Keesokan harinya, awal pagi lagi aku sudah keluar untuk membeli sarapan pagi. Setelah sampai dirumah, dilihat fahmi ada diruang tamu. Aku pun masuk ke dalam rumah, lalu fahmi menegur
"Awak ke mana?"
Baru balik daripada kedai kereta ni haaa
"Saya pergi beli nasi berlauk ni haaa, kedai depan tu"
"Ouhh, dengan kereta?"
"Iye la, malas saya nak jalan kaki. So saya guna kereta" fahmi pun mengikuti aku ke dapur dengan jarak yang dekat sehingga aku boleh bau minyak wanginya
Aku baru sahaja terpusing, hidung aku hampir terkena dadanya. Ishhh mamat ni, dah la tinggi. Lepastu jalan nak dekat-dekat, nasib baik tak kena hidung aku. Kalau tak habis penyek
"Awak ni kenapa eh, nak kene jalan dekat-dekat. Apa faedahnya?"
"Sengaja, kott boleh merapatkan lagi jodoh tu" usik fahmi
"Awak ni kan, tak habis-habis pasal jodoh"
"Why not, boleh kahwin dengan awak kan?"
"Apa bendanya awak ni, merepek je lah" marah aku
"Apa yang merepeknya? kahwin je pun. Benda halal, Allah pun suka kan?"
"Suka hati awaklah doktor fahmi, saya ufaira malas nak layan awak doktor fahmi"
Aku terus meninggalkan dia dan ibu yang berada di dapur. Ibu menjerit memanggil aku "Fai jom la makan"
"Takpelah ibu, fai dah kenyang. Ibu makanlah dengan fahmi tu" jerit aku dari dalam bilik
Malas aku nak sertai, asyik-asyik si fahmi tu ada je dimana-mana. Lambat la pulak rasa seminggu ni. Baru 3 hari berjalan
Aku pun keluar setelah hampir pukul 10, perutku sudah berkonsert kerana lapar. Kena isi dah ni. Aduh aduh. Aku pun keluarlah senyap-senyap agar tidak dapat didengari oleh ibu dan fahmi
Tiba-tiba bunyi tapak kaki orang menuju ke dapur, cepat-cepat aku mengelak dengan menyorok di tepi peti ais. Fahmi menuju ke peti ais untuk mengambil air sejuk, tetapi ternampak aku yang sedang menyorok
"Tak payah lari fai, saya dah nampak awak daripada jauh lagi pergi dapur. Kenapa lapar ke?"
Eh dia ni, aku ke dapur mestilah lapar. Tak kan lah aku ke dapur sebab nak tengok dia je? takde faedah langsung
"Ye saya lapar doktor, kenapa?"
"Tadi tak nak makan dengan saya dan ibu. Kenapa awak nak mengelak daripada saya ke?"
"Mana ada saya nak mengelak, dah masa tu saya kenyang. Nak buat macam mana?"
"Okay" fahmi pun menuju ke meja makan, dan duduk disebelah ufaira melihat ufaira makan
Ish mamat ni, aku nak makan pun tak senang. Sibuk je la nak tengok aku makan. Terpaksa lah aku makan sopan sikit, kalau tak habis gelojoh aku makan
Masa aku tengah khusyuk makan tu, tiba-tiba fahmi tanya "awak join ke gym yang dikhaskan untuk wanita tu? berdekatan dengan klinik tu?"
"Ouhh, join je kenapa?"
"Ouhh, tak ada apa-apalah. Awak tahu tak gym tu sape punya?"
"Sape?"
Fahmi menunjukkan ke arah dirinya, terus aku terkejut. Seperti tidak percaya, kekayaan dia ni bukan calang-calang. Ada klinik, ada gym. Jangan kata nanti dia cakap tetiba ada hospital pulak
"Tak kan lah, tak percayalah saya"
"Kenapa tak percaya? sebab saya dulu kaki buli ke?"
"Eh saya tak kata pun macam tu. Saya tak percaya sebab awak dah buka klinik. Tak kan bukak gym pulak?"
"Ouhh, klinik tu saya seorang je. Gym tu saya dengan kawan saya. Sebab kawan saya tu kaki gym abang sado la katakan"
"Ouhh, macam tu"
Aku habiskan makan aku, dia setia menanti disisi dan menghulurkan air. Aku hanya mengambil, dah orang menghulurkan? tak kan la kita nak menolak pulak
Aku ke ruang tamu untuk berehat, tiba-tiba ibu datang ke arah aku
"Fai, ibu nak cakap sikit dengan kamu"
"Apa dia ibu?" ibu duduk disisi aku lalu memegang tangan aku
"Ibu nak bagitahu kamu sesuatu sebenarnya"
"Apa dia tu ibu?" aku gementar jadinya bila ibu berkata begitu
"Ibu sakit ke?"
"Tak bukan, ishhh kamu ni. Ke situ pulak. Ibu sebenarnya nak satukan kamu dengan fahmi"
Ahhhhh! terkejutlah aku bila ibu cakap macam tu
"Kamu ni tak payahlah nak jerit kuat-kuat. Nanti fahmi dengarlah dalam bilik" kata ibu sambil menutup mulutku
"Tapi ibu tak tanya dengan fai dulu, ibu tak boleh buat keputusan terburu-buru macam tu"
"Ibu bukan buat keputusan terburu-buru, tapi ibu kesiankan dengan si fahmi tu. Nampak sangat dia suka dekat kamu"
"Tapi fai tak nampak pun" kata aku lurus
"Apa yang kamu nampak kalau kamu asyik jeling dia, mengelak daripada dia. Daripada pandangan dia tu, ibu fahamlah. Ibu boleh baca, naluri seorang ibu tak pernah salah"
"Yeke? entah-emtah dia nak beli jiwa ibu je"
"Tengoklah tu kamu, ibu cakap macam tu. Kamu cakap buruk tentang buruk, sedangkan niat dia baik"
"Tapi ibu, dia tak tahu yang fai ni pernah berkahwin. Sape je yang nak perempuan janda dah la gemuk tak cantik pulak tu"
Tiba-tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali keluar daripada bilik
"Saya suka dekat awak" kata fahmi jujur lalu datang ke arah kami dan duduk berhadapan dengan aku
Dia menghulurkan sebentuk cincin ke arah kami. Aku melihat dan tergelak
"Saya tahu awak main-main je lah fahmi, awak kan suka buli saya daripada zaman sekolah lagi. Apa lagi yang awak nak buli, tak cukup-cukup lagi ke?"
"Ufaira niat saya cuma satu je. Saya nak kita kahwin, saya memang betul-betul suka kan awak"
"Tapi saya....."
"Tapi saya tak kisah awak siapa, awak dah pernah berkahwin ke? awak gemuk ke? awak tak cantik ke. Saya boleh ubah, saya boleh bagi awak nampak cantik dimata saya seorang je. Tolonglah ufaira bagi saya peluang kedua. Saya janji saya dah tak kan buli awak lagi, saya dah bagitahu dengan ibu dulu. Jadi ibu izinkan"
Share this novel