Bab 5

Romance Series 2942

Fauzan mengerutkan dahi melihat kelibat Encik Akmal yang tiba-tiba muncul di belakang Scha. Lelaki itu berdiri di hadapan pintu rumah Scha dengan wajah yang sukar ditebak. Scha yang baru saja ingin membuka pintu rumah terhenti langkahnya apabila mendengar suara yang sudah lama dia tidak mahu dengar.

Encik Akmal: "Scha, kita boleh bercakap sekejap?"

Scha terkaku seketika. Tangannya menggenggam erat kunci rumah, menahan perasaan yang bercampur baur. Fauzan dari dalam kereta mengepal stereng dengan kuat, hatinya mula terasa tidak enak.

Scha menarik nafas dalam dan menoleh ke arah Encik Akmal.

Scha: "Tak ada apa yang perlu kita bincangkan lagi."

Encik Akmal: "Scha, tolonglah... saya cuma nak jelaskan semuanya. Saya tak pernah berniat nak lukakan awak."

Scha ketawa kecil, tetapi dalam nada yang penuh sindiran.

Scha: "Jelaskan apa lagi, Encik Akmal? Saya dah nampak semuanya dengan mata saya sendiri."

Fauzan masih memerhati dari dalam kereta, bersedia untuk keluar sekiranya Scha memerlukan bantuan. Namun, dia tetap menghormati keputusan Scha untuk berhadapan dengan lelaki itu sendiri.

Encik Akmal: "Saya silap, Scha. Saya betul-betul silap. Saya tak boleh lupakan awak."

Scha menggeleng perlahan. Hatinya sudah cukup terluka dan dia tidak mahu mengulang kesilapan yang sama.

Scha: "Terlambat. Saya dah bahagia sekarang. Tolong jangan ganggu saya lagi."

Encik Akmal hanya terdiam. Matanya merenung Scha seolah-olah cuba mencari harapan terakhir. Tetapi Scha sudah membuat keputusan.

Tanpa menunggu jawapan, Scha berpaling dan membuka pintu rumahnya. Scha terkejut apabila terasa lengannya ditarik kuat oleh Encik Akmal. Dia segera berpaling, matanya membulat memandang lelaki itu yang kini berdiri terlalu dekat dengannya.

Scha: "Encik Akmal, tolong lepaskan saya!"

Fauzan yang masih berada di dalam kereta melihat kejadian itu. Jantungnya berdegup kencang, tanpa berfikir panjang, dia segera keluar dari kereta dan berjalan pantas ke arah mereka.

Encik Akmal: "Scha, tolong dengar dulu! Saya tak boleh terima semua ni! Saya tak boleh kehilangan awak!"

Scha cuba menarik lengannya, tetapi genggaman Encik Akmal terlalu kuat. Matanya mula berkaca, perasaan takut dan marah bercampur menjadi satu.

Scha: "Encik Akmal, awak yang tinggalkan saya dulu! Sekarang bila saya dah bahagia, awak nak muncul balik?!"

Scha meronta, cuba melepaskan dirinya, tetapi Encik Akmal tetap berdegil.

Encik Akmal: "Saya tahu saya salah, Scha! Saya menyesal! Tapi awak jangan buat keputusan terburu-buru!"

Tiba-tiba, satu suara lantang bergema.

Fauzan: "Lepaskan dia!"

Encik Akmal dan Scha sama-sama berpaling. Fauzan kini berdiri di hadapan mereka dengan wajah tegang, matanya tajam merenung lelaki itu.

Fauzan: "Saya cakap sekali lagi, lepaskan Scha!"

Encik Akmal menggenggam rahangnya, matanya bersinar dengan kemarahan.

Encik Akmal: "Kau siapa nak masuk campur?!"

Fauzan tidak gentar. Dia melangkah lebih dekat dan tanpa ragu, dia menepis tangan Encik Akmal dari Scha dengan sekali hayunan. Scha segera berundur, menahan air mata yang hampir mengalir.

Fauzan: "Aku orang yang akan jaga dia lebih baik daripada kau pernah buat."

Encik Akmal mendengus, wajahnya merah menahan marah. Setelah Fauzan menepis tangan Encik Akmal, Scha dengan refleks segera melangkah ke belakang Fauzan, mencari perlindungan di sebaliknya. Jantungnya berdegup kencang, tangannya menggenggam lengan baju Fauzan dengan erat.

Encik Akmal: "Kau berani tolak aku?!"

Wajahnya merah padam, penuh dengan kemarahan. Tanpa berfikir panjang, dia melayangkan tumbukan ke arah Fauzan.

Namun, Fauzan sudah bersedia. Dia mengelak ke tepi, menyebabkan Encik Akmal kehilangan keseimbangan seketika.

Fauzan: "Aku tak nak cari gaduh, Encik Akmal. Tapi kalau kau sentuh Scha lagi, aku takkan berdiam diri."

Encik Akmal: "Kau fikir kau siapa? Scha milik aku!"

Mendengar kata-kata itu, darah Fauzan mendidih. Dengan pantas, dia membalas dengan satu tumbukan tepat mengenai rahang Encik Akmal. Lelaki itu terdorong ke belakang, memegang pipinya yang kini terasa berdenyut sakit.

Scha menjerit kecil, terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya.

Scha: "awak, sudah! Jangan gaduh sebab saya!"

Tetapi Encik Akmal tidak mahu mengalah. Dengan geram, dia menerkam ke arah Fauzan, menumbuk dada dan bahunya. Fauzan membalas dengan satu hayunan kuat yang membuatkan Encik Akmal jatuh tersungkur di atas jalan.

Mereka berdua kini sama-sama tercungap, masing-masing dengan luka kecil di wajah dan tangan.

Fauzan: "Kau tak layak untuk Scha. Dia dah pilih untuk tinggalkan kau, terima hakikat."

Encik Akmal memandang Fauzan dengan mata yang penuh dendam, tetapi dia tahu dia sudah kalah. Dia mengesat darah di hujung bibirnya dan bangun perlahan-lahan.

Encik Akmal: "Kau akan menyesal, Scha."

Tanpa menunggu jawapan, dia berpaling dan melangkah pergi dengan penuh kemarahan.

Fauzan menoleh ke arah Scha yang masih berdiri dengan wajah terkejut dan penuh kebimbangan.

Fauzan: "Sayang okay?"

Scha mengangguk perlahan, air matanya mengalir tanpa sedar.

Scha: "Kenapa awak sanggup buat semua ni untuk saya?"

Fauzan menarik nafas dalam, cuba menahan emosinya sendiri.

Fauzan: "Sebab abang sayangkan awak, sayang."

Scha terdiam, hatinya bergetar dengan perasaan yang sukar dijelaskan. Malam itu, di bawah cahaya lampu jalan yang suram, dia sedar Fauzan bukan sekadar seorang junior di pejabat. Dia adalah lelaki yang benar-benar mencintainya.

Scha menatap wajah Fauzan dengan penuh rasa bersalah. Luka kecil di sudut bibir lelaki itu semakin merah dan tangannya sedikit lebam akibat tumbukan tadi.

Scha: "Abang ikut sayang pergi klinik dulu. Sayang tak boleh biarkan abang macam ni."

Fauzan menggeleng perlahan, cuba mengabaikan kesakitannya.

Fauzan: "Takpe, sayang. Luka sikit je ni. Abang boleh urus sendiri."

Namun, Scha tidak peduli. Dia menggenggam tangan Fauzan dengan erat, matanya berkaca.

Scha: "Sayang tak boleh biarkan abang macam ni. Kalau abang degil juga, sayang takkan masuk rumah."

Fauzan terdiam. Dia tahu Scha memang keras kepala. Akhirnya, dia hanya menghela nafas dan mengangguk perlahan.

Fauzan: "Yelah, abang ikut."

Scha tersenyum lega dan segera membawa Fauzan ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan ke klinik, dia mencuri pandang ke arah Fauzan yang hanya diam sambil menatap luar tingkap.

Scha: "Kenapa senyap je?"

Fauzan tersenyum kecil, walaupun bibirnya sakit.

Fauzan: "Abang cuma terfikir, sayang betul-betul ambil berat pasal abang."

Scha menggenggam stereng dengan lebih kuat.

Scha: "Sayang cintakan abang, mestilah sayang risau."

Mendengar itu, Fauzan tersenyum lagi. Kali ini bukan kerana sakit, tetapi kerana hatinya terasa hangat. Scha benar-benar mencintainya, dan malam itu dia merasakan bahawa semua yang berlaku adalah takdir untuk menyatukan mereka.

• • • • • •

Di dalam klinik, Scha duduk bersebelahan Fauzan, matanya tidak lepas dari luka di dahi dan bibir lelaki itu. Tangannya menggenggam erat tangan Fauzan tanpa dia sedari. Fauzan hanya membiarkan, menikmati sentuhan itu walaupun tubuhnya masih terasa sakit akibat pertengkaran tadi.

"Encik, luka awak tak serius, tapi kena jaga baik-baik supaya tak bernanah" kata doktor sambil membersihkan luka Fauzan. Scha mengangguk memahami, tetapi wajahnya masih penuh kerisauan.

Selesai mendapatkan rawatan, mereka keluar dari klinik. Scha memimpin Fauzan ke dalam kereta, masih enggan melepaskan genggaman tangannya. Fauzan hanya tersenyum kecil melihat tingkah Scha yang begitu mengambil berat.

Dalam perjalanan pulang, suasana di dalam kereta sunyi seketika. Hanya bunyi deruan enjin menemani mereka. Scha sesekali mencuri pandang ke arah Fauzan yang termenung di luar tingkap.

"Abang sakit tak?" Scha bertanya perlahan, suaranya penuh dengan rasa bersalah.

Fauzan menghela nafas pendek, lalu tersenyum. "Tak sangat, asalkan sayang selamat."

Scha menggigit bibirnya. Hatinya terasa sebak melihat lelaki di sebelahnya yang sanggup bertarung demi dirinya. Tanpa sedar, air matanya mengalir.

"Kenapa menangis ni, sayang?" Fauzan segera menghulurkan tangan, mengelap air mata Scha dengan ibu jarinya.

Scha menggeleng perlahan. "Sayang takut kehilangan abang."

Fauzan tersenyum kecil, kemudian menggenggam tangan Scha erat. "Abang takkan ke mana-mana. Sayang dah jadi milik abang sekarang."

Scha mengangguk sambil tersenyum dalam tangis. Malam itu, dia semakin yakin yang Fauzan adalah lelaki yang sepatutnya dia pilih dari awal.

Sebaik sahaja sampai di hadapan rumahnya, Scha memberhentikan kereta. Namun, dia tidak terus turun. Dia memandang Fauzan dengan wajah penuh kebimbangan.

"Abang betul-betul okay ke?" Scha bertanya, matanya jatuh pada luka di bibir Fauzan yang sudah dibersihkan oleh doktor tadi.

Fauzan tersenyum kecil. "Abang okay, sayang. Luka sikit je. Jangan risau."

Scha menghela nafas panjang, dia tahu Fauzan cuba menyembunyikan kesakitannya. Perlahan-lahan, Scha menghulurkan tangannya untuk menyentuh luka di wajah Fauzan, tetapi Fauzan lebih pantas menangkap tangannya.

"Sayang tak perlu risau sangat. Abang kuat" katanya sambil mengusap tangan Scha dengan lembut.

Namun, Scha masih belum puas hati. "Abang kuat pun, sayang tetap tak suka tengok abang cedera."

Fauzan tersenyum melihat keprihatinan Scha. Dia mengangkat tangan Scha dan menciumnya perlahan. "Kalau macam tu, sayang kena pastikan abang tak kena apa-apa lagi lepas ni."

Scha tersenyum kecil, tetapi matanya masih berkaca. Dia benar-benar rasa bersalah kerana Fauzan terpaksa melalui semua ini demi dirinya.

"Abang..." Scha memanggil dengan nada perlahan.

"Ye, sayang?"

"Abang tidur rumah sayang malam ni, boleh?"

Fauzan sedikit terkejut dengan permintaan itu. Dia memandang Scha dalam-dalam, cuba membaca maksud di sebalik kata-kata itu.

Scha cepat-cepat menundukkan wajahnya. "Bukan apa, sayang takut kalau Encik Akmal datang cari sayang lagi. Sayang rasa selamat bila abang ada."

Fauzan akhirnya mengangguk. "Okay, abang teman sayang malam ni."

Scha tersenyum lega. Dia segera mematikan enjin kereta sebelum keluar bersama Fauzan, melangkah masuk ke rumah dengan perasaan yang lebih tenang berbanding sebelumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience