"Jomm wehh pergi gym hujung minggu ni" ajak kartini
"Okay, eh tapi kan weh aku tahu ada dekat mana. Dia offer untuk perempuan je hari minggu tau. Murah pulak tu"
"Ouhh, bolehlah tu. Dekat mana?"
"Dekat dengan klinik tu"
"Okay, on jom pergi"
Mereka pun bersiap lalu ke gym terus, semasa disana. Ufaira ternampak fahmi sedang makan direstoren yang selalu mereka membeli makanan tengah hari
"Kau tengok apa tu?"
Ufaira masih lagi diam lalu kartini pun melihat bersama
"Eh tu bukan ke si rahsia tu kan? dia dengan perempuan dohh. Sape perempuan tu?"
"Entah manalah aku tahu" kata ufaira lalu masuk ke dalam bilik gym
Mereka pun masuk ke dalam gym, semasa di dalam ufaira hanya diam tidak berkata apa. Hanya melakukan senaman sehingga selesai. Hampir 1 jam mereka disana. Mereka pulang dalam keadaan kepenatan
Sampai rumah, mereka berehat sebelum kartini membuka kata
"Babe kau marah aku ke?"
"Bila?"
"Tadi yang pasal si rahsia tu?"
"Lahhhh, untuk apa aku nak marah? bukannya dia ada kaitan dengan aku. Dia cuma doktor dekat klinik je. Dekat luar dia tak ada kaitan pun" kata ufaira sambil nada suaranya seperti marah
"Tapi suara kau macam marah je?"
"Diamlah kau, aku malas nak layan kau. Aku nak rehat"
Ufaira terus naik ke atas meninggalkan kartini, kartini hairan. Eh dia marah aku ke? aku tanya je, tapi dia nak terasa. Ke dia suka dekat si mamat rahsia tu?
Kartini menyambung tengok televisyen, manakala ufaira menilik dirinya di dalam bilik. Kalau aku cantik, dia pandang aku ke? mestilah pandangkan kalau dah nama dia lelaki kan?
Setiap minggu, ufaira kerap ke gym untuk menguruskan badannya. Dia ingin kembali kepada dirinya yang asal sebelum berkahwin
"Weh babe aku nak balik kampung la minggu ni"
"Kau dah mintak cuti ke?"
"Dah, lagipun sekejap je seminggu. Rindu ayah dengan ibu"
"Ouhh, ikut kau lah"
"Tapi aku nak keluar kejap, nak beli baju"
"Ouhh, okay. Hati-hati guna kereta kau ke kereta aku?"
"Kereta aku lah, senang sikit"
"Okaylah kalau macam tu"
Ufaira keluar lalu menuju ke arah mall yang diingini. Ufaira hanya membeli pakaian-pakaian yang simple untuk dirinya
Semasa disana, ufaira ternampak marzuki dan raisha sedang makan. Tetapi hairan mengapa perut raisha kecik? seperti tidak mengandung? atau dia keguguran? eh eh jangan fikir lainlah ufaira. Ufaira tidak mengendahkan, ufaira terus ke kedai yang ingin ditujui untuk diri sendirinya
"Cantik jugak baju ni" tiba-tibanya matanya tertangkap pada fahmi dan seorang perempuan tidak memakai tudung. Tetapi kelihatan mesra sangat
"Sape pulak perempuan dia tu? tadi nampak yang lain. Ni nampak yang lain pulak. Aduhaiiii" kata ufaira sambil membelek baju-baju yang ada didalam butik itu
Setelah selesai, ufaira terus menuju ke keretanya. Dilihat kereta fahmi disebelahnya. Niatnya ingin larikan diri, tetapi tidak sempat apabila ditegur oleh fahmi. Baru je aku nak lari, dah tak sempat
"Ufaira tunggu lah, laju nye lari. Awak lari daripada saya ke?"
"Tak adalah, saya memang nak cepat pun"
"Ouhh, ingatkan lari. Awak buat apa dekat sini?"
"Saja jalan-jalan kott terjumpa jodoh ke"
"Ouhh, dah ada. Depan mata awak ni sekarang?"
Terus terlopong mulut ufaira. Ini jodoh aku? bapak ahh, tak tidur malam kalau macam ni la jadi suami aku. Kalau nak dibandingkan dengan yang dulu tu. Yang ni helok 100 kali ganda
Ufaira hanya tersenyum
Tiba-tiba ada seorang wanita hadir dan memegang lengan fahmi
"Abang sape ni?" tanya perempuan itu
"Ouhh, ni kawan abang. Nama dia ufaira"
"Ufaira kenalkan, ni adik saya sumaira"
Sumaira dan ufaira bersalaman seketika
"Sumaira ufaira. Aira aira dah belakang tu. Akak dah lama ke kahwin dengan abang saya?"
Terus terlopong mulut mereka. Bila masa pulak aku kahwin dengan fahmi ni? dengan marzuki iye la. Tapi dengan fahmi belum. Kalau ada jodoh baru ya. Hihihihi gatal
"Apa kahwinnya aira, kitaorang kawan je lah"
"Lahhh, ingatkan kahwin tadi. Kan dekat je kahwin kawan"
"Banyaklah dia punya dekat tu, sape yang dekatkan?"
"Abang dengan akaklah"
"Ishhh sudahlah, cakap dengan budak ni. Merepek je kerja dia, tak ada kerja lain dah"
"Mana ada merepek, akak nak tahu tak. Sebenarnya kan abang saya ni...."
"Dah-dah, mula la tu nak jadi loyar buruk dia. Tak tak ada apa-apa pun ufaira" kelang kabut fahmi menutup mulut adiknya itu
"Emm tak apalah kalau macam tu, awak saya dah bagitahu kan saya cuti seminggu sebab nak balik kampung tu?"
"Ouhh, dah"
"Okay, saya gerak dululah. Bye"
"Bye"
Ufaira terus memasuki kereta dan pulang kartini untuk mengemaskan pakaiannya untuk pulang keesokan harinya
Pada keesokan harininya, semasa ufaira memasukkan barangnya ke dalam kereta. Dia ternampak seperti ada kelibat orang yang sedang mengintainya tetapi dalam jarak yang dekat. Sape yang tengok aku tu? dah la macam penjenayah. Eh ke aku yang penjenayah? eh merepek la aku pun. Tapi buat apa dia nak intip aku eh?
Ufaira terus masuk ke dalam kereta setelah selesai meletakkan barang ke dalam kereta. Semasa di dalam perjalanan ada sebuah kereta yang selalu mengikutinya tanpa silap lorong. Selalu berada di belakang keretanya
Tapi kereta tu kenapa macam dikenali? jangan-jangan tu kereta........... Haahhhhhh?? tak mungkinlah.......
insyaAllah saya update lagi esok
Share this novel