Tiba waktu rehat, Nazim datang ke meja Scha dengan senyuman.
"Cik Scha, jom keluar lunch sekali? Saya belanja."
Scha terkejut sekejap sebelum tersenyum sopan. "Eh, tak apalah."
Sebelum sempat Nazim berkata apa-apa, Fauzan muncul di sebelah Scha dengan wajah tenang. "Scha, jom lunch."
Nazim memandang Fauzan. "Oh, Fauzan pun nak keluar lunch? Jom sekali lah."
Fauzan tersenyum kecil. "Tak apa, saya dengan Scha dah ada tempat biasa."
Nazim mengangguk. "Oh, korang selalu lunch sama ke?"
Scha cepat-cepat menjawab, "Kadang-kadang je."
Fauzan hanya diam, tidak mahu mendedahkan hubungan mereka.
Nazim tersenyum sambil mengangkat kening. "Kalau macam tu, tak apa lah. Lain kali kalau Cik Scha free, kita lunch sama-sama ya?"
Fauzan mengangguk tanpa berkata apa-apa, tapi dalam hati terasa sedikit tidak senang.
Selepas Nazim berlalu pergi, Scha memandang Fauzan. "Kenapa awak tak bagitahu yang kita couple, padahal semua staf dah tahu kan?"
Fauzan menghela nafas perlahan. "Abang tak nak bagitahu pasal hubungan kita dekat dia. Lagi pun, abang nak tengok sejauh mana dia berani nak dekat dengan sayang."
Scha tergelak kecil. "Cemburu eh?"
Fauzan menjeling. "Abang bukan cemburu, abang cuma tak suka dia cuba dekat dengan sayang."
Scha tersenyum dan menarik tangan Fauzan. "Jom makan, sebelum perut abang makin lapar dan makin merajuk."
Fauzan hanya tersenyum sambil menggenggam tangan Scha erat sebelum mereka berdua keluar untuk lunch bersama.
• • • • • •
Sampai saja di kedai makan, sementara menunggu makanan, Scha bersandar sedikit dan memandang Fauzan dengan senyuman kecil.
"Sayang suka la tengok abang macam ni."
Fauzan yang sedang menghirup air tiba-tiba mengangkat kening, "Hah?"
Scha tersenyum nakal. "Kuat cemburu."
Fauzan hampir tersedak, lalu meletakkan gelasnya perlahan. Dia menjeling Scha sebelum menghela nafas kecil. "Siapa kata abang cemburu?"
Scha tergelak kecil sambil melipat tangannya. "Eleh, tadi dekat pejabat bukan main lagi cara abang pandang Nazim. Macam nak telan orang."
Fauzan meraup wajahnya perlahan sebelum bersuara. "Abang bukan cemburu… abang cuma tak suka orang lain cuba rapat dengan sayang."
Scha mengangkat kening sambil tersenyum. "Itulah maksud cemburu."
Fauzan terdiam seketika, kemudian mengeluh perlahan. "Yelah… kalau abang cemburu sekali pun, salah ke?"
Scha tersenyum semakin lebar. "Tak salah. Sayang suka tengok abang macam ni. Nampak sayang penting untuk abang."
Fauzan menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil. "Dah memang sayang penting dalam hidup abang."
Scha tersipu malu, tidak mampu membalas kata-kata itu. Tidak lama kemudian, pelayan datang membawa makanan mereka. Scha tersenyum dan mula makan. Dalam hatinya, dia rasa bahagia. Seakan-akan, cinta mereka sedang berkembang semula seperti dulu.
Selesai saja makan, mereka terus keluar dan berjalan menuju ke kereta sambil berpegangan tangan. Scha tersenyum kecil melihat genggaman tangan mereka, terasa hangat dan penuh dengan kasih sayang.
Tiba-tiba, suara yang sudah lama tidak didengar bergema dari belakang.
"Hubungan yang dah lama putus, kini kembali mekar."
Scha dan Fauzan serentak berpaling. Berdiri di hadapan mereka adalah Encik Akmal, bekas kekasih Scha yang pernah menghancurkan hatinya. Senyum sinis terukir di wajahnya, matanya penuh dengan sindiran.
Fauzan mengetatkan genggaman tangannya pada Scha, tanda melindungi. "Apa yang kau nak, Encik Akmal?"
Encik Akmal menyilangkan tangannya sambil tersenyum kecil. "Tak sangka Scha masih memilih kau, Fauzan. Dulu aku tengok kau cuma budak yang menaruh harapan, tapi rupanya kau menang juga, ya?"
Scha menarik nafas dalam, cuba mengawal emosinya. "Apa tujuan awak datang sini?"
Encik Akmal ketawa kecil. "Saja, kebetulan lalu sini. Tak sangka pula jumpa pasangan bahagia ni. Oh ya, Scha... Kau tak rasa ragu ke dengan keputusan kau ni? Kau tahu kan Fauzan ni takkan boleh bagi kau kehidupan macam yang aku pernah janjikan dulu?"
Mata Fauzan mula berapi, tetapi Scha menekan tangannya, memberi isyarat agar dia tenang. Scha mendongak memandang Encik Akmal dengan yakin. "Kehidupan yang awak janjikan tu hanya indah di mulut. Hakikatnya, awak yang musnahkan segalanya."
Fauzan akhirnya bersuara, "Akmal, kalau kau dah habis bercakap, lebih baik kau pergi. Scha bukan milik kau lagi. Dia dengan aku sekarang."
Encik Akmal tersenyum sinis, melangkah perlahan mendekati mereka. "Baiklah... Tapi ingat, Scha. Kalau satu hari nanti kau sedar yang pilihan kau ni salah, aku masih ada."
Fauzan geram, tetapi sebelum dia sempat bersuara, Scha terlebih dahulu membalas. "Tak perlu. Sebab aku dah buat pilihan yang betul kali ini."
Encik Akmal terdiam seketika sebelum akhirnya mengangkat bahu. "Baiklah, kalau itu yang kau nak." Dia kemudian berlalu pergi.
Scha tiba-tiba bersuara tegas, membuatkan Encik Akmal yang sedang melangkah pergi terhenti.
"Encik Akmal!"
Encik Akmal menoleh, keningnya terangkat sedikit, seolah-olah terkejut dengan nada Scha.
Scha melangkah selangkah ke hadapan, matanya tajam memandang lelaki itu. "Apa awak cakap tadi, Fauzan tak boleh bagi apa yang awak pernah bagi? Untuk pengetahuan awak, Fauzan bukan calang-calang orang. Keluarga dia ada syarikat sendiri di China, jauh lebih besar daripada apa yang awak ada."
Wajah Encik Akmal berubah, jelas terkejut dengan pendedahan itu. "Apa?"
Fauzan hanya tersenyum tipis di sebelah Scha, tidak berminat untuk membanggakan apa-apa tentang dirinya. Tetapi Scha tidak mahu biarkan Encik Akmal terus memperlekehkan lelaki yang telah setia dengannya selama ini.
"Jadi sebelum awak hina orang lain, pastikan dulu awak tahu siapa yang awak sedang bercakap. Sebab jujur saya cakap, Fauzan lebih baik dalam segala hal berbanding awak."
Encik Akmal menggenggam erat tangannya, sukar menerima kata-kata itu. Namun, dia cuba menutup egonya dengan ketawa kecil. "Huh, jadi tu sebab kau pilih dia?"
Scha tersenyum sinis. "Saya pilih Fauzan bukan sebab kekayaan dia. Saya pilih dia sebab dia lelaki yang benar-benar mencintai saya, bukan macam awak."
Fauzan menoleh ke arah Scha dengan senyuman penuh kasih sayang. Dia tidak perlu berkata apa-apa kerana Scha sendiri sudah mempertahankannya.
Encik Akmal menghela nafas kasar sebelum mengalihkan pandangannya. "Baiklah, kalau itu pilihan kau." Tanpa berkata lebih, dia akhirnya melangkah pergi.
Scha melepaskan nafas lega sebelum menoleh ke arah Fauzan. "Maaf, abang. Sayang terlepas cakap tadi."
Fauzan ketawa kecil sebelum mencuit hidung Scha dengan manja. "Tak apa. Tapi nampaknya, sayang lagi garang daripada abang hari ni."
Scha tersenyum lebar, merasa puas kerana berjaya mempertahankan orang yang dia cintai.
Fauzan menoleh ke arah Scha dengan wajah yang masih jelas kelihatan cemburu.
"Apa-apa pun, abang masih cemburu dengan Nazim."
Scha ketawa kecil sebelum mencubit lengan Fauzan dengan manja. "Ala, abang ni... Nazim tu tak ada apa-apa pun. Sayang cuma layan dia sebagai rakan sekerja je."
Fauzan mencebik sambil memandang ke arah lain. "Tapi dia ajak sayang lunch tadi. Abang tak suka."
Scha tersenyum sambil memaut lengan Fauzan. "Sayang dah tolak kan? Sebab sayang lagi suka lunch dengan abang."
Fauzan akhirnya tersenyum sebelum mengusap kepala Scha dengan lembut. "Bagus. Sayang abang ni memang pandai ambil hati abang."
Scha tergelak kecil sambil mencubit pipi Fauzan. "Dah lah, jom balik office sebelum abang fikir bukan-bukan lagi."
Fauzan menggeleng sambil tersenyum, kemudian memimpin tangan Scha menuju ke kereta. Walaupun dia cuba berlagak tenang, hakikatnya dia masih menyimpan sedikit cemburu dalam hati.
Masa di dalam kereta, Scha menoleh ke arah Fauzan sambil tersenyum.
"Dengan Encik Akmal abang cemburu, dengan Nazim pun abang cemburu."
Fauzan yang sedang memegang stereng hanya menjeling sekilas sebelum kembali fokus pada jalan. "Memang. Ada masalah?"
Scha tergelak kecil. "Masalahnya, abang ni kuat cemburu sangat."
Fauzan mendengus perlahan. "Sebab sayang abang ni cantik sangat. Ramai yang cuba nak dekat. Abang tak boleh nak relaks macam tu je."
Scha tersenyum sambil menyandarkan kepala ke kerusi. "Sayang tetap dengan abang lah. Tak perlu risau sangat."
Fauzan menoleh sekilas, kemudian mengangkat kening. "Betul? Kalau Nazim ajak keluar lagi?"
Scha pura-pura berfikir sambil menggigit bibir. "Hmmm... kalau dia belanja makanan mahal?"
Fauzan menjeling tajam. "Sayang..."
Scha tergelak sebelum memegang tangan Fauzan yang berada di gear. "Gurau je lah, abang. Sayang dah ada abang, tak perlukan orang lain."
Fauzan akhirnya tersenyum, menggenggam tangan Scha dengan erat. "Bagus. Kalau tak, abang kidnap sayang terus, tak bagi orang lain tengok."
Scha hanya tersenyum, bersyukur kerana akhirnya dia kembali bersama lelaki yang benar-benar mencintainya.
Scha memandang Fauzan yang sedang fokus memandu. Wajah lelaki itu tenang, tetapi di sebalik ketenangan itu, dia tahu Fauzan sangat mencintainya, terbukti dengan sikap cemburunya tadi.
Scha tersenyum kecil, kemudian berkata dalam hati,
"Dengan Encik Akmal dulu, aku tak pernah rasa macam ni. Aku tak pernah rasa dilindungi, dihargai dan dicintai macam mana Fauzan mencintai aku. Perasaan ni... berbeza."
Dia terus menatap Fauzan dengan penuh kasih sayang. Tanpa sedar, Fauzan menoleh sekilas dan mengangkat kening.
"Kenapa pandang abang macam tu?" tanya Fauzan sambil tersenyum kecil.
Scha tersentak, kemudian menggeleng perlahan. "Tak ada apa. Sayang saja je pandang abang."
Fauzan ketawa kecil sebelum mengusap tangan Scha yang masih berada di atas pehanya. "Sayang tak sabar nak kiss abang ke?"
Scha hanya tersenyum, hatinya penuh dengan rasa syukur kerana akhirnya dia berada di sisi lelaki yang benar-benar mencintainya.
Tiba-tiba, telefon Fauzan berdering.
"Sayang, tolong jawab jap," kata Fauzan sambil fokus memandu.
Scha mengambil telefon Fauzan dan melihat nama yang tertera di skrin. "Mommy call."
Dia segera menjawab. "Assalammualaikum, Mommy!"
"Waalaikumsalam, Scha! Mommy nak bagitahu, minggu depan Mommy balik Malaysia."
Scha tersenyum. "Serius, Mommy balik? Wah, bestnya!"
Fauzan yang mendengar perbualan itu terkejut. "Mommy balik minggu depan? Kenapa tiba-tiba?"
"Nanti Mommy cerita. Scha, tolong jaga Fauzan, ya?"
Scha ketawa kecil. "Baik, Mommy!"
Selepas menamatkan panggilan, Scha memandang Fauzan dengan senyuman. "Surprise!"
Fauzan tersenyum sambil menggeleng. "Mommy ni, suka buat kejutan."
Scha tiba-tiba bersuara manja. "Abang, sayang teringin nak makan coklat la."
Fauzan diam, berpura-pura tidak mendengar dan terus fokus memandu.
Scha mengerutkan dahi. "Abang dengar tak ni?"
Fauzan masih diam, sengaja buat tidak tahu.
Scha merajuk dan memalingkan wajah ke luar tingkap. "Hmph! Tak nak layan, sudah."
Tiba-tiba, Fauzan membelok ke sebuah kedai serbaneka dan memberhentikan kereta.
Scha pelik. "Eh, kenapa berhenti?"
Fauzan tersenyum nakal. "Duduk sini diam-diam."
Dia keluar dari kereta, masuk ke dalam kedai, dan beberapa minit kemudian kembali dengan tiga keping coklat kegemaran Scha..
Fauzan menyerahkan coklat itu kepada Scha. "Nah, untuk sayang abang yang kuat merajuk." (cubit perlahan hidung Scha)
Scha tersenyum lebar, terus mengambil coklat itu. "Aww, so sweet. Terima kasih, abang!"
Fauzan memandang Scha dengan lembut. "Apa saja untuk sayang."
Share this novel