"Kalau aku macam mana eh?"
Pada malam itu, aku bercadang untuk bermain mesej dengan ufaira. Nak mesej ke tak? tapi aku dah excited ni, hati dah gementar habis tahap. Tapi aku nak tahu jugak betul ke aku atau orang lain. Takpelah bismillahirahmannirahim
"Hi assalamualaikum fai"
satu dua tiga saat, bunyi notifikasi masuk semula
"Hi waalaikumsalam ya ada apa pami?"
Okay, dia dah balas. So aku kene staright to the point atau bengkang-bengkok eh? staright je lahhh
"Fai, saya nak tanya sikit boleh?"
"Boleh, apa dia?"
"Tapi saya nak awak jawab jujur tau, janji tau?"
"Iye, saya janji"
"Boleh saya tahu, siapa yang awak maksudkan tu?"
"Maksudkan tu? bila tu?"
Alah, dia tak faham atau buat-buat tak faham je si ufaira ni?
"Okay, kan petang tadi. Awak ada cakap pasal awak dah ada buah hati. Tapi bila saya awak cakap rahsia dan awak ada bagi hint dekat saya tu yang merawat orang"
"Jadi apa maksud merawat orang tu?"
"Ouhh, awak ni. Tak faham lagi ke? sape je yang saya kenal kerja dia merawat orang je?"
Ishhh si fahmi ni pun, dah macam-macam hint aku bagi kott. Kenapalah blur sangat boyfriend aku ni??
"Saya?" jawab aku ragu-ragu andainya ke
cewa dan dipermainkan
"Sape yang berlakon jadi boyfriend saya sekarang ni?"
"Saya jugak"
"Jadi, awak rasa siapa lelaki tu?"
"Saya jugak la kan??" tanyaku takut-takut
"Jadi apa jawapan dia?"
Fahmi terdiam disana, terus fahmi terjerit tanpa sedar sampai terbaling telefonnya ke atas katil. Aku ni hairan, mana pergi si fahmi ni? lamanya ke dah tidur?
Aku baru sahaja ingin menutup mata, tiba-tiba telefonku berbunyi
"Hello ye pami, ada apa?"
"Ufaira betul ke apa yang awak cakap tu?"
"Awak rasa saya main-main ke?" kataku dalam malu-malu
"Tak"
"Tahu pun, dah la bye awak ganggu waktu saya nak tidur" aku terus meletakkan telefon dan menutup muka dengan bantal lalu menjerit
"Okay, bye" fahmi terus tersenyum-senyum sorang-sorang
Haii la ufaira, kau suka jugak dekat aku akhirnya. Aku ingatkan kau tak suka aku. Alhamdulillah akhirnya aku tidak bertepuk sebelah tangan
Keesokan harinya, aku menuju ke gym seperti biasa. Aku menunggu fahmi di dalam kereta. Semasa aku khusyuk bermain telefon tiba-tiba ada ketukan dicermin. Aku terkejut, kerana aku melihat ada jambangan bunga. Aku menurunkan sedikit cermin kereta
"Yes?"
"Bunga"
"Ye saya tahu la bunga, tapi awak siapa?"
Fahmi pun menurunkan bunga
"Awak ni, terkejut saya. Saya ingatkan siapa la tadi" kataku sambil menutup pintu kereta
"Heheheh, nah bunga ni. Ambiklah"
"Thanks" aku mengambil bunga daripada tangan fahmi. Lalu fahmi merapatkan bahu kami dan berbisik
"Awak kita kena bermesra, marzuki nampak dekat atas walaupun kita duduk dekat bawah. Dia mengintai, sebab tu saya bagi bunga dekat awak"
Aku memahami dan menganggukkan kepala
"Jom la kita naik atas, awak ikut saya. Saya dah kemaskan satu bilik khas untuk awak seorang je" fahmi sengaja berhenti di depan marzuki, sengaja agaknya ingin marzuki cemburu
"Okay" aku mengikuti rapat fahmi sehingga la satu bilik ni
"So dekat sini, saya dah siapkan semua barang-barang kegunaan awak kecuali trendmill je saya tak letak. Sebab tu memang tak boleh nak angkat dah"
"Aikk, bukan ke awak sado?"
"Sesado mana pun saya, benda tu berat cik kak oii. Lagipun saya bukannya kaki gym sangat, saya ke gym ni pun untuk latih awak je. Kalau tak, weekend je baru saya pergi"
"Ouhh, begitu. Sanggup jugak rupanya awak ni ya nak datang untuk teman saya?"
"Mestilah untuk buah hati kot, sape je yang tak nak. Dan saya ni pelatih awak, mestilah kena datang jugak. Tak kan lah anak murid je yang datang, cikgu tak datang"
Betul jugak kann. Aku pun mulalah berlatih seperti biasa setelah disoal siasat apa yang aku makan dan joging dirumah. Hemmm king control betul, tapi dia control untuk kebaikan aku jugak
"Baiklah, my boyfriend" kataku berlari atas trendmill. Tanpa kami sedar ada mata yang memandang kami dengan pandangan yang tajam
Selesai itu, fahmi memghantar aku pulang terlebih dahulu. Fahmi kembali ke gym untuk menulis rekod
"Sejak bila kau bercinta fahmi?" tanya marzuki kepadanya
"Kenapa?" kataku sambil menulis di dalam buku
"Sebab kau tak pernah bercinta fahmi, ini kali pertama kan?"
"Yes, ini memang kali pertama"
"Dan kau tahu kan, siapa perempuan tu?"
"Tahu, dia bekas bini kau. Kenapa?"
"Kau tak malu ke, ambik bekas bini aku?" marzuki ingin menguji tahap kesabaranku
"Kenapa nak malu?"
"Sebab dia janda dan dia dah..."
"Dah tawar ke maksud kau?" aku terus menutup buku sekuat hati dan memandang bertentang mata dengan marzuki
"Haah, sedangkan kau boleh cari anak dara yang masih lagi ada rasa manisnya. Apasal kau nak yang janda wehh? yang dah tak ada rasa. Apa yang bestnya?"
"Aku tak kisah dia siapa, janda ke dara ke. Kalau dara single takpe, kalau dara tapi dah kena tebuk dengan lelaki yang bukan suami dia. Macam lagi kotorkan? lagi jijik" perli ku
Terus muka marzuki berubah, seakan terasa akan perlikan ku kepada dia. MUAHAHAHA padan muka, sape suruh kau nak hina dia. Sape yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Aku pantang orang hina buah hati aku, jangan sesekali nak hina dia. Dia milik aku okayy
Share this novel