"Fahmi" panggilku dalam tangisan jua
"Fahmi, awak dengarkan? saya sayangkan awak" luah aku berterus-terang
"Awak cakap macam tu sebab nak pujuk saya ke apa?" tanya fahmi dalam sisa tangisnya
"Tak, saya pujuk awak ikhlas fahmi"
"Ikhlas daripada hati?"
"Iye, tak kan saya nak tipu" kata aku sambil mengosok air mata dengan lengan baju
"Manalah tahu, kalau-kalau awak nak suruh saya berhenti menangis ke?" uji fahmi sambil aku terdengar tawa di dalam panggilan
"Awak boleh gelak fahmi?" suara aku terus naik senoktaf
"Mana ada saya gelak, betul lah saya bertanya" suaranya kembali riang
"Main-main kan awak ni, nasib baik tak ada depan hidung. Kalau tak siaplah awak" kataku sudah rasa dipermainkan
"Mana ada, betul lah saya luahkan apa yang saya pendam lama tu. Awak je yang tahu hal tu. And please jangan bagitahu sesiapa tau, ni diantara janji kita je" arah fahmi
"Okay tu boleh, tapi saya nak cakap dengan awak sesuatu boleh?"
"Boleh, apa dia?"
"Tapi awak pun kena janji dengan saya jugak, jangan bagitahu sesiapa" arah aku pula kali ini kepadanya
"Okay apa dia?"
"Saya sebenarnya nak bagitahu awak, tapi awak kena dengar elok-elok. Saya cakap sekali je awak kena dengar"
"Okay, baiklah apa dia?" fahmi mengesat air matanya lalu fokus ingin mendengar bicaraku sehingga aku terdengar hembusan nafasnya
"Saya sebenarnya S.U.K.A awak" kata aku lalu menjerit sekuat hati dengan menutup muka dengan bantal
"Wait wait apa dia?"
"Awak ni, kan saya dah kata. Saya tak kan ulang lagi dah, saya dah suruh awak dengar elok-elokkan? fokus"
"Okay, saya ulang apa yang saya dengar"
"Baiklah"
"Saya sebenarnya S.U.K.A awak? right?"
"Yes"
"Jadi saya pun S.U.K.A dekat awak" confess fahmi kepada aku
"Awak ni, biar betul?"
"Betul, untuk apa saya nak menipu? esok saya nak bila awak dah sampai terus masuk bilik saya ada suprise dan lagi satu esok kak zahra cuti so awak dengan saya je dekat klinik"
"Eh mana ada berdua" usik aku
"Sape lagi sorang?"
"Allah"
"Ye saya tahu, tapi manusia pekerja di dalam klinik tu hanyalah 2 orang"
"Hehehehehe okay-okay, janganlah marah. Okay doktor"
"Okay, bye, good night, assalamualaikum"
"Okay, bye, good night, waalaikumsalam"
Lama hampir 5 minit aku tidak meletakkan panggilan, aku sengaja ingin menunggu andainya fahmi ingin mengatakan sesuatu lagi
"I love you fai" kata fahmi lalu mematikan
Aku yang terdengarnya terus tersenyum tersimpul malu, aku membalas kata-katanya itu sebelum tidur
"I love you too pami" aku terus menarik kain selimut lalu menutupkan mata sambil tersenyum
Keesokan harinya, aku terus ke klinik seperti hari-hari biasa. Setelah aku tiba di klinik, aku terus menuju ke bilik fahmi kerana aku melihat keretanya sudah terletak elok di dalam kotak parking khas untuk para doktor sahaja, so kita sebagai staf parking am je lah. Awal pulak si pami ni datang, selalunya sampai aku dulu daripada dia. Aku pun terus masuk dan menuju ke bilik pendaftaran untuk meletakkan barang-barang aku. Setelah itu, barulah aku masuk ke bilik fahmi
Knock knock knock
"Masuk" laung fahmi dari dalam
"Ye ada apa doktor panggil?"
"Tak payahlah panggil doktor dengan saya, lagipun kita berdua je sekarang ni"
"Baiklah pami" kata aku lalu duduk dihadapannya tanpa malu
Fahmi memandang aku pelik kerana aku telah duduk dikerusi yang diduduki oleh pesakit tanpa diberi arahan
"Ada apa awak suruh saya datang ke bilik awak?"
"Ouhh, ya sekejap"
Aku melihat fahmi memusingkan kerusinya dan menunduk sedikit lalu diangkat sejambak bunga dan sebuah kotak kecil yang telah dibalut kemas dengan diikatkan dengan reben lalu dihulurkan kepada aku
"Apa benda ni?" jawabku hanya memandang kotak dan bunga tersebut
"Awak ambik, dan buka dekat bilik pendaftaran awak tu" arah fahmi pula
"Okay, tu je ke?"
"Yes tu je, kalau ada lagi saya akan panggil awak"
"Okay, terima kasih bagi bunga dan hadiah ni dekat saya"
"Sama-sama tapi terima kasih awak tu tak cukup untuk saya"
"Habistu awak nak apa lagi untuk cukupkan?"
"Awak kena buka kotak dulu"
Aku buat muka comel, fahmi terdiam dan berdehem
"Awak jangan buat macam tu bila kita berdua macam ni" pesannya sambil membelek fail pesakit diatas mejanya aku ingin beredar, semasa aku ingin memulas tombol pintu, dia sempat lagi menasihati aku
"Dan awak jangan buat muka macam tu dekat lelaki lain, saya tak suka" katanya sambil menulis sesuatu
"Baik doktor fahmi"
Aku terus keluar menuju ke bilik pendaftaran, semasa dikaunter pendaftaran ada seorang perempuan yang agak berusia hadir untuk mendaftar
"Assalamualaikum"
"Ya waalaikumsalam?"
"Nak tanya, doktor ibu mengandung ada ke dekat sini?"
"Maaf makcik, doktor ibu mengandung tak ada dekat sini. Cuma yang ada doktor biasa sahaja"
"Ouhh, yeke? takpelah kalau macam tu. Terima kasih"
Aku melihat makcik itu beredar jauh, sehingga aku ternampak seorang perempuan mengandung menuju ke arahnya seperti memarahinya. Cukup sekadar sampai situ sahaja aku melihat, malas nak tengok lebih-lebih
Semasa waktu rehat, selepas aku keluar membeli makanan. Aku kembali ke klinik seperti biasa, cuma pada hari ini aku kebosanan sedikit sebab tiada kak zahra yang menemani aku. Selalunya kami bergosip sahaja biasalah perempuankan tanam bawang
Selesai aku makan, barulah aku teringat akan kotak yang diberi oleh fahmi kepada aku. Aku terus mencapai dan membukanya. Terlihat ada sebentuk cincin emas yang direka khas kerana memiliki nama F♥️U dan dibentuk hati diatas cincin itu. Aku melihat ke arah bunga pula, terselit sekeping kad bewarna merah jambu. Aku mengambil dan membacanya
"Terima kasih sebab sudi terima cinta saya"
Aku tersenyum melihat kad itu, lalu menyimpankannya semula
sorry lambat update
Share this novel