BAKAL MENANTU

Romance Series 18790

"Awak marah saya ke?" aku sudah buat muka comel

Fahmi yang melihatnya berdehem dan tersenyum

"Awak ni kan, tahu je cara nak redakan kemarahan saya. Nasib baik comel, reda marah" katanya sambil melihat tangannya yang sudah dibalut

"Kalau tak comel?"

"Semakin marah" katanya lalu ketawa, aku mengikuti ketawa sama

"Ufaira"

"Iye?"

"Awak nak ikut saya tak?"

"Ikut awak? pergi mana?"

"Pergi jalan-jalan rumah saya" kata fahmi pula sambil tersenyum

"Tak nak lah" kata aku malu-malu

"Ishhh awak ni, saya tak kira. Saya cop awak malam ni lepas maghrib saya datang ambik dekat rumah awak. Saya nak awak bersiap, dinner rumah keluarga saya je"

"Kalau saya cakap tak nak jugak?" kata aku sambil berpeluk tubuh mata tumpu pada hadapan

"Buatlah macam tu, dengan mulut macam muncung itik tu. Saya cium baru tahu" usik fahmi

"Ishhh awak ni"

"Saya nak awak pergi jugak, kalau tak saya cium awak nanti. Tak pun saya angkat je awak masuk kereta walaupun awak pakai baju tidur. Apa ada hal" usik fahmi lagi sambil tersenyum senget

"Ishh awak ni, ye lah ye lah. Nanti ambik saya lepas maghrib" muka aku dah monyok

"Alolo masam mencuka pulak dia, nak kena cium ke? kali ni yang real punya. Nak?" katanya sambil merapatkan wajah aku dengannya. Cepat-cepat aku menolak dadanya untuk menjauhkan jarak kami dengan hujung jari

"Apa awak ni, tak elok lah"

"Saje nak mengusik awak, comel je bila pipi awak jadi merah-merah delima tu"

Selesai itu, aku pun pulang ke rumah seperti biasa untuk bersiap-siap pergi ke rumah keluarga fahmi. Aku mengenakan baju kebaya moden labuh berwarna merah delima dan tudung bawal aku gayakan ringkas sahaja dan solekan nipis merah jambu gitu. Lagi timbul kecomelan wajahku ini. Habis dah bab memuji diri sendiri

Selesai itu, aku menanti kehadiran fahmi untuk mengambil aku dirumah. Tepat selepas aku selesai solat maghrib dia terus terpacak depan pintu pagar rumah aku sambil mengenakan cermin mata hitam. Aku tidak menafikan fahmi ni seorang yang hensem malah mempunyai aura yang tersendiri. Dengan rupanya yang bersegi-segi, jawlina yang tajam, warna mata hitam berkilat, putih melepak tanpa ada cacat cela jerawat atau parut. Aku mengaku kalau dilihat melalui rupanya sekarang, memang dia akan diidamkan oleh ramai gadis-gadis diluar sana. Nasib baik dia suka kita wakk, tak adalah gigit jari kita ni

Aku membuka pintu pagar dan berdiri dihadapannya

"Wowww so pretty like queen" katanya sambil menilai aku atas bawah sambil menurunkan cermin mata hitamnya ala-ala pakcik gitu

"Silakan masuk my queen" katanya membuka pintu kereta kepada ku, dan menuju ke arah bahagian pemandu

"Awak" panggilku kepadanya

"Yes my queen?"

"Apa yang awak nampak bila pakai cermin mata hitam tu?" kata aku memerlinya

Fahmi berkerut dahi, ye tak ye jugak kan? dah lama. Fahmi pun membuka dan menyimpannya ke dalam dashboard

"Saje nak pakai cermin mata hitam depan awak, nampak lagi bergaya tak saya?"

"Bukan setakat bertambah bergaya, bertambah lagi dengan kehenseman dia tu" kata aku sengaja sambil memandang pemandangan diluar

"Terima kasih puji saya hensem"

"Sama-sama"

Kalau lah begini sepanjang masa aku sanggup sahaja

Sampai dirumahnya aku terus mengikutinya rapat. Seperti yang disangkakan fahmi ni bukanlah orang yang lekeh-lekeh

Tiba-tiba ada orang membuka kan pintu setelah diketuk

"Umi" panggil fahmi riang dan memeluknya

"Apa kamu ni fahmi, depan girlfriend pun nak berpeluk bagai" kata umi sambil melepas pelukan anaknya dan menepuk lengan fahmi

"Mana ada girlfriend umi, ni bakal menantu umi" katanya berbisik macam la aku tak dengar

"Ouhh, iye ke bakal menantu umi ni? ushhhh okay ni okay umi terima je" kata uminya riang sambil menarik tangan aku pula masuk ke dalam rumah. Aku terpena melihat kecantikan di dalam rumah fahmi ni, serba serbi lengkap

"Jemput la duduk ufaira lah, umi nak ke dapur sekejap nak buatkan air"

"Eh tak pe lah umi, menyusahkan umi je" kata aku sambil duduk disofa empuk

"Tak susah pun air dah siap tinggal nak tuangkan je" umi beredar ke dapur tinggal lah aku dengan fahmi sahaja diruang tamu

"Mesti awak hairan kenapa rumah keluarga saya besar?" tanya fahmi kepada aku

"Haah, macam magikal" kata aku sambil mata tak puas melihat sekeliling rumahnya

"Tak adalah magikal ufaira, biasa-biasa je" kata umi sambil menghulurkan air kepada aku

"Terima kasih umi"

"Sama-sama"

"Kalau kamu nak tahu, kami ni ada hospital sendiri. Ayah fahmi ni doktor pakar tulang, manakala umi pulak doktor pakar sakit puan. Jadi kehidupan kami begini lah"

Aku menganggukkan kepalanya

Tepat sekali anggapan aku, family fahmi ni bukan lekeh-lekeh. Kalau mak ayah dah doktor pakar, apatah lagi anak. Nasib baik anak doktor biasa je

"Cuma si fahmi tu je malas katanya nak jadi doktor pakar sibuk lah alasannya" umi menjeling fahmi terus fahmi tersenyum melihat umi

"Umi ni kalau jadi doktor pakar busy lah umi, tak ada masa nak spend time masa dengan isteri nanti" katanya sambil memandang aku dengan mata nakal

Umi terus mencubit pehanya

"Auchh!! aduhh sakitlah umi. Pami gurau je, aduh alergik betul la umi ni kalau dengan menantu dia" kata pami sambil mengosok pehanya. Aduhh pedihnya kena cubit ni, sah bengkak malam ni

"Usik lagi bakal menantu umi tu"

Aku sudah diam tersipu malu, tiba-tiba ada suara garau memberi salam daripada luar. Aku terus memandang ke arah pintu

"Eh ayah" tegur fahmi

"Pami ni ada apa datang sini? duit dah kering ke baru timbul muka?"

"Mana ada ayah ni, orang nak tunjuk bakal menantu lah" katanya sambil mengheret ayahnya ke ruang tamu menyertai perbualan kami

Aku hanya tersenyum melihat ayah fahmi

"Ini la ya ufaira batrisha? cantik manis orangnya, kecik molek"

Aku hanya tersenyum malu, habis semua puji aku cantik. Segan la tite

"Memanglah cantik, bakal menantu saya kan?" usik umi fahmi

"Hemm ye lah, yang cantik bakal menantu awak. Yang tak cantik je bakal menantu saya" balas ayah fahmi semula

Share this novel

azitulazura
2024-09-18 02:55:05 

tak sambung lagi ler


NovelPlus Premium

The best ads free experience