TOLONG SAYA

Romance Series 18790

Tamatlah cuti seminggu itu, aku masuk ke klinik seperti biasa. Aku baru sahaja keluar daripada kereta, tiba-tiba fahmi wujud dibelakang aku dan menegur

"Hai fai" tegur fahmi daripada belakang

"Hai" jawab aku sambil menutup pintu kereta

"Awak free tak hujung minggu ni?"

"Free je kenapa?"

"Ikut saya masuk gym, saya akan latih awak secara personal. Ikut target awak, dan masa awak nak kurus. Tapi awak kena dengarlah kata-kata saya. Kalau tak, tak jadi. Faham?"

"Faham doktor fahmi"

"Faham, good. Jom masuk"

Aku dan fahmi masuk ke dalam klinik dan terus menuju ke bilik pendaftaran. Kak zahra menegur aku

"Eh datang sekali ke?"

"Tak ada lah kak, datang sendiri-sendiri. Tapi sampai sekali, itu yang terserempak dekat depan klinik"

"Ouhh, macam tu. Ingatkan datang sekali. Ye la haritu kan berbulan-bulan jugak doktor fahmi tu datang ambik dan hantar"

"Akak, saya dan doktor fahmi tu tak ada apa-apalah. Kami sekadar kawan je, kawan daripada zaman sekolah menengah. Itu je" terang aku, tetapi riak wajah kak zahra seperti lain

"Mula-mula kawan. Lama-lama jadi suami" perli kak zahra

"Kenapa akak cakap macam tu? akak suka dekat doktor fahmi jugak ke?"

"Mana ada, akak dah bersuami. Tak ada masa akak nak cemburu"

Aku hanya menganggukkan kepala bila kak zahra mengata begitu. Ada logik jugak, sebab dia dah berkahwin. Apa pulak dia nak cemburu kann. Aku terus melakukan kerja aku, sehinggalah pada waktu rehat tetiba doktor fahmi datang mengetuk meja

"Ye doktor?"

"Teman saya keluar sekejap"

"Hahh?" aku terkejut, tetiba je si fahmi ni panggil apasal? aku ada buat masalah ke? eh janganlah begitu aku baru je kerja, baru beli kereta dengan rumah kott. Habislah aku..........

Aku pun turut ikut fahmi setelah dipanggil mengikutinya

"Ye ada apa awak panggil saya ni?"

"Awak ada target tak nak kurus berapa lama?"

"Ada, kalau 3 bulan?"

"Berat badan awak berapa?"

"Penting ke awak nak tahu?"

"Penting, barulah saya boleh plan berapa lama masa untuk awak kurus tu"

"Berat saya 58 kg" kata aku sambil menutup muka dengan buku menu

"Okay, tinggi awak?"

"160cm"

"Okay so awak boleh kurus, dalam masa 3 bulan tu dapat. Tapi selain daripada pergi gym awak kena buat zumba atau joging dalam rumah jugak dan jaga pemakanan boleh?"

"Boleh kott"

"Eh mana boleh ada kott kott, nanti tak menjadi sesi kurus yang awak nak tu ikut target tu. Awak kena betul-betul nekad nak kurus secara sihat, dan kawal semuanya. Boleh?"

"Boleh"

"Jadi bila boleh mula?"

"Bila-bila pun boleh"

"Hujung minggu ni boleh? saya daftarkan awak. Nanti mesej saya nama dan nombor perkenalan awak"

"Baiklah, terima kasih"

Aku pun memesan makanan dan makan, sebelum bermulanya hari minggu ni. So aku makan banyak mana yang aku nak dulu, layan dulu nafsu makan tu

Aku makan sehingga selesai, manakala fahmi hanya melihat. Kami pulang ke klinik dalam keadaan biasa sahaja, berborak kosong

Setibanya waktu pulang, tiba-tiba kereta ufaira tidak hidup. Aduhhh kereta ni, masa-masa gelap jugaklah kau nak buat masalah dekat aku. Dah la aku tengah sorang-sorang ni. Masalah-masalah

Fahmi pun lalu dibelakang aku, dan melihat aku disitu sedang membuka bonet depan

"Kenapa ni? rosak ke?"

"Tak tahu lah awak, nak start tapi tak boleh"

"Cuba awak pergi start, saya tengok" arah fahmi. Aku mengikuti sahaja, atleast diri ni terasa la jugak selamat sebab ada lelaki yang boleh dikategorikan aku percaya. Sebab apa hati aku percaya dekat dia pun tak tahulah

Aku pun startlah enjin, still tak hidup

"Ouhh, bateri ni. Bateri kereta awak dah habis ni. Tak pun dia longgar. Awak tunggu kejap"

Aku pun menganggukkan kepala sambil menunggu fahmi menuju ke arah keretanya dan cuba menyambungkan bateri keretanya ke arah bateri kereta aku. Nasib baiklah boleh

"Cuba awak hidup semula enjin tu"

Aku pun hidupkan enjin tu, tengok-tengok dah okay

"Hemm okay dah tu, bateri je masalah. Nanti awak sampai rumah baru off kunci tau. Nanti kalau awak off tengah jalan, tak ada sape nak bantu awak. Nanti awak kena beli bateri baru ni"

"Okay, terima kasih fahmi"

"Sama-sama, apa-apa nanti telefon saya"

"Okay"

Aku beredar, diikuti kereta fahmi dibelakang sehingga ke rumah aku. Agaknya dia takut kereta aku mati ditengah jalan kott. Takpelah ada dia kan rasa selamat terlebih sikit

Sampai dirumah, aku terus masuk. Aku beli dikawasan rumah teres 2 tingkat area behrang je. Sebab murah walaupun 30 minit daripada rumah ke klinik

Aku terus bersihkan diri dan solat sebelum aku siapkan makan malam untuk diri sendiri dan kucing kesayanganku boba yang berwarna coklat

Semasa aku melihat televisyen, tiba-tiba ada mesej yang masuk. Aku melihatnya

"Hi honey"

Eh sape pulak yang berhoney-honey kan aku ni?

"Sape ni?" balas aku

"Ni la, sayang"

Ya Allah macam mana aku lupa yang mamat ni panggil aku honey dulu? aku menampar lembut dahiku. Patut ke aku layan? ataupun biarkan je? ataupun bagitahu dekat fahmi......... Tapi kalau aku bagitahu fahmi apa dia boleh buat. Arghhh cuba la dulu. Aku bermain chat dengan fahmi

"Hi, assalamualaikum fahmi"

Tak sampai seminit, sudah dibalas

"Hi, waalaikumsalam ya fai ada apa?"

Dah melekat nama fai aku dekat dia

"Saya nak minta tolong awak sikit boleh tak? sikit je"

"Boleh je, nak suruh saya tolong apa?"

"Tolong jadi boyfriend saya, boleh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience