dah betul-betul lupakan saya, puan."
Mommy Fauzan: "Percayalah. Fauzan bukan jenis yang mudah lupakan orang yang dia betul-betul sayang. Dia mungkin nampak seperti dah berubah, tapi hati dia… hati dia masih sama."
Scha mengetap bibir. Kata-kata Mommy Fauzan seakan memberi semangat baru dalam dirinya.
Scha: "Saya akan cuba, puan. Saya janji."
Mommy Fauzan tersenyum lega.
Mommy Fauzan: "Bagus. Itu yang saya nak dengar."
Perbualan mereka berakhir di situ. Tetapi bagi Scha, ini adalah satu permulaan baru. Dia tak akan sia-siakan peluang ini.
Scha: "Kejap, puan. Dah lama kita berborak, saya lupa nak tanya... nama puan apa?"
Mommy Fauzan tersenyum kecil sebelum menjawab.
Mommy Fauzan: "Panggil saja saya Puan Mariam."
Scha mengangguk perlahan.
Scha: "Puan Mariam... terima kasih sebab sudi jumpa saya hari ni dan bagi saya peluang untuk betulkan semuanya."
Puan Mariam: "Saya cuma harap awak tak sia-siakan peluang ni. Saya nampak keikhlasan awak, tapi awak kena buktikan pada Fauzan."
Scha mengangguk dengan tekad yang semakin kuat.
Scha: "Saya akan cuba, puan. Saya janji."
Puan Mariam tersenyum lagi sebelum melihat jam tangannya.
Puan Mariam: "Dah lewat ni, saya pergi dulu. Jaga diri, ya."
Mereka pun berpisah, dan Scha kini berazam untuk menebus kesalahannya serta mendapatkan kembali hati Fauzan.
Tak lama kemudian, Scha terus balik ke rumahnya. Penat seharian bekerja, dia membaringkan diri di atas katil, namun matanya tidak mampu terpejam.
Dia termenung, memikirkan perbualannya dengan Puan Mariam tadi. Kata-kata wanita itu masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Fauzan selalu cerita tentang awak dekat saya. Tapi lepas awak tinggalkan dia, tiga hari dia tak pergi kerja. Dia terperap dalam bilik je."
Scha menarik nafas panjang.
Scha (berbisik pada diri sendiri): "Aku yang tinggalkan dia dulu, tapi kenapa aku masih mengharapkan dia terima aku semula?"
Dia memejamkan mata seketika, cuba melawan rasa bersalah yang semakin menghimpit.
Scha: "Kalau betul Fauzan masih ada rasa cinta untuk aku, aku akan usaha untuk dapatkan dia balik... Tapi, masih ada harapan ke?"
Scha menghela nafas panjang dan menatap siling bilik. Hatinya penuh dengan persoalan, namun satu perkara dia pasti, dia tidak akan menyerah semudah itu.
• • • • • •
Keesokannya di pejabat, Scha datang dengan membawa bungkusan makanan di tangannya. Senyuman manis terukir di wajahnya ketika dia menghampiri Fauzan.
Scha: "Awak, saya ada belikan makanan kegemaran awak. Banyak saya beli, awak suka kan?"
Fauzan yang sedang fokus pada skrin komputer, hanya mengangkat wajahnya seketika. Dia melihat makanan yang Scha bawa, tetapi reaksi wajahnya tetap kosong.
Fauzan: "Dulu suka, tapi sekarang tak dah."
Kata-kata Fauzan bagai pisau yang menghiris hati Scha, tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkannya.
Tiba-tiba, seorang staf wanita datang menghampiri mereka.
Staf: "Wah Scha! Banyaknya makanan! Mesti sedap ni. Awak belanja semua orang ke?"
Scha sedikit terpaku, kemudian tersenyum kecil.
Scha: "Eh... taklah. Saya beli lebih je, kalau nak, ambillah."
Staf: "Boleh ke? Terima kasih, Scha!"
Staf itu mengambil sebahagian makanan dengan gembira, sementara Fauzan hanya mengalihkan pandangannya ke skrin komputer semula.
Scha mencuri pandang ke arah Fauzan. Dia berharap Fauzan akan berkata sesuatu, tetapi lelaki itu tetap diam.
Hati Scha semakin keliru. "Dia betul-betul dah berubah atau dia masih marah dengan aku?"
Tak lama kemudian, Fauzan bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air. Scha yang masih duduk di tempatnya, memerhatikan langkah Fauzan sebelum akhirnya bangun dan mengikutinya dari belakang.
Sebaik saja Fauzan sampai di dapur, dia membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air. Ketika dia hendak menuang ke dalam cawan, Scha tiba-tiba memegang tangannya dari belakang.
Fauzan tersentak seketika, tetapi dia tidak terus menoleh. Perlahan-lahan, dia menarik tangannya dari genggaman Scha, cuba untuk tidak menyakitinya.
Fauzan: "Scha... jangan macam ni."
Scha menunduk, cuba menahan rasa sebak di dadanya.
Scha: "Saya cuma... saya cuma nak awak tahu yang saya masih sayangkan awak."
Fauzan menghela nafas perlahan. Dia meletakkan cawan di atas meja sebelum akhirnya menoleh ke arah Scha.
Fauzan: "Scha, perasaan tu dah lama berubah. Kita tak boleh berpatah balik macam dulu."
Mata Scha mula berkaca.
Scha: "Tapi saya sanggup lakukan apa saja untuk tebus kesalahan saya."
Fauzan hanya diam. Hatinya masih terluka, tetapi melihat Scha yang sebegitu, dia juga tidak sampai hati untuk bersikap terlalu dingin.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Fauzan mengambil cawan airnya dan terus keluar dari dapur, meninggalkan Scha yang masih berdiri di situ, menahan air matanya daripada jatuh.
Sebaik saja Fauzan melangkah keluar dari dapur, Scha masih berdiri di tempatnya, cuba menenangkan diri. Nafasnya berat, matanya masih berkaca. Dia menggenggam erat jemarinya sendiri, cuba mencari kekuatan.
Fauzan sedang sibuk menaip di komputer, fokus sepenuhnya pada skrin di hadapannya. Bunyi ketukan papan kekunci memenuhi ruang pejabat. Namun, ketenangan itu tiba-tiba terganggu apabila salah seorang staf datang dengan wajah cemas.
"Korang! Scha!"
Fauzan segera mengangkat kepalanya. Dahinya berkerut melihat staf tersebut yang kelihatan panik.
Fauzan: "Kenapa dengan Scha?"
Beberapa staf lain yang mendengar turut berpaling, menanti jawapan.
Staf: "Dia pengsan kat pantry!"
Tanpa berfikir panjang, Fauzan terus bangun dari tempat duduknya dan berlari menuju ke pantry. Hatinya berdegup kencang.
Setibanya di sana, dia melihat Scha terbaring di lantai, beberapa staf lain sedang mengerumuni dan cuba menyedarkannya. Wajah Scha pucat, nafasnya kelihatan lemah.
Fauzan: "Scha! Scha, bangun!"
Dia segera melutut di sisi Scha, menepuk pipinya perlahan. Scha mengerutkan dahi, matanya cuba terbuka sedikit tetapi kelihatan sangat lemah.
Staf: "Kita kena bawa dia ke klinik sekarang!"
Fauzan tanpa ragu-ragu mengangkat Scha ke dalam pelukannya dan segera menuju ke pintu keluar. Dalam hatinya, dia tertanya-tanya—apa yang sebenarnya terjadi pada Scha?
Fauzan meletakkan Scha di tempat duduk sebelah pemandu. Dia segera masuk ke dalam kereta, menutup pintu dengan pantas, dan menghidupkan enjin. Tanpa membuang masa, dia menekan pedal minyak dan memandu ke hospital secepat mungkin.
Matanya sesekali melirik ke arah Scha yang masih tidak sedarkan diri. Nafasnya tersekat-sekat melihat wajah Scha yang semakin pucat. Tangannya menggenggam stereng dengan erat, jantungnya berdegup laju.
Fauzan: "Sayang, buka mata sayang… jangan tinggalkan abang lagi."
Suara Fauzan kedengaran serak, penuh dengan kegusaran. Tangannya yang satu lagi menggenggam erat tangan Scha, berharap gadis itu akan memberi sebarang respon.
Namun, Scha masih diam.
Fauzan mengetap bibir, mempercepatkan pemanduannya. Dia tidak akan biarkan Scha pergi untuk kali kedua.
Sampai saja di hospital, Fauzan segera keluar dari kereta dan berlari ke arah pintu kecemasan sambil mendukung Scha.
Fauzan: "Tolong! Tolong dia, doktor!"
Beberapa jururawat segera datang dengan katil roda dan mengambil alih Scha daripada Fauzan. Seorang doktor bergegas mendekati mereka.
Doktor: "Apa yang terjadi?"
Fauzan: "Saya tak tahu, dia tiba-tiba pengsan!"
Tanpa membuang masa, doktor dan jururawat menolak Scha masuk ke dalam bilik kecemasan. Namun, sebelum Fauzan sempat melangkah masuk, seorang jururawat menghalangnya.
Jururawat: "Encik, maaf. Encik tak boleh masuk."
Fauzan: "Tapi..."
Jururawat: "Kami perlu beri rawatan segera. Tolong tunggu di luar."
Fauzan hanya mampu berdiri di depan pintu kecemasan, menatap pintu yang tertutup rapat. Tangannya mengepal, dada terasa sesak.
Share this novel