Keesokan paginya, Scha sedang bersiap untuk ke pejabat. Tiba-tiba loceng biliknya berbunyi, dia menghela nafas perlahan. Dah boleh agak siapa yang datang. Dengan malas, dia berjalan ke pintu dan membukanya.
Seperti yang dijangka, Encik Akmal berdiri di hadapan pintu dengan senyuman kecil.
Encik Akmal: "Selamat pagi, Scha. Jom pergi office sekali?"
Scha mengerutkan dahi.
Scha: "Office dekat je, Encik Akmal. Saya boleh pergi sendiri."
Encik Akmal menyandarkan bahu ke tepi pintu sambil tersenyum sinis.
Encik Akmal: "Saya tahu, tapi tak salah kan kalau kita pergi sama-sama?"
Scha merenungnya seketika sebelum menggeleng perlahan.
Scha: "Terima kasih, tapi saya lebih selesa pergi sendiri."
Encik Akmal mengangkat bahu, seolah-olah tidak kisah, namun riak wajahnya jelas menunjukkan sebaliknya.
Encik Akmal: "Baiklah, kalau itu yang awak nak. Tapi Scha…" (dia bersandar sedikit ke pintu, suaranya lebih perlahan) "Awak yakin boleh bertahan dekat sini tanpa saya?"
Scha menjeling tajam.
Scha: "Saya tak keseorangan. Saya ada Fauzan."
Riak wajah Encik Akmal berubah, tapi dia cepat-cepat mengawal ekspresinya.
Encik Akmal: (senyum hambar) "Kita tengok nanti."
Tanpa menunggu jawapan Scha, dia terus berpaling dan melangkah pergi. Scha hanya menghela nafas sebelum menutup pintu.
Telefon Scha tiba-tiba berdering. Melihat nama yang tertera di skrin, senyuman Scha serta-merta terukir.
Scha: (angkat panggilan dengan ceria) "Abang!"
Di hujung talian, Fauzan ketawa kecil mendengar suara manja Scha.
Fauzan: "Sayang dah sampai pejabat ke?"
Scha menggeleng, walaupun Fauzan tak dapat melihatnya.
Scha: "Belum… baru nak keluar bilik. Abang baru bangun ke?"
Fauzan: (ketawa lembut) "Tak lah, abang dah bangun lama dah. Dari tadi terfikir pasal sayang je."
Scha tersenyum sambil menggigit bibir.
Scha: "Rindukan sayang ya?"
Fauzan: (suara manja) "Mestilah abang rindu sayang abang ni. Baru sehari sayang pergi, abang dah rasa kosong."
Scha ketawa kecil, hatinya terasa berbunga.
Scha: "Alahai, sayang pun rindukan abang. Nanti cuti panjang, abang datang sini kan?"
Fauzan: "Ye, nanti cuti panjang, abang akan ke sana datang jumpa sayang."
Scha menggenggam telefon erat.
Scha: "Abang, terima kasih sebab selalu ada untuk sayang."
Fauzan: (suara lembut dan penuh kasih sayang) "Abang sentiasa ada. Sayang jangan risau, kita akan lalui semua ni sama-sama."
Scha tersenyum lebar.
Scha: "I love you, abang."
Fauzan: "I love you more, sayang."
Scha ketawa kecil sebelum menghela nafas perlahan.
Scha: "Okay, Scha kena gerak ke pejabat dulu. Nanti kita video call, ya?"
Fauzan: "Okay. Take care, sayang."
Scha menamatkan panggilan dengan senyuman. Rindunya pada Fauzan semakin kuat, tapi hatinya tenang kerana dia tahu Fauzan tetap ada untuknya.
Tanpa Scha sedar, Encik Akmal berdiri tidak jauh dari biliknya, mendengar setiap butir perbualan yang berlangsung di telefon. Matanya merenung tajam, rahangnya mengetap kuat. Hatinya terasa panas apabila mendengar Scha berbual mesra dengan Fauzan.
Encik Akmal: (berbisik sendiri, senyum sinis) "Huh… makin manja sekarang. Kita tengok sejauh mana hubungan kau boleh bertahan, Fauzan."
Dia menggeleng kecil sebelum melangkah pergi dengan senyuman licik di wajahnya. Dalam kepalanya, dia sudah merancang sesuatu.
• • • • • •
Setelah beberapa bulan berjauhan, akhirnya cuti panjang telah tiba. Seperti yang dijanjikan, Fauzan datang ke Korea untuk melawat Scha. Scha menunggu di lapangan terbang dengan penuh rasa rindu dan teruja.
Saat Fauzan melangkah keluar dari balai ketibaan, Scha segera melambai ke arahnya. Senyuman lebar terukir di wajahnya, tetapi matanya sedikit berkaca menahan sebak.
Scha: "Abang!"
Fauzan terus mendekati Scha dan tanpa ragu menariknya ke dalam pelukan.
Fauzan: "Sayang rindu abang tak?"
Scha mengangguk sambil ketawa kecil.
Scha: "Mestilah rindu! Abang pun rindukan sayang, tak?"
Fauzan tersenyum sambil membelai rambut Scha.
Fauzan: "Rindu sangat… Hari-hari abang tunggu saat ini."
Mereka berjalan keluar dari lapangan terbang sambil berbual mesra. Scha membawa Fauzan ke tempat penginapannya yang telah disediakan.
Namun, tanpa mereka sedari, dari jauh Encik Akmal sedang memerhati dengan pandangan yang sukar ditebak. Bibirnya mengukir senyuman sinis, seolah-olah merancang sesuatu.
Sampai sahaja mereka di hadapan bilik Scha, Fauzan ingin mengangkat begnya masuk, tetapi tiba-tiba langkah mereka terhenti.
Di depan pintu bilik, Encik Akmal sudah berdiri dengan tangan berpeluk tubuh, wajahnya tenang tetapi ada sesuatu dalam pandangannya yang membuatkan suasana terasa janggal.
Encik Akmal: "Wah, ada tetamu istimewa rupanya."
Scha mengetap bibir, tidak selesa dengan kehadiran Encik Akmal. Fauzan pula hanya memandang lelaki itu dengan pandangan tajam, tidak suka dengan nada sinisnya.
Scha: "Encik Akmal buat apa kat sini?"
Encik Akmal tersenyum tipis, matanya beralih ke arah Fauzan sebelum kembali ke Scha.
Encik Akmal: "Oh, saya cuma nak hantar beberapa dokumen untuk awak tandatangan. Tapi nampaknya saya datang pada waktu yang salah."
Fauzan menggenggam erat pemegang beg, menahan rasa kurang senang.
Fauzan: "Kalau tentang kerja, Scha boleh uruskan esok di pejabat. Tak perlu datang sampai ke bilik dia."
Encik Akmal ketawa kecil, lalu menyerahkan fail kepada Scha.
Encik Akmal: "Baiklah, saya cuma jalankan tanggungjawab sebagai ketua. Lagipun, Scha kan staf kesayangan syarikat?"
Kata-katanya itu membuatkan Fauzan semakin tidak senang. Scha pula segera mengambil dokumen itu dan bersuara, ingin mengakhiri pertemuan itu dengan cepat.
Scha: "Terima kasih. Saya akan uruskan esok. Kalau dah tak ada apa-apa, encik boleh balik dulu."
Encik Akmal mengangkat kening sedikit, seakan menguji kesabaran mereka berdua.
Encik Akmal: "Baiklah, selamat berehat. Oh ya, Fauzan…" (dia menoleh ke arah Fauzan) "Selamat datang ke Korea. Jangan lupa jaga Scha elok-elok, ya?"
Selesai berkata begitu, dia berpusing dan melangkah pergi, meninggalkan Fauzan dan Scha yang masih berdiri di depan bilik. Scha menarik nafas lega, tetapi Fauzan masih memandang ke arah Encik Akmal dengan perasaan kurang senang.
Fauzan: "Dia selalu datang macam ni ke?"
Scha menggeleng.
Scha: "Tak selalu… Tapi abang jangan risau, sayang tahu jaga diri."
Fauzan mengeluh perlahan, lalu menatap wajah Scha dengan penuh kasih sayang.
Fauzan: "Abang tetap risau. Encik Akmal tu nampak macam ada niat lain."
Scha hanya tersenyum kecil.
Scha: "Lupakan dulu pasal dia. Abang kan baru sampai, sayang nak habiskan masa dengan abang."
Fauzan akhirnya mengukir senyuman dan mengangguk.
Scha enggan memberitahu Fauzan tentang Encik Akmal yang selalu datang ke biliknya. Dia takut jika Fauzan tahu, keadaan akan menjadi semakin huru-hara. Dia juga tidak mahu Fauzan rasa terbeban atau marah.
Ketika Fauzan bertanya sama ada semuanya baik-baik saja di sana, Scha hanya tersenyum dan mengangguk.
Scha: "Abang jangan risau, Scha okay. Kerja pun makin sibuk, jadi tak ada masa nak fikir benda lain."
Fauzan menghela nafas lega, namun jauh di sudut hatinya, dia masih rasa ada sesuatu yang Scha sembunyikan.
Fauzan: "Kalau ada apa-apa, bagitahu je abang. Jangan pendam sorang-sorang.?"
Scha hanya mengangguk, walaupun hatinya berat. Dia tidak tahu sampai bila dia boleh terus menyembunyikan perkara ini. Namun, satu yang pasti, dia tidak mahu melihat Fauzan risau atau marah kerana Encik Akmal.
• • • • • •
Malam itu, Scha dan Fauzan keluar makan di sebuah restoran halal yang terletak tidak jauh dari tempat Scha tinggal. Fauzan ingin memastikan Scha makan dengan baik setelah sibuk bekerja di Korea.
Mereka memilih meja di sudut restoran, suasana nyaman dengan pencahayaan yang redup menambah keselesaan perbualan mereka.
Fauzan: "Sayang nampak penat, kerja banyak sangat ke?"
Scha tersenyum sambil mengacau minumannya.
Scha: "Biasalah, kerja makin bertambah. Tapi sayang okey, sebab tahu abang akan datang lawat Scha."
Fauzan menggenggam tangan Scha di atas meja, memberi semangat.
Fauzan: "Abang akan selalu datang bila ada cuti panjang. Rindu nak jumpa sayang lama-lama macam dulu."
Scha mengangguk perlahan. Namun, sebelum sempat dia membalas, tiba-tiba seorang pelayan datang membawa makanan mereka. Scha cuba menikmati saat itu, tetapi hatinya tetap risau dengan sesuatu yang dia sembunyikan iaitu kehadiran Encik Akmal yang selalu mengganggunya.
Scha menghela nafas perlahan sambil menguis makanan di pinggan dengan sudu. Matanya redup memandang Fauzan yang duduk di hadapannya.
Scha: "Lagi dua hari je abang kat sini... hm."
Fauzan tersenyum kecil, memahami perasaan Scha. Dia juga berat hati untuk pulang, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka hadapi.
Fauzan: "Abang tahu sayang sedih, abang pun sama... Tapi jangan risau, lepas ni abang akan datang lagi. Kita tetap boleh video call hari-hari, kan?"
Scha tersenyum lemah. Dia tahu Fauzan cuba menenangkan hatinya, tetapi rasa rindu yang bakal menjelma selepas Fauzan pulang tidak dapat dielakkan.
Scha: "Tak sama, abang... Lain rasanya bila abang ada depan mata."
Fauzan mencapai tangan Scha, menggenggamnya erat.
Fauzan: "Percayalah, walaupun jauh, hati abang tetap dekat dengan sayang."
Scha hanya mengangguk, berusaha menahan air mata yang hampir mengalir. Dia ingin menikmati sisa waktu bersama Fauzan tanpa sebarang kesedihan.
Scha menunduk, matanya merenung makanan di hadapannya tanpa selera. Fauzan masih sibuk menyuap nasi ke mulut, tidak menyedari kegelisahan Scha.
Dalam hati, Scha mula berperang dengan perasaannya sendiri.
"Aku ni selfish ke? Aku biarkan Fauzan tunggu aku bertahun-tahun sedangkan aku sendiri tak pasti apa yang akan jadi nanti. Dia setia... tapi sampai bila?"
Dia mengangkat kepala dan memandang Fauzan yang masih tenang menikmati makanan. Lelaki itu sanggup datang dari jauh semata-mata untuk meluangkan masa bersamanya. Tetapi Scha sedar, setiap kali mereka berjumpa, pasti akan ada perpisahan semula.
Tanpa sedar, Scha mengeluh perlahan.
Fauzan mengangkat wajah, matanya memerhati Scha dengan penuh perhatian.
Fauzan: "Sayang okay?"
Scha tersenyum kecil, cuba menutup kegelisahannya.
Scha: "Hm… sayang kesian dekat abang."
Fauzan mengerutkan dahi. "Kesian? Kenapa pulak?"
Scha menghela nafas sebelum bersuara perlahan.
Scha: "sayang kat sini bertahun-tahun… abang yang kena ulang-alik. Penat tak? Tak rasa terbeban ke?"
Fauzan tersenyum, lalu menggenggam tangan Scha yang terletak di atas meja.
Fauzan: "Dengar sini, sayang. Abang datang sebab abang nak datang, bukan sebab terpaksa. Sayang tak paksa abang pun, kan? Jadi jangan fikir bukan-bukan." (sambil mengusap pipi Scha)
Scha menggigit bibir, hatinya semakin kacau.
"Sampai bila, abang? Sampai bila abang sanggup tunggu?"
Tetapi kata-kata itu hanya bergema dalam hati. Dia tak sanggup melukakan lelaki yang mencintainya sepenuh hati.
Share this novel