"Sape dia kak zahra?" tanya ufaira apabila lelaki itu sudah melepasi mereka
"Dialah doktor Fahmi"
"Hahh! doktor fahmi!?" kata ufaira sedikit kuat
"Ishh kamu ni, janganlah cakap kuat sangat. Dia tak suka bising-bising"
"Ouhh, okay-okay sorry kak"
"Tapi kenapa kamu terkejut? kamu pernah kenal ke dengan dia?"
"Pernah kak, kenal sangat-sangat" kata ufaira sambil matanya memandang ke arah pintu bilik fahmi dilihat ada tulisan menulis Dr. Fahmi
"Macam mana kamu boleh kenal?"
"Dia pembuli masa dekat sekolah menengah dulu"
"Hahh! seriouslah!?" kata zahra terkejut
"Iye kak, dia banyak kali buli saya dulu. Sejak tu saya tak suka dengan dia sampai ke sudah...... Tapi tak sangka harini saya kerja dengan dia pulak"
"Itulah kamu, jangan dibenci orang tu. Nanti jadi jodoh kamu baru tahu"
"Mana adalah kak, tak ada istilah jodoh"
"Elehh, kamu pasti ke?"
"InsyaAllah la kak"
Tiba-tiba ada bunyi ketukan pintu daripada bilik farmasi itu
Knock knock knock
Muncul muka doktor fahmi
"Ye doktor?" tanya kak zahra
"Emmm pekerja baru tu dah sampai ke?" tanya fahmi sambil melihat ke arah ufaira yang sedang tunduk tanpa memandangnya
"Ouhh, dah doktor. Ni dia" kata kak zahra sambil menarik ufaira kearahnya
"Okay good, nanti awak suruh dia masuk bilik saya sekejap" kata fahmi lalu beredar
"Baik doktor"
Ufaira masih lagi tertunduk, lalu kak zahra duduk disebelahnya dan menyikunya
"Ufaira doktor nak jumpa tu"
"Kenapa doktor nak jumpa saya kak?"
"Entah, sebab kamu pekerja baru la kott. Pergilah cepat nanti dia marah pulak"
"Baiklah kak" kata ufaira monyok dan terus ke bilik fahmi
Knock knock knock
"Masuk"
"Iye doktor, ada apa nak jumpa saya?" tanya ufaira sambil menundukkan kepalanya
"Yes, awak pekerja baru kan dekat sini?"
Ufaira menganggukkan kepalanya sebagai balasan
"Ouhh, awak dah pernah berkahwin?"
Ufaira menganggukkan lagi
"Awak memamg reti angguk-angguk je ke?"
Ufaira menggelengkan kepalanya semula
"Dah tu? saya tanya tu jawab guna mulut lah. Ke ada emas dalam mulut?"
"Tak ada doktor"
"Okay good, so know sekarang awak dah tahu ke pasal ubat-ubat tu?"
"Dah doktor"
"Okay, but tak okay. Awak bercakap memang kena tunduk ke? awak tak lenguh leher ke? asyik tertunduk je"
"Saya tak biasa bercakap dengan doktor"
"Ouhh really? tapi awak dah kerja dekat klinik. So awak kena biasa bercakap dengan saya. Faham?"
"Faham doktor"
"Okay, tu je. Saya tak nak dengar apa-apa complain daripada pesakit tentang awak. Faham?"
"Faham doktor"
"Okay, itu je" Ufaira menganggukkan kepalanya lalu keluar daripada bilik doktor menuju kd bilik farmasi
"Apa hal doktor panggil ufaira?"
"Tan ada apa-apa pun kak. Dia cuma tegur sikit je"
"Ouhh, takpelah kalau ufaira cakap macam tu. Jomm lah kita buat kerja"
Ufaira menganggukkan kepalanya dan mengikuti sahaja kata-kata kak zahra tadi. Manakala doktor fahmi sedang menyemak fail peribadi ufaira
"Hemmm, ufaira batrisha budak sekolah menengah aku dulu. Aku yang buli, tapi tak sangka dah kahwin. Sekarang dah lain, tembam berisi. Mesti happy kahwin kott" kata fahmi sambil mengetuk mejanya
"Dah-dah la tu. Dia isteri orang, aku ni kahwin pun belum. Hampehhhhh"
Fahmi pun memulakan kerjanya seperti biasa
Ufaira menjadi pembantu fahmi untuk memanggil pesakit masuk ke biliknya
"Ufaira" panggil fahmi
Ufaira pun pergi ke arah fahmni
"Ye doktor"
"Ni list ubat untuk pesakit ni, nanti awak bagi dekat dia. Boleh?"
"Baik doktor" ufaira pun mengambil kertas yang dihulurkan fahmi kepadanya
Selesai itu, pada waktu makan tengah hari ufaira telah keluar untuk membeli makan tengah hari untuk dirinya dan kak zahra. Semasa di kedai makan, ufaira ternampak marzuki dan raisha sedang makan-makan
Tiba-tiba ada yang datang berbisik daripada belakang
"Yuhuuuu, buat apa tu?"
"Eh opocot" latah ufaira
"Eh melatah rupanya"
"Maaf doktor, saya tak perasan tadi" kata ufaira lalu membayar makanannya dikaunter
"Takpe, tapi awak tengok apa tadi?"
"Tak, tak ada apa-apalah. Saya balik klinik dulu"
Fahmi hanya menganggukkan kepalanya lalu turut melihat pasangan itu sedang bersuap makan. Fahmi memesan makanan dan membayarnya lalu terus pulang ke kliniknya
Dilihat ufaira dan zahra sedang makan tengah hari di kaunter pendaftaran sambil berborak
"Ufaira kalau akak nak tanya sikit boleh?"
"Boleh, tanyalah"
"Tapi akak nak minta maaf la dulu eh, kalau akak tanya ni soalan peribadi, takut-takut ufaira terasa pulak"
"Soalan apa tu kak? bunyi macam serious je" kata ufaira sambil tersenyum
"Ufaira dah berkahwin?"
Ufaira menganggukkan kepalanya lalu menyambung kata-kata zahra "dah bercerai pun"
"Laaaa, kenapa bercerai?"
"Jodoh tak panjang kak" kata ufaira dalam tenangnya
"Ouhh, tenang je ufaira jawab. Tapi bila ufaira bercerai?"
"Minggu lepas kak"
"Allahuakbar baru je?"
Ufaira menganggukkan kepalanya
"Ada anak tak?"
"Tak ada kak"
"Ouhh, kesian ufaira. Besar dugaan yang melanda tu. Takpelah akak sudi tolong ufaira bila susah senang. Takpelah kalau ada apa-apa nak akak tolong. Akak boleh tolong"
"InsyaAllah kak, terima kasih banyak-banyak"
Fahmi yang berada di hadapan pintu biliknya terdengar perbualan mereka lalu terfikir
"Ada kaitan ke hubungan pasangan tadi dengan ufaira?"
Share this novel