LUAHAN

Romance Series 18790

Aku baru sahaja mengambil kunci kereta untuk beredar, tiba-tiba marzuki masih lagi ingin menguji tahap kesabaranku

"Kau lagi tak rasa jijik ke ambik bekas aku? yang aku dah jilat semua" kata marzuki lagi

"Kau jilat dia lepas kahwin, bukan sebelum kahwin" bidas aku

"Tapi memang kau sukalah bekas-bekas macam tu eh? tak ada test langsung kau ni. Suka barang second hand. So cheap" bisik marzuki ditelinga aku sebelum dia beredar

Sabar je lah, kau nak hina dia. Nanti kau tengok, langit tu tinggi ke rendah. Sampai sahaja dirumah aku terus menelefon ufaira

"Hello ufaira" kelang-kabut aku jadinya sehingga tidak sempat memberi salam terlebih dahulu

"Hello, ye waalaikumsalam pami ada apa?" perliku

"Eh dia perli kita nampak"

"Eh awak tu yang selalunya bagi salam, harini tak ada kenapa? salamun awak dah lari ke?"

"Okay-okay, assalamualaikum sayangku"

"Waalaikumsalam, ya ada apa?"

"Awak saya nak bagitahu something ni" kedengaran suara fahmi seperti kelang-kabut

"Apa dia tu?"

"Saya nak awak lebih berhati-hati dengan marzuki lepasni"

Terus tak tertelan air liur aku bila fahmi kata macam tu

"Ke....... kenapa?" gagap aku jadinya

"Saya rasalah, dia cuba untuk rosakkan hubungan kita. Dia tahu yang kita bercinta, dan dia cuba untuk kata benda-benda yang tak elok pasal awak"

"Macam mana dia boleh tahu?"

"Saya rasalah, dia nampak apa yang kita lakukan tadi dan maybe dia terdengar perbualan kita tadi"

Entah kenapa bila dikatakan begitu oleh fahmi aku seakan ingin menangis

"Awak percaya apa yang dia katakan pada awak tu?" kataku suara mulai serak

"Percaya apa?"

"Percaya yang benda-benda tak elok dia cakap tu?" tanyaku yang disana sudah mulai menitis air mata

Fahmi terdengar yang aku sedang menangis terus dia diam

"Hey hey ufaira awak menangis ke?" tanya fahmi lembut disana

Aku masih lagi terdiam sambil tertunduk menangis. Fahmi yang di dalam talian masih lagi tertanya kenapa aku menangis?

"Ufaira, dengar cakap saya ni kenapa awak menangis ni? saya ada buat silap ke? saya ada buat apa terluka ke? apa salah saya ni ufaira? jawablah jangan menangis macam tu. Saya tak tahu, kalau saya ada buat silap awak tegurlah. Saya tak boleh nak pujuk awak lebih-lebih sebab jauh"

"Tolonglah jangan macam ni ufaira" pujuk fahmi lagi

Aku masih dengan sisa tangisku lagi dihujung talian

"Sayang" panggil fahmi kepadaku dengan lemah-lembut

"Sayang please don't be like this, saya tak nak lah awak sedih-sedih. Saya kan jadi boyfriend awak. Saya tak nak lah awak terluka dengan saya......... Please bagitahu saya kenapa awak menangis ni?" tanya fahmi lemah-lembut dengan nada memujuk

Tidak pernah lagi aku mendengar pujukan daripada seorang lelaki selembut ini walaupun marzuki pernah menjadi suami aku, tetapi dia tidaklah pernah memujuk aku sampai ke tahap ini. Kenapa aku rasa cair? dan aku berasa tenang dengan pujukan itu

Aku berhenti menangis secara perlahan-lahan, aku mengesatkan air mataku dengan hujung lengan baju lalu aku menyambung bicara dengan fahmi

"Awak percaya apa yang marzuki cakap?"

"Cakap pasal awak yang tak elok tu?"

"Iye"

"Kenapa saya perlu percaya?"

"Sebab awak banyak kali meluahkan perasaan terhadap saya, saya takut dengan apa yang dia sampaikan pada awak akan menyebabkan awak percaya. Hati awak akan kecewa dan terluka nanti. Saya tak nak ada sesiapa yang terluka kerana menyukai saya"

"Sayang, awak ni tak faham sebenarnya. Kann saya dah cakap, saya betul-betul sayangkan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Saya tahu awak dah pernah berkahwin jadi tak menjadi masalah untuk saya tak boleh cintakan awak" terang fahmi

"Kalau saya tak cintakan awak, tak adalah masa dekat kampung saya lamar awak untuk jadi isteri saya" kata fahmi jujur lagi

Aku terdiam mendengar luahan daripada fahmi tadi

"Saya tahu awak terkejut dan saya pun nak awak tahu pasal perasaan saya ni. Dah lama saya simpan perasaan saya ni daripada sekolah menengah lagi. Saya simpan, sampailah satu masa tu saya nak luahkan tapi bila saya tahu awak dah berkahwin. Saya pilih untuk pendam lagi perasaan tu, walaupun pada mulanya saya dah nak rasa gila masa tu. Tapi saya percaya dengan takdir Allah, andainya awak jodoh saya kita tetapkan aku bersatu"

Aku terdiam lama, sehinggalah habis luahan fahmi

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya hal tu?"

"Sebab saya tahu, awak tak suka dengan saya. Sebab tu saya buli awak, saya menagih perhatian daripada awak sayang. Tapi awak yang tak pernah nampak, awak selalu nampak marzuki je"

"Fahmi saya...."

"Saya faham tu ufaira, masa sekolah menengah marzuki ada rupa anak orang berada. Manakala saya kosong, rupa tak ada anak orang kampung je masa tu. Dikatakan semua perempuan dalam sekolah gilakan marzuki kann? saya apa ada masa tu, semua buat tak tahu kann? tapi bila kerja sekolah semua tanya saya, ni macam mana? nak tiru jawapan boleh? tiba masa tu semua jadi baik kan?"

Aku dengar suara fahmi seakan menangis pula macam aku tadi, kenapa dia mesti luahkan semuanya pada hari macam ni? dan pada keadaan begini?

"Fahmi saya......... jujur saya cakap, saya tak tahu semua tu. Saya tak tahu niat disebalik awak buli saya tu"

"Saya tahu, bila saya buli awak. Mesti awak hina saya kann? ye la saya ni tak ada rupa, lepastu nak buli-buli orang pulak" kata fahmi menangis, suaranya berubah serak

"Fahmi janganlah macam ni, tadi awak pujuk saya. Awak janganlah menangis, saya tak pernah hina awak pun dulu fahmi. Saya tak pernah buat macam tu fahmi. Saya minta maaf fahmi kalau apa yang saya buat tu awak terasa hati. Tapi jujur saya cakap, masa tu saya langsung tak ada hati dekat awak. Betul apa yang awak cakap, saya memang nampak marzuki je sebab dia ada rupa apa semua. Tapi saya mula sedar bila raisha tikam belakang saya, dia mula ada hubungan dengan marzuki" luah aku pula

Fahmi masih lagi diam disana, aku hanya mendengar esakkan halusnya sahaja melalui telefon

"Fahmi, saya minta maaf" kataku sambil air mata mulai bertakung hanya menanti masa untuk jatuh berderai

"Fahmi, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak pernah nak dengar luahan awak. Saya buta dengan cinta monyet yang marzuki bina, sampai saya tak nampak keikhlasan dalam hati awak sebelum ni. Saya hanyut dengan cinta palsu marzuki"

"Saya minta maaf fahmi, saya minta maaf sangat-sangat fahmi. Saya betul-betul minta maaf, saya sayangkan awak fahmi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience