Bab 19

Romance Series 2942

Sebelum Scha dan Fauzan naik ke pejabat, tiba-tiba seorang lelaki menegur dari belakang.

"Fauzan!"

Fauzan menoleh dan terpinga-pinga seketika sebelum wajahnya berubah ceria.

"Ayden? Weh, Ayden! Lama gila tak jumpa kau!" Fauzan menghampiri dan menepuk bahu lelaki itu. "Macam mana sekarang? Sihat?"

Ayden tersenyum sambil membalas tepukan Fauzan. "Sihat, bro! Kau pulak macam mana? Tak sangka boleh jumpa kau kat sini."

Scha yang berdiri di sebelah Fauzan hanya memandang mereka dengan senyuman kecil.

Ayden kemudian memandang Scha dan bertanya, "Ni siapa?"

Fauzan menjawab dengan nada selamba, "Kawan aku."

Scha menjeling Fauzan dengan ekor mata, tetapi dia hanya mendiamkan diri.

Ayden mengangguk. "Yeke, kawan... by the way, aku baru transfer kerja kat sini. Mulai minggu depan, aku akan kerja dekat pejabat ni."

Fauzan terkejut. "Serius lah? Nanti kita boleh lepak sama-sama macam dulu."

Ayden ketawa kecil. "Mestilah! Okaylah, aku masuk dulu. Jumpa nanti!"

Fauzan mengangguk sambil tersenyum, manakala Scha masih memandangnya dengan pandangan yang sukar ditebak. Setelah Ayden berlalu, Scha akhirnya bersuara dengan nada sinis.

"Kawan je?"

Fauzan tersengih. "Habis tu nak abang cakap apa?"

Scha menjeling tajam sebelum berjalan masuk ke dalam lif, meninggalkan Fauzan yang masih tersenyum nakal di belakang.

Masuk saja dalam lif, Scha terus muncung tanpa berkata apa-apa.

Fauzan menjeling ke arahnya sambil tersenyum. "Kenapa ni sayang?"

Scha masih berdiam diri, tapi muncungnya makin jelas. Fauzan cuba menahan ketawa sebelum bersuara lagi.

"Sayang, janganlah macam ni. Nanti orang lain masuk lif, diorang ingat abang buat apa kat sayang sampai muncung panjang sangat."

Scha menjeling Fauzan sekilas. "Hmph!"

Fauzan ketawa kecil sebelum menarik lembut tangan Scha. "Alaaa... janganlah merajuk. Sayang ingat abang nak perkenalkan sayang sebagai apa tadi?"

Scha masih mendiamkan diri.

Fauzan mendekatkan wajahnya dan berbisik dengan nada manja. "Kalau abang cakap 'ni isteri abang', sayang suka?"

Scha cepat-cepat menoleh dengan mata membulat. "Ha?!"

Fauzan tersenyum puas melihat reaksi Scha. "Ha, dah tak muncung dah."

Scha cepat-cepat berpaling ke depan semula sambil terasa pipinya mulai panas. Fauzan pula hanya tersenyum lebar, puas hati dapat mengenakan Scha.

Fauzan menggenggam tangan Scha dengan lembut sambil menggosok perlahan. "Sayang... janganlah merajuk. Abang gurau je tadi."

Scha masih diam, tapi Fauzan dapat rasa genggamannya tidak sekuat tadi.

"Abang tak nak orang lain tahu dulu. Nanti kalau dah rasmi, baru abang perkenalkan sayang sebagai yang lebih istimewa, okay?" Fauzan berkata dengan nada lembut, cuba memujuk Scha yang masih muncung.

Scha masih lagi merajuk, berjalan mendahului Fauzan tanpa menoleh ke belakang.

Sebaik saja keluar dari lif, Fauzan menarik nafas panjang dan tiba-tiba bersuara, "Sayang, sebenarnya abang demam..."

Scha yang masih masam wajahnya terus berpaling dengan riak terkejut. "Hah?! Abang demam? Kenapa tak cakap awal-awal? Jom kita pergi klinik sekarang!"

Scha segera mendekati Fauzan, tangannya pantas memegang dahi lelaki itu untuk memeriksa suhu badannya. Namun, Fauzan hanya tersenyum sambil menahan ketawa.

"Eh, abang tak panas pun?" Scha berkerut dahi, memandang Fauzan dengan penuh curiga.

Fauzan akhirnya ketawa kecil, "Sebenarnya abang tak demam pun... abang cuma nak usik sayang."

Scha terkebil-kebil, kemudian wajahnya berubah merah menahan geram. "Abang tipu sayang lagi?!" Scha terus mencubit lengan Fauzan.

Fauzan menahan kesakitan sambil tergelak, "Aduh! Sakit la, sayang! Tapi abang suka tengok sayang risaukan abang tadi, comel."

Scha menjeling geram, tapi dalam hati dia sudah mula tersenyum. "Hmph, lain kali jangan buat macam ni lagi!"

Fauzan mengangkat tangan, "Okay, okay, abang janji."

Scha menghela nafas dan menarik tangan Fauzan. "Dah, jom masuk sebelum kita kena marah sebab lambat."

Fauzan tersenyum puas. Dia tahu, Scha sudah tak merajuk lagi.

Sampai saja di ruang bekerja mereka, tiba-tiba Nazim datang menghampiri Scha dengan senyuman. Kebetulan, Ayden juga muncul pada masa yang sama.

"Scha, awak dah makan? Kalau belum, jom saya belanja makan tengah hari nanti," Nazim menegur dengan ramah.

Fauzan yang baru sahaja hendak duduk terus berhenti, matanya tajam memandang Nazim. Scha pula serba salah, belum sempat dia menjawab, Ayden bersuara sambil menepuk bahu Fauzan.

"Fauzan, siapa ni?" Ayden bertanya sambil memandang Nazim.

Fauzan menjawab dengan nada bersahaja, "Ni pekerja baru kat sini."

Nazim tersenyum dan menghulurkan tangan kepada Ayden. "Saya Nazim, baru masuk sini minggu ni. Awak pula?"

Ayden menyambut huluran tangan Nazim sambil tersenyum kecil. "Ayden. Kawan lama Fauzan."

Nazim mengangguk sebelum kembali melihat Scha. "Jadi, macam mana? Awak free tak tengah hari ni?"

Scha baru sahaja mahu membuka mulut, tetapi Fauzan lebih pantas bersuara.

"Scha, saya ada benda nak bincang dengan awak masa lunch nanti," katanya sambil melihat Scha dengan pandangan penuh maksud.

Nazim kelihatan sedikit terkejut. "Oh... awak dah ada plan dengan Fauzan rupanya?"

Scha tersenyum kecil sambil mengangguk. "Ya, maaf ya Nazim. Lain kali mungkin."

Nazim cuba menutup rasa kecewanya dengan senyuman. "Oh tak apa. Saya cuma tanya je. Kalau macam tu, lain kali kita lunch sama-sama."

Fauzan hanya tersenyum sinis, manakala Ayden di sebelahnya hanya mengangkat kening, faham benar dengan situasi itu.

Nazim berlalu pergi dengan wajah yang sukar dibaca. Sebaik sahaja dia hilang dari pandangan, Ayden terus bersuara sambil memandang Fauzan dengan tajam.

"Fauzan, kau ada apa-apa ke dengan Scha?"

Scha yang sedang menyusun dokumen di mejanya tiba-tiba terhenti. Fauzan pula terkedu seketika sebelum tersenyum kecil.

"Apalah kau merepek ni, Ayden?" Fauzan cuba mengelak.

Ayden ketawa kecil sambil melipat tangan di dada. "Aku kawan kau dari dulu lagi. Aku kenal sangat perangai kau. Kau memang cemburu tadi, kan?"

Scha menjeling Fauzan, menunggu jawapan. Fauzan hanya menggaru belakang kepalanya, cuba menyembunyikan riak wajahnya yang jelas cemburu tadi.

"Mana ada." Fauzan masih cuba menafikan.

Ayden menggeleng sambil tersenyum sinis. "Dah la Fauzan, muka kau tu tak boleh menipu. Aku yakin, Scha ni bukan sekadar ‘kawan’ kau je."

Scha tersipu malu, manakala Fauzan cuba menukar topik. "Dah-dah, pergi buat kerja. Jangan sibuk hal aku."

Belum sempat Ayden melangkah pergi, dia tiba-tiba berpaling semula dan bersuara dengan nada usik-mengusik.

"Fauzan, aku tengok Scha dengan Nazim sesuai jugak eh."

Scha yang sedang menyusun dokumen terus tersentak dan memandang Ayden dengan dahi berkerut. Fauzan pula yang sedang menarik kerusinya untuk duduk, tiba-tiba menghentikan pergerakan.

"Kau cakap apa tadi?" Suara Fauzan berubah sedikit tegang.

Ayden tersenyum sinis sambil mengangkat bahu. "Yelah, bagai pinang dibelah dua, nampak serasi. Lagipun, Nazim pun macam ada hati je dekat Scha tadi."

Scha hanya diam, tidak tahu nak respon macam mana. Fauzan pula mengetap bibir sambil menahan rasa yang mula membuak-buak.

"Aku dah la tengah panas ni, kang ada yang kena cepuk kang!" Fauzan memandang tajam, cuba berlagak tenang, tetapi Scha dapat lihat genggaman tangan Fauzan yang semakin kuat di atas meja.

Ayden ketawa kecil sebelum menepuk bahu Fauzan. "Relax lah, aku gurau je. Tapi kalau kau rasa panas, maksudnya memang ada something lah kan?"

Ayden mengangkat tangan tanda menyerah sambil tergelak. "Yelah, yelah. Tapi Fauzan, jangan sampai kau menyesal kalau Nazim betul-betul masuk line nanti."

Scha menoleh ke arah Fauzan. Wajahnya masih tegang. Ayden akhirnya berlalu pergi sambil ketawa kecil, meninggalkan Scha dan Fauzan dalam suasana yang sedikit janggal.

Fauzan menghela nafas dalam sebelum memandang Scha.

"Sayang, abang tak suka gurauan macam tu." Suaranya perlahan tetapi tegas.

Scha hanya tersenyum kecil sambil mengangguk. Dalam hati, dia tahu Fauzan memang benar-benar cemburu.

Fauzan masih belum puas hati dengan usikan Ayden tadi. Dia menoleh ke arah Scha yang sedang menyusun dokumen di mejanya.

"Sayang, kalau Nazim datang jumpa sayang, sayang buat-buat busy tau. Jangan layan dia."

Scha tersenyum kecil, sengaja ingin mengusik. "Kenapa pula? Kesian dia, kan dia kawan sekerja kita juga."

Fauzan terus buat muka tak puas hati. "Sayang, abang serius ni. Jangan layan dia lebih-lebih."

Scha ketawa kecil sebelum menghulurkan tangan, menepuk perlahan tangan Fauzan yang masih bersilang di dada. "Abang ni kuat cemburu la. Okaylah, sayang janji."

Fauzan tersenyum puas hati. "Bagus. Kalau dia datang, angkat je telefon pura-pura tengah ada meeting penting."

Scha menggeleng sambil ketawa. "Ye lah, ye lah. Abang ni macam budak-budak."

Fauzan menjongket kening. "Tak kisah. Sebab sayang hanya untuk abang."

Scha hanya mampu menggeleng sambil tersenyum, tetapi dalam hatinya, dia rasa bahagia melihat betapa seriusnya Fauzan menjaga hubungan mereka.

Tiba waktu lunch.

Nazim berjalan ke arah meja Scha dengan senyuman.

Nazim: "Cik Scha, tak pergi lunch lagi? Kata nak keluar dengan Fauzan."

Scha baru sahaja ingin menjawab, tetapi tiba-tiba Fauzan muncul dari belakang.

Fauzan: "Kitorang baru nak pergi, kenapa ya?"

Nazim tersenyum kecil.

Nazim: "Oh, tak ada apa. Saya ingatkan korang tak jadi pergi."

Fauzan menoleh ke arah Scha sebelum berkata,

Fauzan: "Sayang, jom kita pergi sekarang."

Nazim yang sedang minum air hampir tersedak sebaik sahaja mendengar Fauzan memanggil Scha dengan gelaran itu.

Nazim: "Sayang?"

Dia memandang Fauzan dan Scha bersilih ganti, terkejut dengan panggilan mesra itu. Scha pula hanya tersenyum sambil menyarungkan beg tangannya ke bahu.

Scha: "Jom, abang."

Nazim semakin kebingungan.

Nazim: "Jadi, korang berdua ni..."

Fauzan segera mencelah sebelum Nazim sempat menghabiskan ayatnya.

Fauzan: "Dah, jom sayang. Nanti lambat pula."

Dia menggenggam tangan Scha dan menariknya pergi, meninggalkan Nazim yang masih terpinga-pinga di tempatnya.

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta, Scha memandang Fauzan dengan senyuman nakal.

Scha: "Abang sengaja kan panggil sayang depan Nazim?"

Fauzan hanya mengangkat bahu sambil menghidupkan enjin.

Fauzan: "Saja nak bagi dia tahu yang dia tak ada peluang."

Scha ketawa kecil.

Scha: "Abang ni memang kuat cemburu."

Fauzan tersenyum sambil menggenggam tangan Scha erat.

Fauzan: "Bukan cemburu, abang cuma nak semua orang tahu yang sayang ni milik abang sorang je."

Scha memandang Fauzan dengan wajah hairan.

Scha: "Lately ni abang selalu pegang tangan sayang eh? Tak lepas-lepas."

Fauzan hanya tersenyum sambil menggenggam tangan Scha lebih erat.

Fauzan: "Abang nak pastikan sayang tak ke mana-mana. Lagipun, tangan ni dah lama sangat tak genggam tangan sayang. Rindu."

Scha cuba menarik tangannya, tetapi Fauzan tetap tidak melepaskannya.

Scha: "Abang, orang tengok la."

Fauzan: "Biarlah. Abang nak semua orang tahu yang sayang ni hak milik Fauzan je."

Scha menggeleng kecil sambil tersenyum.

Scha: "Abang ni makin menjadi-jadi eh sejak kita get back?"

Fauzan tersenyum nakal.

Fauzan: "Dah lama tak dapat bermanja dengan sayang. Abang nak tebus balik semua masa yang terbuang dulu."

Scha tersipu malu, tapi dalam hatinya dia gembira. Hubungan mereka kini lebih kuat daripada sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience