BERKENALAN

Romance Series 18790

Selesai makan, ufaira terus mengutip semula pinggan dan basuh. Ishh ibu ni aku pulak yang kene basuh pinggan. Dia duk membawang fahmi

Setelah itu, ufaira pun keluar menuju ke ruang tamu semula

"Ufaira"

"Iye ibu?"

"Kamu berborak la dulu dengan fahmi, ibu nak solat isyak sekejap. Nanti ibu sambung sembang dengan fahmi ye?"

"Baiklah ibu"

Hehh panggil mak aku pun ibu dah, bukan makcik lagi. Apa bendalah mamat ni, nak beli jiwa mak aku la tu

"Fai" sengaja fahmi memanggil ufaira begitu

"Apa?" jawab ufaira tanpa memandang mukanya dengan nada acuh tak acuh je

"Sedap panggil fai tu, nama pendek dan mudah nak disebut berbanding ufaira tu. Lambat nak habiskan sebutan"

"Apa-apa je lah awak"

"Faiiii......." panggil fahmi meleret

"Apa dia doktor fahmi?" suara aku sudah naik senoktaf

"Saje nak panggil, marah ke?" usik fahmi

"Eh tak marahlah, nasihat je"

"Ouhh, baru saya tahu. Macam tu rupanya orang zaman sekarang bagi nasihat eh?"

"Apa-apa je lah awak ni, awak suka kan cari pasal dengan saya? nak ejek nama saya la tu" aku menjelingnya sambil berpeluk tubuh

"Eh mana ada, saya tak kata nak ejek. Saya cuma kata sedap nama tu. Lain maknanya ejek atau sedap. Awak tu yang tak faham" balas fahmi

"Awak nak apa sebenarnya ikut saya sampai ke sini, nak beli jiwa ibu ke apa?"

"Mana ada, tak baik awak tuduh-tuduh macam tu. Niat saya baik, cuma nak berkenalan dengan ibu awak je"

"Apa motif awak nak berkenalan dengan ibu?" aku membetulkan duduk dan bertentangan dengannya

"Saje, kott boleh angkut awak jadi isteri ke?"

"Hehhh, lambert lagi. Jangan mimpi lah"

"Eh kenapa pulak? awak single kan?"

"Memanglah saya single, but not available"

"Macam mana pulak macam tu?"

"Adalah, rahsia" aku menjelingnya

"Jelinglah lama-lama, nanti jadi mata juling"

"Lebih baik saya juling daripada jadi isteri awak"

"Ouhh ye? lagi saya suka kalau awak juling. Nampak comel je, naif je, nanti awak akan nampak saya ada 2" usik fahmi lalu ketawa

Dia fikir lawak la tu, eeeeee geramnya la aku. Nak je hempuk dia dengan kerusi jati, nasib baik aku tak larat nak angkat. Selamat selamat

Ibu pun keluar setelah selesai solat "Amboi, rancaknya berborak. Pasal apa tadi?" tanya ibu sambil mengambil tempat disebelah aku

"Tak ada apalah ibu, si fahmi tu lah. Nak mula balik perangai lama dia tu"

"Ouhh, iye ke fahmi?"

What!?? ibu boleh tanya dia? aku cakap ibu tak percaya? OMG!!

"Tak adalah ibu, saje nak usik ufaira ni. Dia zaman sekolah dengan sekarang sama je. Tak ada beza"

Mana ada tak ada beza, banyak bezanya tau. Dulu single sekarang mrs J, dulu kurus sekarang tak, dulu cantik tapi sekarang dah tak cantik

"Memang, perangai dia sama. Tak berubah kenakalan, kedegilan dia tu sama je" kata ibu sambil pandang aku

Mulut aku sudah muncung sedepa, ibu ni kutuk anak sendiri. Sudahnya aku masuk ke dalam bilik untuk berehat

"Ibu, fai nak masuk bilik dululah. Fai dah mengantuk, bye ibu good night love you" aku menyalami tangan ibu dan beredar tetapi sempat pulak si fahmi tu mengatakan good night jugak. Tapi malas aku nak balas, biar tergantung je good night dia tu

Keesokan paginya, semasa aku di dapur sedang khusuk memasak untuk makan pagi. Tiba-tiba ada hembusan nafas daripada belakangnya. Terus aku terpusing dan senduk ditanganku tadi terkena pada dahi fahmi

"Aaaaaaa" aku dah menjerit sekuat alam

"Apa nye awak ni? saya je lah. Nak bau awak masak apa, tetiba kena senduk pulak" fahmi mengosok dahinya yang benjol sedikit itu

"Padan la muka, sape suruh berdiri belakang orang? benda boleh duduk dekat sebelah kan? boleh tanya kan? bukannya tak ada mulut, ke dalam mulut tu dah ada emas?" aku sengaja mengulangi ayat yang fahmi selalu cakap dekat aku. Biar dia kena balik, padan muka sape suruh ikut balik kampung kan?

Fahmi memandang aku, agaknya member terasa la tu dengan ayat aku. HAHAHAHAHA

Ibu yang daripada kebun luar rumah masuk dan bertanya kepada kami

"Eh apa jadi ni? doktor letak ais dekat dahi? kenapa tu fahmi?"

Eh risau terlebih ibu ni? jealous la kita sebagai anak kandung

"Tak adalah ibu, tadi terkena senduk daripada ufaira je"

"Lahhh, Ya Allah kenapa fai senduk dahi fahmi?"

"Bukan salah fai, dia yang tiba-tiba wujud belakang fai. Dah la tak bagi salam apa semua, lepastu fai terkejut fai terpusing and terketuk la dahi dia dekat senduk. Itu je" luah aku dengan penuh perasaan, aca-aca tak salah kan

"Ouhh, macam tu. Kesian bakal menantu ibu sorang ni. Benjol dah dahi dia, hilang kehenseman dia 5 sen"

Bapak ahh, haaaaaa. Ni rasa nak main bapak-bapak ni. Apa kes pangkat dah naik jadi bakal menantu pulak ni? tak diiktiraf eh? ibu je yang iktirafkan dia. Aku??? tengoklah dulu macam mana

Aku melihat bahawa ibu amatnya mengambil tahu dengan fahmi, sedang aku? dibiarnya berdikari. Sampai hati, retak hatiku

Aku memasak sehingga selesai, dan menghilang di atas meja. Fahmi memang daripada tadi dah wujud dekat meja makan tu. Selesai makan ibu mengarah aku untuk merawat luka fahmi

"Fai"

"Ya ibu?"

"Kamu ambil peti kecemasan dekat dalam almari tu, nanti bagi dekat fahmi. Rawat semula benjol dekat dahi dia dan minta maaf" arah ibu

Pehhh, sampai kene mintak maaf? tapi ikutkan saja. Kecut perut bila lihat ibu mula menjeling aku, ibu jeling aku lagi tajam daripada aku jeling fahmi semalam

Aku mengambil peti kecemasan dan kembali ke fahmi. "Nahhhh, awak buatlah. Kata doktor kan?" kata aku setelah meletak kotak kecenasan. Ibu yang berada diruang tamu menjerit dan berkata "Fai yang rawat, bukan fahmi yang buat"

Fahmi pun memandang aku, aku pun memandang fahmi manakala fahmi tersenyum lalu mengangkat kening. Aku apabila nampak fahmi berbuat begitu, aku terus menekan sedikit kuat di bahagian benjol itu

"Aduh-aduh, sakitlah ufaira. Slow-slow la awak ni. Kasarnye buat kerja"

"Kata doktor dan awak kan lelaki, tahanlah sikit" kata aku geram

Selesai itu, aku terus ke bilik tidur. Malas nak layan ibu, habis semuanya dilebihkan si fahmi tu. Sikit-sikit fahmi, mana ada nak sebut nama ufaira lagi. Nama ufaira dah tak ada di dalam ingatan ibu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience