Bab 11

Romance Series 2942

Scha memandang Fauzan dengan riak wajah yang sukar ditebak sebelum bertanya, "apa gunanya hubungan tanpa cinta?"

Fauzan tersentak. Matanya merenung Scha tajam, seolah-olah cuba memahami maksud di sebalik kata-kata itu.

"Apa yang sayang cakap ni?" suaranya serak, hampir berbisik.

Scha menggigit bibir, menahan air mata daripada jatuh. Dia terpaksa, ini satu-satunya cara untuk memastikan Fauzan pergi dan tidak menunggu sesuatu yang belum pasti.

"Apa gunanya hubungan tanpa cinta, Fauzan?" Scha mengulang lagi, kali ini dengan nada lebih tegas. "Saya dah tak rasa apa-apa. Saya cuma tak tahu macam mana nak beritahu awak selama ni."

Fauzan menggeleng perlahan, seakan-akan tidak mahu menerima apa yang didengarnya. "Sayang tipu abang, kan?"

Fauzan menggenggam tangan Scha erat, matanya penuh dengan kekeliruan dan kesedihan.

Fauzan: "Sayang, cuba bagitahu abang kenapa sayang tiba-tiba berubah?"

Scha menundukkan wajah, hatinya berperang dengan perasaannya sendiri. Dia tak mahu menyakiti Fauzan, tetapi dalam masa yang sama, dia tak mahu lelaki itu terus berharap. Scha menarik nafas dalam sebelum mendongak, cuba menguatkan dirinya untuk berbohong.

Scha: "Sebab saya dah ada orang lain!"

Fauzan tersentak. Matanya membulat, dadanya terasa sesak seolah-olah dunia runtuh di hadapannya. Dia melepaskan pegangan tangannya dari Scha perlahan-lahan, seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

Fauzan: "Tak, sayang tipu kan?."

Scha menggigit bibirnya, menahan air mata daripada jatuh. Dia tak boleh goyah sekarang.

Scha: "Saya tak tipu. Saya... saya cintakan dia, bukan awak."

Fauzan menggeleng, senyuman pahit terukir di wajahnya. Matanya mula merah, tetapi dia cuba menahan emosinya.

Scha kaku. Air mata akhirnya jatuh, tetapi dia pantas memalingkan wajahnya, tak mahu Fauzan melihatnya lemah.

Kali ini, air mata Fauzan hampir jatuh, tetapi dia cuba menahannya. Dadanya terasa sesak. "Jangan buat abang macam ni, sayang. Abang kenal sayang, abang tahu sayang masih cintakan abang!"

Scha menggenggam erat tangannya sendiri di belakang, cuba menahan dirinya daripada menangis. "Kalau saya masih cintakan awak, saya takkan cakap macam ni."

Fauzan memandang Scha lama, seolah-olah mencari secebis kebenaran di wajah wanita itu. Tetapi Scha berpaling, enggan bertentang mata dengannya.

"Sayang…" Fauzan cuba meraih tangan Scha, tetapi Scha segera menariknya.

"Pergilah, Fauzan." suara Scha hampir berbisik, tetapi cukup untuk menusuk hati Fauzan. "Saya dah tak perlukan awak lagi."

Fauzan berdiri di situ, kaku. Dia mahu terus berjuang, tetapi bagaimana kalau memang benar Scha sudah tidak mencintainya lagi?

Dengan hati yang hancur, Fauzan akhirnya mengangguk perlahan. Dia melangkah pergi, tetapi setiap langkah terasa semakin berat.

Scha hanya mampu berdiri di situ, menahan tangis. Saat pintu tertutup, air matanya akhirnya jatuh deras.

"Maafkan sayang! sayang buat semua ni demi abang." bisiknya dalam tangisan.

Fauzan melangkah perlahan ke dalam lif hotel, pintu tertutup di hadapannya. Dia bersandar pada dinding lif, menarik nafas dalam-dalam sambil cuba menghadam kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut wanita yang paling dicintainya.

"Saya dah ada orang lain."

Hati Fauzan terasa seperti ditikam berulang kali. Kata-kata itu terus bermain di benaknya, bergema seolah-olah Scha benar-benar maksudkannya. Tapi jauh di sudut hatinya, dia tahu ada sesuatu yang Scha sembunyikan. Scha bukan jenis yang mudah jatuh cinta dengan orang lain. Scha yang dia kenal bukan seorang yang akan tinggalkan seseorang tanpa sebab.

Fauzan mengetap bibir. Tangannya menggenggam erat telefon bimbitnya, seolah-olah mahu menelefon Scha semula, mahu bertanya sekali lagi. Tetapi apa gunanya? Scha sudah membuat keputusan.

Saat lif tiba di lobi, Fauzan melangkah keluar dengan langkah yang terasa begitu berat. Dia berjalan keluar dari hotel, mencari udara segar, tetapi dunia terasa semakin sesak. Langit di Korea yang mendung seakan memahami hatinya yang berkecamuk.

Dia duduk di bangku berdekatan, memandang jalanan yang sibuk dengan manusia yang tidak tahu apa yang sedang terjadi dalam hatinya. Scha, wanita yang selama ini menjadi dunianya, kini mengatakan dia sudah ada orang lain.

"Kalau betul dia dah ada orang lain, kenapa hati aku rasa dia sedang menipu?"

Fauzan menghela nafas panjang. Dia tahu, dia perlu melepaskan. Tetapi bagaimana melepaskan seseorang yang sudah sebati dalam hidupnya?

"Selama ni aku mencintai orang yang tak sudi, aku terlalu bodoh berharap pada sesuatu yang tak pasti?"

Fauzan menundukkan wajahnya, meraup muka dengan kedua-dua tangan. Hatinya hancur, lebih sakit daripada apa yang pernah dia bayangkan. Dia mengorbankan segalanya, menunggu selama ini, hanya untuk mendengar kata-kata yang menikam jiwanya tanpa belas kasihan.

"Aku ingat dia jodoh aku, aku ingat dia akan setia... tapi rupanya, aku cuma orang yang bertepuk sebelah tangan."

Dia menggeleng, cuba menolak rasa sakit itu, tetapi ia terus menyesakkan dada. Teringat saat-saat dia dan Scha bahagia, setiap janji, setiap kata manis yang kini terasa kosong dan sia-sia.

Dia menoleh ke arah hotel, hatinya masih berperang. Sebahagian dirinya mahu berpatah balik, mahu bertanya Scha sekali lagi betulkah ini semua? Tapi sebahagian lagi berbisik pedih.

• • • • • •

Selepas beberapa hari di Korea, Fauzan akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Hatinya masih berat, tetapi dia sedar tiada guna lagi dia terus berharap pada sesuatu yang sudah jelas tidak berpihak padanya.

Di lapangan terbang, Fauzan termenung lama sebelum melangkah masuk ke ruang pelepasan. Dia masih teringat wajah Scha ketika kali terakhir mereka bercakap. Begitu dingin, jauh berbeza daripada Scha yang dia kenal dulu.

"Mungkin ini memang takdir aku." bisik Fauzan dalam hati.

Sementara itu, Scha hanya memerhati dari jauh, berdiri di celahan orang ramai. Dia menggenggam erat telefon bimbitnya, hampir saja mahu menelefon Fauzan, tetapi dia menahan diri.

"Maaf, abang. Sayang buat semua ni untuk kebaikan abang." Scha berkata dalam hati, menahan sebak yang semakin menyesakkan dada.

Fauzan menaiki pesawat tanpa menoleh ke belakang dengan membawa hati yang luka. Scha pula berdiri kaku di tempatnya, air mata yang sejak tadi ditahan akhirnya jatuh jua.

Scha menggenggam erat telefon bimbitnya, menahan sebak di dada. Matanya terus memandang ke arah Fauzan yang semakin jauh melangkah ke depan.

"Dua tahun abang tunggu sayang, tapi sayang tak nak tengok abang terseksa." Scha berkata dalam hati, cuba meyakinkan dirinya bahawa ini adalah keputusan yang terbaik.

Air matanya bergenang, tetapi dia cepat-cepat menyeka sebelum ada yang perasan. Langkah Fauzan semakin jauh dan Scha hanya mampu berdiri kaku, melihat orang yang paling dia sayang pergi meninggalkannya.

Sebaik Fauzan hilang dari pandangan, Scha menarik nafas dalam-dalam tetapi dadanya terasa semakin sesak.

"Semoga abang bahagia, walaupun bukan dengan sayang." Scha memejamkan matanya, membiarkan air mata terakhir jatuh sebelum dia berpaling dan melangkah pergi.

• • • • • •

Keesokannya, Fauzan melangkah masuk ke pejabat dengan wajah kosong. Dia menarik nafas panjang sebelum duduk di mejanya. Baru sahaja dia mahu memulakan kerja, beberapa staf mula menghampirinya.

"Fauzan, Scha okey tak?" tanya salah seorang staf dengan penuh rasa ingin tahu.

"Macam mana keadaan Scha kat sana?" tambah seorang lagi, menantikan jawapan dari Fauzan.

Fauzan hanya tersenyum hambar. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu. Nak kata Scha okey? Hatinya sendiri hancur dengan apa yang berlaku.

"Dia okey je kat sana." jawab Fauzan ringkas, cuba menahan perasaan.

Seorang staf menepuk bahunya. "Baguslah kalau macam tu. Kau nampak lain je, bro. Kau okey tak?"

Fauzan tersenyum lagi. Senyum yang dibuat-buat. "Aku okey, aku buat kerja dulu.."

Dia cuba mengalihkan fokusnya kepada kerja, tetapi fikirannya masih dihantui kata-kata Scha. "Saya dah ada orang lain."

Hatinya kembali pedih, tetapi dia hanya mampu menahan semuanya sendiri.

Waktu makan tengah hari tiba, tetapi Fauzan langsung tidak mempunyai selera. Sementara staf lain sibuk keluar mencari makanan, dia hanya duduk di mejanya, termenung.

Tangannya perlahan-lahan membuka galeri telefon. Jarinya meluncur pada skrin, melihat satu persatu gambar Scha yang masih tersimpan.

Ada gambar mereka berdua ketika bercuti, ada gambar Scha tersenyum manis, dan ada juga gambar candid yang sempat dia ambil tanpa Scha sedar.

Fauzan mengeluh perlahan. "Kenapa aku tak boleh lupakan dia? Kenapa hati aku masih dekat dengan dia?" bisiknya dalam hati.

Matanya terus melekat pada satu gambar Scha yang diambil sebelum dia berangkat ke Korea dua tahun lalu. Senyuman Scha dalam gambar itu begitu tulus. "Adakah senyuman itu masih untuk aku sekarang?"

Fauzan mengetap bibir. Dia tahu jawapannya, tapi dia masih tidak boleh menerima kenyataan.

• • • • • •

Tiga tahun telah berlalu, dan Fauzan sudah mati rasa terhadap Scha.

Tiada lagi rindu. Tiada lagi air mata. Tiada lagi perasaan yang berbekas di hatinya.

Apa yang tinggal hanyalah kenangan yang kian pudar, kenangan yang tidak lagi memberi makna. Scha hanyalah seseorang dari masa lalu, seseorang yang pernah singgah dalam hidupnya, tetapi bukan untuk selamanya.

Jika dulu dia sering menatap gambar Scha di galeri, kini semua itu telah dipadam. Jika dulu namanya terukir dalam doa, kini nama itu telah lenyap dari bibirnya.

Fauzan bukan lagi lelaki yang sama. Cintanya pernah dihancurkan, dan kini hatinya kebal.

Bagi dirinya, Scha hanyalah sebuah cerita lama yang tidak perlu diulang.

Walaupun Fauzan sudah mati rasa terhadap Scha, entah kenapa setiap hari wajah itu tetap terlintas di fikirannya.

Dia tidak lagi menangis mengenangkan Scha, tetapi setiap sudut hidupnya masih dihantui oleh bayang wanita itu. Ketika memandu ke tempat kerja, lagu yang pernah mereka dengar bersama tiba-tiba berkumandang di radio. Ketika singgah di kafe, menu kegemaran Scha terpampang di depan mata. Bahkan dalam diam, setiap kali melihat pasangan bahagia, ada satu sudut dalam hatinya yang terasa kosong, walaupun dia sendiri sudah lama berhenti berharap.

“Kenapa aku masih teringatkan dia?” Fauzan mengeluh perlahan, menekan jari ke pelipisnya seolah-olah ingin menyingkirkan memori itu.

Namun, semakin dia cuba lupakan, semakin nama itu menggema dalam fikirannya.

• • • • • •

Berbaki seminggu lagi sebelum tamat kontrak di Korea, Scha termenung di mejanya. Hatinya bercampur baur, lega kerana akhirnya boleh pulang ke Malaysia, tetapi dalam masa yang sama, dia takut untuk kembali ke pejabat lamanya.

"Macam mana keadaan Fauzan sekarang?" Scha berbisik dalam hati. Sudah tiga tahun dia menjauhkan diri, cuba membuatkan Fauzan membencinya. Namun, dia tahu, perasaan itu tidak akan hilang begitu sahaja.

Hari demi hari berlalu, Scha mula mengemas barang-barangnya. Setiap helaian pakaian yang dilipat, setiap dokumen yang disusun, semua itu terasa seperti mengimbau kembali perjalanannya sepanjang lima tahun ini.

"Aku dah bersedia ke untuk berjumpa Fauzan semula?"

Scha menarik nafas panjang, cuba meyakinkan dirinya. "Apa pun yang terjadi, aku akan hadapinya."

Beberapa hari kemudian, Scha berdiri di lapangan terbang, memandang papan jadual penerbangan yang tertera nama destinasi Kuala Lumpur. Jantungnya berdegup kencang. Setelah lima tahun, dia akhirnya akan pulang ke Malaysia.

Scha menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Sepanjang di Korea, dia cuba meyakinkan dirinya bahawa keputusannya menjauh dari Fauzan adalah yang terbaik. Tapi kenapa hatinya masih berat?

Ketika pengumuman penerbangan ke Kuala Lumpur bergema, Scha mencapai bagasinya dan melangkah menuju ke pintu perlepasan. Sebelum masuk ke dalam pesawat, dia sempat memandang ke luar kaca lapangan terbang, seolah-olah mengucapkan selamat tinggal kepada kenangan di sini.

"Lima tahun berlalu, adakah segalanya masih sama di sana?" Scha berbisik dalam hati sebelum akhirnya melangkah masuk ke dalam pesawat.

Setelah beberapa jam di udara, pesawat yang dinaiki Scha akhirnya mendarat di KLIA. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan debaran dalam dadanya. Saat melangkah keluar dari pesawat, matanya liar mencari sosok yang biasanya akan menantinya setiap kali dia pulang.

Namun, kali ini suasana terasa berbeza. Tiada Fauzan, Tiada mesej darinya, tiada panggilan bertanya sama ada dia sudah tiba dengan selamat. Scha cuba menepis rasa hampa yang mula menyelinap ke dalam hatinya.

"Aku sendiri yang memilih untuk menjauh, aku tak boleh mengharapkan dia ada di sini lagi" Scha berkata dalam hati, cuba meyakinkan dirinya.

Dia menarik bagasi dengan langkah perlahan menuju ke pintu keluar. Kepulangannya kali ini terasa lebih sepi daripada yang dia jangkakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience