NEKAD

Romance Series 18790

"Wehh babe, boleh ke aku stay dekat rumah kau?"

"Boleh je lah, no problem. Kalau kau nak stay sampai bila-bila pun aku okaylah. Atleast aku ada kawan, tak adalah sunyi sangat" kata kartini sambil matanya melihat televisyen

"Tapikan wehh boleh ke aku kerja? aku kan dalam iddah lagi"

"Kau kerja untuk cari duitkan? kau tahu kan laki kau tak kan bagi duit kann? tak salah pun. Bukannya kau keluar untuk cari pakwe lain" terang kartini

"So aku nak cari kerja dekat mana eh?"

"Kau kan ada kelulusan Universiti, tak kan orang taknak ambik kau bekerja kott"

"Tak tahu lah wehh, habistu macam mana eh?"

"Emmm aku ada nampak, satu klinik ni. Dia perlukan pembantu farmasi kelulusan degree. Cubalah kau mintak dekat sana"

"Klinik mana?"

"Klinik family kita tu"

"Ouhh, klinik tu. Takpelah nanti aku cuba"

"Okay, eh aku lupa selain daripada klinik tu. Kau try la dekat tempat-tempat lain jugak. Jangan nak harapkan satu tempat je, aku takut tak dapat"

"Okay, babe. Thanks tauu"

"Iye lah, sama-sama. Tapi kalau sewa rumah ni kita bayar sama-sama boleh? kau separuh aku separuh?"

"Ouhh, boleh je tak ada masalah. Kau temankan aku eh pergi mahkamah hujung minggu ni" tanya ufaira

"Eh kau nak bercerai hujung minggu ni?"

Ufaira menganggukkan kepalanya "and lepas dia ceraikan aku, dia kahwin dengan raisha terus"

"Bapak ahh, dia terus nak kahwin? ke betina tu dah mengandung?" teka kartini

Ufaira mengangkat bahunya

"Eh kau tak mengandungkan anak dia ke?"

"Tak pernah wehh"

"Walaupun kau bersama?"

"Mungkin bukan rezeki aku nak ada anak dengan dia. Maybe Allah dah tahu yang jodoh kitaorang tak panjang. Jadi lebih baik Allah tak bagi zuriat. Nanti jadi lagi susah kalau nak berpisah"

"Hemmm betul jugak eh" kata kartini sambil membuat muka berfikir

"Takpelah wehh, aku redha andainya ini ujian dan dugaan aku. Aku tak kisah, dan mungkin Allah dah tetapkan jodoh aku dengan dia sementara"

"Hemmmm, baguslah kau. Kuat nekad, kalau akulah. Belum tentu aku sekuat kau"

Ufaira tersenyum sambil melihat televisyen

"So bila kau nak mula kerja?"

"Aku plan, lepas bercerai kott. Tapi aku still nak hantar resume mula esok. Kau tolong aku boleh?"

"Tolong hantar kau?"

"Haah, boleh? kalau menyusahkan takpelah"

"Takde lah, aku on je. Dah aku pun free, aku temankan kau"

"Thanks babe, thanks sangat-sangat tauu" kata ufaira lalu mereka berpelukan seketika

"Dah-dah la peluk aku, aku nak tengok lee soo hyuk ni. Janganlah kacau, dia handsome gila" kata kartini riang

"Handsome tahap mana?"

"Tuuuuuu" kata kartini sambil tunjuk menggunakan muncung mulutnya sahaja

"Ouhh, not bad" kata ufaira sambil minum air dan menonton televisyen bersama kartini

Pada keesokan harinya ufaira telah keluar untuk mencari kerja bersama kartini

"Weh tini tunggu kejap tau, aku pergi klinik dekat depan tu"

"Okay"

Ufaira masuk, sementara itu dia ternampak marzuki

"Eh tu bukan ke jantan tak guna tu ke? dia buat apa dekat sini?"

Seketika kartini khusyuk melihat itu, ufaira hadir disebelahnya

"Eh babe, kau tengok apa tu?" sergah ufaira

"Eh ya Allah kau ni ufaira, dah siap ke?"

"Dah lah, tu yang aku datang sini"

"Ouhh" jawab kartini tetapi matanya masih melekat pada marzuki. Ufaira turut melihat apa yang dilihat oleh kartini

"Wehh, jomm la gerak. Kita pergi klinik lain pulak" kata ufaira sambil memakai tali pinggang keledar

"Ouhh, okay-okay. Jomm" mereka pun menuju ke tempat lain untuk mencari kerja

"Dia cakap, kalau aku boleh kerja dekat situ. Lagi seminggu dia telefon"

"Ouhh, takpelah. Sementara tu aku boleh tolong kemaskan rumah kau"

"Boleh jugak tu, tapi aku tak bayar eh?"

Ufaira tersenyum lalu mereka menuju ke tempat lain

Pada hari jumaat, ufaira telah berjumpa dengan peguam syariah yang akan menguruskan penceraian merek

"Jadi ini fail yang saya nak bagikan pada puan ufaira, puan boleh tengok dulu"

Ufaira mengambil dan membacanya dengan teliti. Setelah itu menghulur semula kepada peguamnya itu

"Saya percayakan awak tentang hal ni, dan saya dah amanahkan benda ni dekat awak"

"Baiklah, puan jadi ke kita nak ke mahkamah esok?"

"Ye jadi, pukul 9 pagi"

"Baiklah kalau macam tu puan, saya mintak diri dulu ye. Kita jumpa esok, assalamualaikum"

"Baik, waalaikumsalam"

"Wehh babe, kau biar betul nak bercerai dengan marzuki?"

"Betul, dan aku betul-betul nekad nak berpisah dengan dia. Kalau setakat jasad je dengan aku, tapi hati dia dekat orang lain buat apa?"

"Betul jugak eh, dia buat talak li'an ke wehh?"

"Tak, talak biasa je. Tapi aku tak kisah dia nak talak apa sekali pun. Aku akan berusaha untuk bayar"

"Ouhh, faham. Tapi wehh macam mana kalau tiba-tiba hati dia berubah. Dia ketagihkan cinta kau semula?"

"Aku yakin tak, dan aku akan pastikan yang hati aku tak kan berpaling semula pada dia"

"Ouhh, aku nampak tu kau betul-betul nekad tu" kata kartini tegas

"Wehh benda ni, kalau kau nak nekad. Kau kena bersungguh-sungguh, kau tak boleh nak buat main-main"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience