UNTUNGLAH

Romance Series 18790

"Untunglah ada orang tolong ambik dan hantarkan. Sampai bila kau nak suruh dia ambik hantar tu?"

"Dia yang nak tolong, bukan aku yang mintak. Dah banyak kali aku tolak" kata ufaira sambil makan burger

"Eh kau ni, tak payahlah gelojoh sangat. Cuba la makan tu sopan sikit. Ni kalau si rahsia tu nampak, malu wehh" tegur kartini kepada ufaira apabila dilihat kawannya itu makan dengan gelojoh

"Aku lapar weh, dah 5 jam aku tak makan"

Kartini yang melihat rakannya itu, terfikir sesuatu idea lalu terus menarik ufaira hampir dengannya

"Apa kata kita pergi gym?"

"Untuk apa? untuk sado?"

"Sado tengkorak kau" kartini terus menarik burger daripada tangan ufaira

"Tapi aku tak gaji lagilah. Baru sehari kerja"

"Aku tahu, tu yang aku cadang hujung bulan ni kita mula. Cuma sekarang aku nak kau kawal pemakanan tu dulu"

"Hemm ye lah, ye lah. Aku cuba, tapi bagi aku habiskan burger tu dulu" kata ufaira sambil membuat muka comel

"Ambiklah" kartini memberi semula burger itu. Lalu naik ke atas untuk berehat

Keesokan paginya, pada pukul 8 pagi. Terdapat kereta lexus berwarna hitam berkilat menunggu dihadapan rumah kartini

"Wehh babe, aku nak gerak dah tau. Kawan aku dah tunggu dekat luar"

"Seriouslah? kau breakfast pun belum"

"Takpe, aku breakfast dengan dia. Kau makan la tau, bye" kata ufaira kelang-kabut lalu menuju ke kereta. Dilihat ada seorang lelaki didalam kereta tu memakai cermin mata hitam dan membuka tingkap untuk memanggil ufaira

"Ufaira" laung lelaki itu

Kartini yang melihatnya terkejut terus, awat segak nauu dia? helok ni.......

"Yes, yes sorry. Saya lambat ke?"

"No, tapi atas hidung je. Sikit je lagi nak tenggelam" tegas fahmi berkata

"Saya minta maaf, saya tak sengaja. Saya betul-betul minta maaf doktor fahmi"

"Okay, but lain kali jangan lambat. Faham?"

"Faham"

Mereka pun terus menuju ke klinik, tibanya disana mereka menuju ke restoren untuk membeli sarapan pagi. Tetapi tidak, fahmi sudah menyuruhnya terus ke klinik

"Ufaira masuk bilik saya sekejap"

Ufaira menganggukkan kepalanya dan mengikuti fahmi menuju ke biliknya. Setibanya di dalam bilik, ufaira membuka pintu bilik fahmi seluas-luasnya

"Tutup la pintu tu, saya bukan nak buat apa-apa pun dekat awak"

Ufaira pun menutup pintu

"Ni, saya ada masak nasi goreng lebih memang niat nak bagi dekat awak pun"

"Ouhh, yeke? terima kasih"

"Sama-sama"

Ufaira pun keluar lalu menuju ke biliknya sementara ada lagi 15 minit waktu sebelum kerja bermula

"Wowwwwww, apa tu ufaira?"

"Nasi goreng kak"

"Ouhh, sape bagi?"

"Doktor fahmi yang bagi, katanya termasak lebih tadi"

"Ouhh, untunglah. Doktor bagi tumpang, doktor masakkan untuk breakfast. Hemmm lama-lama jadi girlfriend doktor"

"InsyaAllah la kak, dah semuanya mendoakan saya macam tu. Saya aaminkan aje" kata ufaira lalu membaca doa dan makan. Diam tak terkata sedap sangatlah dikatakan. Orang lain masak a.k.a bakal suami yang masak. Eh eh macam jauh je pergi tu

Tiba waktu rehat, ufaira pergi ke restoren untuk membeli makanan. Dilihat ada sebuah gym yang baru dibuka membuat promosi untuk kaum wanita sahaja yang ingin menguruskan badan

"Hemmm macam elok je, tunggu gajilah. Kita try tanya dulu"

Ufaira pun bertanya, tidak lama. Hanya seketika dan keluar lalu menuju ke klinik. Semasa tiba diklinik dilihat fahmi sedang berborak dengan kak zahra di kaunter pendaftaran rancak bunyinya. Ufaira terus masuk ke bilik pendaftaran tanpa mengendahkan fahmi di depannya. Ada penghalang nok diantara fahmi dengan ufaira tu

"Okaylah, tu je kak zahra. Nanti bagitahu ufaira eh? saya nak ke dalam"

"Baik doktor"

Fahmi tersenyum pada ufaira lalu beredar. Manisnya senyum dia, subanahallah. Dengan ufaira sekali tersenyum jadinya sehinggalah kak zahra menyikunya

"Eh kamu ni kenapa?"

"Hahh? tak, tak ada apa-apalah kak. Kenapa?"

"Ni doktor fahmi ada bagitahu akak. Nanti hujung minggu dia ada buat makan-makan dekat dewan hotel. Dia suruh kamu datang"

"Ouhh, saya tak berani nak janji la kak. Saya takut saya busy"

"Kalau tak boleh pergi, nanti bagitahu dengan doktor sendiri"

"Baik akak, emmmmm........ akak pergi ke?"

"Akak pergi je, dengan suami akak"

"Ouhh, dia kena berpasangan ke kak?"

"Iye"

"Ouhh" ufaira kembali termenung. Semasa pulang fahmi menghantarnya pulang ke rumah. Semasa di dalam kereta ufaira bertanya tentang jamuan tadi

"Emmm awak. Saya nak tanya sikit boleh?"

"Boleh, tanya je lah"

"Awak ke buat jamuan makan-makan dekat hotel tu?"

"Yes"

"And kena datang berpasangan ke?"

"Yup, harus berpasangan"

"Kalau saya tak datang tak boleh ke?"

"Kenapa?"

"Sebab ada banyak sebabnya"

"Okay, apa yang banyak sangat sebabnya tu?"

"First sebab saya tak cantik, second saya tak pandai berhias, third saya gemuk. So tak sesuai dengan doktor"

"Tapi kalau saya tetap nak awak pergi?"

"Doktor carilah orang lain"

"Okay, kalau awak tak nak pergi. Saya pun tak pergi"

"Tapi itu kan jamuan makan-makan yang doktor buat"

"Saya tahu, saya cakaplah saya ada hal last minit. Apa salahnya"

Ufaira menjeling fahmi, manakala fahmi hanya tersenyum. Eh aku jeling suruh dia marah, last-last dia senyum je. Cair aku kalau dia senyum lama-lama macam ni

harini saya publish lebih sikit, kemungkinan esok tiada publish saya gantikan dgn harini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience