5 minit aku menunggu, tiada jawapannya. Baru sahaja aku ingin menutup televisyen, tiba-tiba ada panggilan yang masuk melalui telefonku
"Doktor fahmi"
Nak angkat ke tak eh? tapi angkatlah kott emergancy
"Hello assalamualaikum awak" sapa fahmi dahulu
"Hello waalaikumsalam ya?"
"Awak nak suruh saya jadi boyfriend awak?"
"Haah"
"Tapi kenapa? macam tiba-tiba je"
"Saya tahu, tapi awak je lelaki yang paling rapat dengan saya buat masa sekarang ni. Awak tolong eh? jadi sekejap je, boleh?"
"Kenapa sekejap? kenapa tak selamanya?"
Eh kenapa mamat ni? aku tanya sekejap, dia nak selamanya. Arghh apa-apa je lah, janji dia tolong aku sudah
"Saya tanya awak boleh tak sekejap je?"
"Sekejap boleh, selamanya pun boleh. Dua-dua tak ada masalah" jawab fahmi sambil tersenyum berbunga hatinya
"Okaylah awak, janji tau jadi boyfriend saya kita mula hujung minggu ni"
"Okay, deal"
"Bye"
"B..... aku tak sempat nak habiskan ayat. Dia dah letak. Tapi takpe lah, dia dah offer suruh jadi boyfriend dia. Tapi kenapa eh, macam tiba-tiba je???"
Hmmm takpelah, janji jadi boyfriend dia dulu. Nanti lama-lama jadi suami dia pulak. HAHAHAHAHA. Fahmi terus naik ke biliknya untuk berehat dan bermimpi yang indah
Pada hujung minggu itu, aku telah bersiap-siap ingin ke gym tersebut. Aku sampai sahaja dilihat kereta fahmi tiada
"Semalam janji pukul 9 pagi, ni dah pukul 10 pagi. Tak wujud lagi batang hidung dia ni" aku menunggunya di dalam kereta. Tak nak aku masuk kalau-kalau ada lelaki lain ke dalam gym tu. Walaupun dikhaskan untuk wanita je
Semasa aku berangan di dalam kereta, tiba-tiba bunyi ketukan cermin. Cepat-cepat aku toleh ke arah bunyi tu. Dilihat fahmi sedang tersenyum ke arahku. Alahai manisnya senyum tu, dia letak madu lebah ke gula aising ni? Aku menurunkan tingkap
"Awak dah lama ke sampai sini?"
"Dekat satu jam la jugak saya tunggu dekat sini. Saya ingatkan awak tak sampai lagi"
"Ouhh, sorry lah. Saya busy dekat dalam tadi nak selesaikan apa yang patut. Jom la kita masuk kat dalam gym tu"
"Okay"
Aku pun mengunci kereta dan mengikutinya menuju ke gym. Aku melihat ramai perempuan di dalam itu serta ada beberapa orang lelaki. Hmmm maybe suami kott. Aku terus mengikutinya ke kaunter pendaftaran lalu memperkenalkan aku kepada beberapa lelaki disitu
"Okay, kenalkan. Ni girlfriend aku. Nama dia ufaira"
Aku hanya menganggukkan kepala dan senyum sahaja, tiada berjabat tangan eh? harom
"Ouhh, ni la yang kau kata nak latih dia tu?" tanya salah seorang rakan fahmi
"Yes"
Seorang lagi lelaki yang sibuk dengan komputer riba, tiba-tiba terpusing lalu kami bertentangan mata. OMG!!!! dia!! no no tak mungkinlah dia kawan fahmi kott. Matilah aku!!
Lelaki itu tersenyum sambil memandang aku atas bawah
"Hai sayang" sapa marzuki
Aku hanya tersenyum sedikit, malas nak layan lebih-lebih. Aku berselindung dibelakang fahmi. Fahmi tersenyum memandang aku
"Kenapa ni?"
"Dia bekas suami saya"
"Ouhh"
Kami berbisik sesama sendiri, fahmi kembali memandang ke arah marzuki
"Okaylah, jom sayang kita ke sana nak?" ajak fahmi
Aku hanya menganggukkan kepala dan mengikuti fahmi menuju ke kawasan dumble. Semasa berjalan aku sahajalah berborak sikit sambil bertepuk tampar dengan fahmi, nak suruh nampak logik diakal yang aku dengan fahmi ni sedang couple la katakan. Walaupun baru hangat-hangat tahi ayam je
Semasa di kawasan dumble, aku melihat fahmi besar kecik besar kecik je lah. Yang mamat ni suruh aku angkat yang berat punya apasal? dia boleh tengok dumble yang berat 25kg tu??? agak-agaklah
"Wahai doktor fahmi, awak ni biar betul nak suruh saya angkat yang 25kg ni?" marah aku
"Eh awak ni, cuba main matematik sikit. 25-20 jadi berapa?"
"5kg lah"
"Haaaaaa......, tahu pun. Berat tu je yang saya nak awak angkat untuk harini"
"Berat tak?"
"Pernah angkat beras 5kg?"
"Pernah"
"So sama berat, cuba angkat"
Aku pun mengangkat la dumble tu, boleh tahan la jugak. Tapi kan aku tak hairanlah pasal dumble tu, tapi yang aku rasa tak selesanya bila si marzuki tu asyik pandang aku je daripada mula-mula masuk gym sampailah ke sekarang
Aku terus menjadi tidak selesa dan berkata kepada fahmi
"Awak" panggilku
"Yes?"
"Kenapa kawan aku tu asyik pandang saya je?"
"Kawan? kawan yang mana?" tanya fahmi kepadaku sambil melihat kawan-kawannya dikaunter. Tetapi dilihat mata marzuki sahaja yang melekat pada ufaira
"Maksud awak marzuki ke?"
Aku menganggukkan kepala
"Ouhh, dia memang macam tu. Suka pandang semua perempuan yang masuk dalam gym ni. Kecuali perempuan tu datang dengan lelaki barulah dia tak pandang" fahmi menggengamkan penembuknya
"Tapi awak dengan saya, awak pun lelaki kan?" tanyaku
"Itulah, lantaklah dia"
"Tapi saya tak selesa la dia pandang macam tu awak. Macam nak tembus je baju saya ni" kataku takut-takut
Fahmi pun berlalu, dan berdiri dibelakangku
"Nanti esok, kita ambik port lainlah. Saya akan khaskan port tu untuk awak je. Saya tak nak dia tengok awak macam tu. Nasib baik kawan, kalau tak dah lama lebab muka tu" marah bunyi fahmi tu
"Okay"
Aku buat sehingga selesai, tiba-tiba fahmi bertanya
"Marzuki tu kan bekas suami awak? macam mana awak dengan dia boleh bercerai?"
Share this novel