BERTUNANG

Romance Series 18790

"Raya ni awak balik kampung ke?" tanya fahmi kepada aku

"Balik macam biasa, kenapa?" jawab aku lurus

"Awak pakai baju warna apa?"

"Lahh, soalan apa awak ni?"

"Jawab je lah"

"Okay, warna pink belacan"

"Okay, thank you. Bye"

WHAT??? Itu je dia penat-penat panggil aku tu. Rupanya tanya pasal baju raya, cehhh baik tak payah

.

2 hari sebelum raya, aku pulang ke kampung halaman di seri iskandar. Semasa aku sampai aku melihat ibu sudah siap menukar langsir, kusyen dan sebagainya

"Assalamualaikum ibu"

"Waalaikumsalam haaa ibu ada dekat dapur ni" jerit ibu dari dapur

Aku datang menyalami ibu dan melihat apa yang ibu buat

"Ibu masak apa ni?"

"Tolong ibu kacau ni, ibu masak untuk berbuka teruslah"

"Baik ibu"

Memandangkan aku tiba dirumah hampir pukul 7. Jadi aku terus tolong ibu buat apa yang patut. Esok pun dah hari terakhir kami berpuasa, lagi excited aku rasa. Nasib baik jalan tak sesak, kalau tak lambatlah aku sampai

Aku menghidangkan lauk-pauk diatas meja sambil menunggu ibu. Selesai menghidang kami sama-sama berbuka, ayah ke masjid berbuka dan solat tarawih disana sekali. Selepas berbuka ibu memanggil aku suruh ke ruang tamu

"Kamu tak solat tarawih ke?"

"Cuti"

"Ouhh, patutlah berbuka awal daripada orang lain" kata ibu sambil menekan butang alat kawalan televisyen

Biashe la ibu, orang muda. Bukan macam ibu dah monopos

"Ni haaaa ada bagusnya kamu balik awal"

"Kenapa ibu?" aku menghirup air

"Banyak benda yang ibu nak kamu tolong esok"

"Boleh je ibu, tak ada masalah"

Aku melihat ibu mengambil kertas yang telah siap dilipat dimeja tv, dan diberikan kepada aku. Aku membuka dan melihatnya, ternganga aku panjang betul kertas tu

"Apa ni ibu?"

"Memandangkan kamu cuti puasa, so tolong ibu buat semua tu. Kamu boleh minum air kamu boleh makan, so tolongnye. Tu termasuk dengan barang-barang untuk masak raya. Beli jangan lupa" arah ibu lalu masuk ke dalam bilik

Mak aii, panjang bethol. Kurus la aku pagi raya tu, ada 200 benda aku nak kena buat dalam masa 1 hari!! boleh pengsan aku

Keesokan harinya, hari terakhir berpuasa. Pada pukul 9 pagi aku sudah ke pasar raya untuk membeli apa yang patut, hemmm penuh troli aku macam lelong satu pasar dah. Ketika aku membayar, aku ternampak kelibat yang aku kenal, si marzuki tu...... tapi aku nampak dia sorang je lah, apa dia buat dekat sini? setahu aku dia bukan orang sini. Dia orang perlis, jauh datang

Selesai membayar, aku terus ke kereta dan terus pulang. Aku kena bagitahu dengan ibu pasal apa yang aku nampak tadi tu

Sampai sahaja, aku terus ke dapur. Aku melihat ibu dengan mencari bekas biskut raya. Aku terus memanggilnya

"Ibu ibu"

"Apa kamu ni? lelah ibu dengar. Kena kejar dengan anjing ke?"

"Ishhh ibu ni, mana ada anjing kat kampung kita. Bukan, tadi masa nak bayar fai nampak marzuki dekat sana"

"Lahh, yeke? dia buat apa?"

"Dia tengah membayar jugak"

"Ouhh, ada la tu. Dia kan CEO outstation la kott"

Think positif sangat mak aku niii

"Maybe" aku pula yang terfikir akan yang mak aku cakap tu ada betul jugak

"Kamu ni kenapa? kamu ingat dia nak stalk kamu ke?"

"Mana ada ibu, tak inginlah nak kembali pada dia. Cukup sekali je" kata aku sambil menyusun barang yang aku beli tadi

"Baguslah kalau macam tu, ibu bukan apa. Ibu dengar-dengar dia dah berubah menjadi baik. Jadi ibu takutlah kamu kembali kepada dia, ibu taknaklah kamu terluka kali ke-2. Sedangkan dah ada yang menanti kamu"

"Faham ibu, terima kasih ibu bagi semangat dengan fai" aku memeluknya erat

"Iye lah, sama-sama" ibu turut membantu aku mengemas barang tadi

Selesai itu, aku ke ruang tamu untuk mengemop lantai, mengelap tingkap, menukar alas meja dan pelbagai lagi. Sedar-sedar je, dah pukul 5. Aku terus ke dalam bilik untuk mengemas bilik pula, selesai mengemas aku terus membersihkan diri

Setelah berpakaian kemas, aku kembali ke dapur untuk memasak kepada ibu dan ayah juadah berbuka puasa mereka. Sambil memasak sambil makan, aku menghidangkan seperti biasa di atas meja makan. Aku susun rapi pinggang dan mangkuk diatas meja

Selepas waktu isyak, aku terus membantu ibu untuk memasak lauk raya. Aku memasukkan pulut pada buluh manakala aku menyuruh ayah tolong membakarnya. Aku meletakkannya diluar rumah

"Ayahhh......." panggilku merengek

"Hemmm letak la situ, ayah tolong bakarkan. Pergi naik atas tu, pergi kemas katil ke esok ada orang nak datang"

Aku yang baru sahaja ingin bangun, tetiba apabila terdengar ayah berkata sebegitu, terus tak jadi nak bangun

"Sape yang nak datang ayah?"

"Lahhh, kamu tak tahu ke?" kata ayah sambil meletakkan lemang yang belum masak itu

"Tak, ibu tak bagitahu pun"

"Ouhh, kalau ibu tak bagitahu jadi ayah pun tak boleh bagitahu jugak"

Itulah ayah aku, kalau si isteri tak kata apa. Si suami pun sama. Hemmmm baiklah, aku pun terus berjalan masuk ke dalam rumah

"Ibu nak suruh fai tolong buat apa lagi?"

"Ouhh, kamu tolong masukkan biskut dalam bekas dia nanti letak dengan ruang tamu. Dan last kamu kemas bilik tidur kamu tu elok-elok" pesan ibu

Aku buat sahaja apa yang disuruh oleh ibu, cuma aku hairan bila ibu dengan ayah cakap suruh kemas bilik elok-elok. Apa sebelum ni aku tak kemas bilik elok-elok ke? tapi aku ikutkan sahaja

Selesai itu, aku mengosok pula baju untuk pakai esok. Hemmmm kepenatan aku malam tu

Pada pagi raya, takbir bergema aku rasa indah sangat. Rasa tenang tanpa ada gangguan, aku ditemani oleh kucing-kucing dirumah. Aku memotong lemang, aku membuat air, aku menyapu rumah

Selesai itu, ibu dan ayah pulang dari sembahyang raya

"Ibu ayah jom makan, fai dah lapar. Dah kebulur nak makan lemang tu" kata aku sambil memegang perut aca-aca lapar

"Ishhh kamu ni, cuba sabar. Kejap lagi ada tetamu yang datang, kita akan makan sekali dengan dia" kata ibu sambil membuka telekung dan memakai tudung sarung

"Tetamu mana nak datang awal pagi ni ibu?"

Knock knock knock

"Haaaa tu dah sampai, kejap ayah pergi buka kan pintu. Kamu fai masuk ke dalam bilik, ambik kucing tu jadikan teman" arah ayah pula sambil menuju ke arah pintu

Aku yang tengah blur ni, ikut je lah arahan tu. Tapi aku duduk dibelakang pintu, nak dengar perbualan hehehe

"Eh Ya Allah haji ibrahim dan hajah lufia jemput-jemput masuk"

"Haji dan hajah apa khabar?" tanya ibu

"Kami sihat alhamdulillah, tak payahlah panggil kami haji hajah semua tu. Kami kan tak lama lagi akan jadi biras kamu berdua jugak"

"Kami datang ni ada hajat sebenarnya"

"Ada hajat apa tu?"

"Kami nak petik sekuntum bunga untuk seekor kumbang ni haaa"

Kenapa suara makcik tu macam familiar je ditelinga aku ni? sape eh?

"Ouhh, cantik cincin ni. Kami kena tanya tuan empunya badanlah dulu ya?"

"Baik boleh"

Aku terdengar bunyi tapak kaki ibu, cepat-cepat aku panjat katil

"Ni ibu nak tanya kamu, ada orang nak pinang kamu. Kamu nak terima tak?"

"Sape yang datang tu ibu?"

"Orang tu kamu kenal, jadi kamu nak terima ke tak?"

"Ibu rasa dia okay?"

"Okay, okay sangat-sangat. Ibu berkenan dia"

"Kalau dah ibu dengan ayah cakap okay, fai terima je"

"Okaylah kalau macam tu, ibu keluar sekejap"

Ibu tutup pintu, aku pun kelang-kabut pergi dengar belakang pintu

"Jadi macam mana?"

"Tuan empunya badan kata okay dia terima"

"Kalau dia okay alhamdulillah, kira jadi la ye?"

"Jadi"

"Alhamdulillah, kalau diikutkan dengan hantaran. Anak kami akan bagi 50K kepadanya"

Hahhhhh!! apa? 50K? ya Allah banyaknya

"Eh banyak tu, kami bukan jual anak"

"Dan kami pun tidak membeli anak, kami hanya ikut kemahuan anak kami je. Dia yang kata macam tu, katanya memang niatnya nak bagi sebanyak itu"

"Baiklah, kalau macam tu. Kita nak ke sesi sarung cincin ke?"

"Boleh juga, sila"

Cepat-cepat aku panjat katil semula. Tiba-tiba pintu bilik terbuka, masuklah 2 wanita yang sudah berusia. Dia menuju ke arah sisi aku, rupa-rupanya aku kenal. Dia rupanya ibu kepada fahmi, lahhh aku kenal lah

"Assalamualaikum ufaira" sapanya

"Waalaikumsalam umi"

Dia sudah pun menyarung cincin kepada aku, dan bergambar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience