"Saya malas nak buka cerita la pami" kataku selepas meneguk air
"Saya dengan dia dah lama berpisah, dah nak dekat setahun pun. Dia pun dah kahwin lain, saya malas nak ungkit dan ingat semula benda yang dah lepas" kataku sambil menaiki trendmill untuk berlari
"Tapi boleh kan, kalau saya nak tahu. Maksud saya, saya boleh hidupkan lagi watak sebagai boyfriend awak yang olok-olok tu" katanya sambil menulis apa entah diatas kertas ditangannya
Idea yang menarik jugak, tapi boleh dipercayai ke si fahmi ni? tapi dia dah menjadi boyfriend aku. So kenalah bagitahu kann
"Baiklah, saya akan bagitahu awak. Tapi bagi saya lari dulu. Nanti saya bagitahu. Boleh?"
"Boleh" katanya bersemangat
Setelah selesai aku berlari, fahmi membawaku ke restoren untuk makan
"Awak, awak kata nak suruh saya kurus. Tapi lepas saya berlari, awak ajak saya makan pulak" kataku
"Saya yang akan pesankan makanan untuk awak, awak jangan pesan apa-apa" arah fahmi aku tertunduk diam
Setelah siap makanan yang dipesan, aku pun membuka bicara
"Okay, saya cerita dekat awak sebab apa saya bercerai dengan marzuki. Tapi saya nak awak berjanji, jangan bagitahu sesiapa pun. Boleh?"
"Boleh"
Makanan pun tiba dihadapan kami. Kami pun makan sehingga selesai. Aku pun selesai mengelap mulut. Aku pun berceritalah pada fahmi
"Okay, macam ni sebenarnya saya berpisah dengan dia. Pada mulanya macam awak tahu, saya habis je degree dia ajak saya kahwin. Sebab masa tu kami sama-sama bercinta, jadi saya pilih untuk setuju. Lepas 3 tahun perkahwinan kami, saya hairan dia mula balik lambat daripada ofis dan kerap outstation. Sampailah satu haritu, saya nampak dia makan bersuap dengan raisha tu. Saya mula hairan, bila saya keluar makan dengan kartini dan raisha. Raisha akan suka bila saya bercerita pasal marzuki, tak pun dia sendiri akan tanya pada saya pasal marzuki tu. Pada hari ulang tahun perkahwinan kami, saya dapat tahu marzuki ke hotel dan bersama dengan perempuan tu sampai kena tangkap khalwat. Jadi masa tu saya dah nekad nak bercerai dengan dia walau apa jadi sekali pun. Pada hujung minggu tu, kami bercerai dan masa kami bercerai pun raisha dan mengandung anak marzuki" kataku perlahan dan menghirupkan air. Kering tekak duk bercakap je
"Tapi lepas seminggu kami bercerai, barulah marzuki kahwin dengan raisha semula. Dia ceraikan saya sebab dia kata saya gemuk, tak cantik, dah tak pandai nak jaga luaran dan dalaman macam mula-mula kahwin dulu" kataku sambil tunduk, malu dengan fahmi tetapi dia juga yang ingin tahu kan?
"Ouhh, habis dah?" tanya fahmi kepadaku
Aku menganggukkan kepala tanda sudah selesai
"Okay, so know saya faham kenapa awak nak kurus sangat-sangat. Tapi saya nak tanya satu perkara boleh?"
Aku menganggukkan kepala
"Awka nak kurus sebab nak dapatkan semula bekas suami awak atau awak memang nekad nak kurus sebab nak sihat?"
"First saya nak kurus sebab saya memang nak sihat, second saya nak buktikan dekat dia yang saya ni masih boleh cantik walaupun hidup tanpa dia. Saya masih boleh berdikari walaupun dah berpisah dengan dia" kataku bersemangat
"Awak tak ada niat langsung untuk dapatkan semula marzuki?"
"Saya tak nak digelarkan sebagai penyondol dan saya tak kan jilat balik benda yang saya dah ludah fahmi. Saya bukan perempuan macam tu"
"Okay, faham. Baiklah dan satu benda lagi saya nak tanya. Awak masih sayangkan dan cinta marzuki?" tanya fahmi ragu-ragu
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Manalah tahu kot kot bila awak dah cantik, dia pujuk awak untuk berkahwin dengan dia semula ke?"
"Awak ni pun, agak-agaklah. Saya dah lupakan dia lama. Saya dah buang semua kenangan dengan saya. Walaupun dia cinta pertama saya, itu tak bermaksud untuk jodoh kekal buat selama-lamanya"
Fahmi menganggukkan kepala
"Dan dekat hati saya dah ada orang lain" kataku malu-malu. Aku menghirup air sehingga habis untuk menutup maluku itu
"Siapa?" tanya fahmi serious
"Adalah, saya tak boleh bagitahu awak. Nanti bila dia dapat tahu, dia marah" usikku
Muka fahmi terus masam mencuka. Fahmi melihat jam dipergelangan tangannya dam berkata "Jom la ke gym semula, kita sambung. Pukul 5 baru habis"
Fahmi bangun dan terus beredar tanpa menungguku. Agaknya fahmi marah ke sebab aku berkata begitu. Tapi niat aku hanya ingin bergurau je
Sampai di gym, masih lagi sama. Mata marzuki tetap memandang aku. Aku mengikuti langkah fahmi untuk membuat latihan. Sambil buat sambil borak
"Okay, so sampai sini je dulu latihan awak untuk harini. Bukan apa saya takut otot sendi awak terkejut je tiba-tiba joging teruk terus. So kalau boleh malam ni, saya nak awak buat zumba atau joging-joging ringan je. Faham?" pesan fahmi padaku
"Baiklah doktor fahmi" kataku sambil keluar daripada gym dan menuju ke kereta
"Terima kasih tau awak, tolong saya harini"
"Sama-sama" jawab fahmi acuh tak acuh
Tiba-tiba fahmi menanyakan padaku semula
"Ufaira"
Aku kembali memusing menghadapnya semula dan mengangkat kening? sebagai tanda apa?
"Sape boyfriend awak tu?"
"Sape kata saya ada boyfriend?" tanya aku semula
"Tadi yang awak cakap rahsia tu?"
"Ouhh, dia tu. Dia bukan boyfriend saya tapi dia buah hati saya sekarang" kataku dan tersenyum
"Tapi dia sape? kerja apa? umur berapa?"
"Umur dia sebaya dengan saya, kerja dia ialah merawat orang dan merawat hati saya juga" kataku lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin lalu beredar. Aku tinggalkan fahmi yang masih terkial-kial disitu
"Merawat orang dan merawat hati orang? aku ke?"
Share this novel