PROLOG

Romance Series 18790

"Apa lagi yang kurangnya saya?" kata ufaira dalam sisa tangis

"Tak cukup lagi ke yang saya bagi dekat abang? saya buat macam-macam supaya abang tak cari yang lain. Saya baiki kekurangan saya, saya tak kisah bila awak cakap saya gemuk, tak cantik. Saya tak pernah terasa hati dengan itu. Tapi bila awak curang betul-betul depan hidung saya, depan mata saya sendiri. Jujur saya terasa sangat-sangat"

Marzuki pun berkata "Aku dah bosan dengan kau, kau dah tawar. Tak macam mula-mula kahwin dulu, aku ada rasa. Jadi aku nak yang baru" balas marzuki

"Tapi bukan kawan saya yang digantikan bang" kata ufaira sambil melihat suaminya manakala kawan baiknya sendiri raisha

Dia selang-seli melihat suaminya dan raisha, raisha sedang bersedih manakala marzuki pula hanya diam

"Saya nak tanya awak sedikit. Awak still sayangkan saya? jawab jujur" kata ufaira sambil matanya berair dan hatinya juga bertahan agar tidak terluka

"Betul kau nak tahu jawapan dia?" kata marzuki lalu mendekatinya dan berbisik padanya

"Aku dah lama tawar hati dengan kau dan aku dah tak cintakan kau"

Kembali berair semula mata ufaira, tetapi itulah kenyataan yang harus diharungi

"Kita kahwin sebab apa?" tanya ufaira

"Sebab cinta, tapi aku dah bosan dengan layanan kau"

Hati ufaira bertambah luka apabila suami yang disayanginya mengatakan begitu kepadanya

"Takpe, kalau awak dah betul-betiul tawar hati dengan saya. Saya nak awak lepaskan saya"

"Okay, kalau itu yang kau nak. Aku boleh lepaskan kau, tapi kau ingat. Kau yang mintak benda ni, bukan aku yang nak. Faham?"

Ufaira menganggukkan kepalanya tanda memahami

"Okay, kalau macam tu. Kita jumpa dekat mahkamah syariah hujung minggu ni" kata marzuki dalam marahnya

Keesokan paginya, marzuki telah menyuruh ufaira untuk mengemaskan pakaiannya lalu keluar daripada rumahnya

"Aku nak kau berambus daripada rumah aku harini jugak, sebab apa? sebab lepas aku cerai dengan kau. Aku akan kahwin dengan raisha terus. So rumah ni jadi milik dia"

"Aku nak kau berambus sebelum aku balik daripada tempat kerja"

"Baiklah" jawab ufaira tunduk lalu menghulurkan tangannya ke arah suaminya

"Kau nak apa? nak salam dengan aku ke?" perli marzuki

Ufaira menganggukkan kepalanya

"Ouhh, tangan kau kotorlah. Aku tak nak kotorkan tangan aku yang dah bersih ni"

Marzuki sengaja menghulurkan tangannya kepada ufaira, tidak sempat ufaira ingin menyalami dia terus menarikkan tangannya dan tersenyum jahat lalu terus menuju ke keretanya dan pergi ke office

Ufaira terasa terluka dengan layanan sebegitu, tetapi dia tahu. Dia tidak harus terluka, kerana sama sahaja. Dia juga yang akan rawat lukanya sendiri

Ufaira masuk ke dalam rumah, lalu terus ke biliknya dan mengemas beg pakaiannya semua barang-barangnya untuk dia keluar daripada rumah itu. Ufaira juga memasak makan tengah hari untuk marzuki sebagai masakan terakhirnya menjadi isteri marzuki

Dia memasak ayam buttermilk, kerana itu ialah makanan kegemaran suaminya sendiri. Selesai dia mengemaskan pakaiannya, dia terus ke dapur untuk memasak. Setelah itu juga, dia pun membersihkan dirinya

Tepat pada pukul 3 petang, ufaira telah menempah grab lalu meninggalkan rumah itu

"Puan nak ke mana ya?"

"Bawak saya ke alamat ni" arah ufaira kepada pemandu grab itu. Lalu mereka pun bergerak menuju ke lokasi itu

1 jam perjalanan, mereka tiba dilokasi itu iaitu rumah teres 2 tingkat. Rumah kawan ufaira. Setelah sampai, ufaira terus menelefon sahabatnya itu

"Hello kartini, aku dah sampai depan rumah kau ni. Kau ada tak dekat rumah?"

"Hello, ouhh ada-ada kejap aku bukak kan pintu"

"Okay"

Ufaira menamatkan panggilan, dan menunggu. Pintu pagar pun terbuka lalu ufaira masuk ke dalam rumah

"Wehh babe, kau okay tak? asal tetiba je kau muncul ni?"

"Aku nak bercerai" kata ufaira lalu duduk disofa

"Eh kejap-kejap, aku nak tutup periuk aku. Nanti aku datang balik, kau cerita daripada A sampai Z okay?"

Ufaira menganggukkan kepalanya sambil menonton televisyen, setelah selesai kartini keluar lalu membawa secawan air kepada rakan karibnya

"Ahh weh, cuba kau cerita balik. Apa kes?"

"Macam ni wehh, dia curang belakang aku dengan raisha"

Hampir nak tersembur air yang diminum oleh kartini apabila ufaira mengatakan begitu

"Macam mana kau boleh tahu?"

"Aku nampak sendiri dorang bersama dalam rumah tu, dalam bilik atas katil aku. Kau rasa?" kata ufaira matanya berair semula apabila diingatkan

"Wehh ya Allah, aku tak sangka yang si raisha macam tu. Dia bukan ke baik dengan kau daripada sekolah menengah lagi kan?"

"Haah weh, aku pun tak sangka. Dia macam duri dalam daging. Patutlah bila aku cakap pasal marzuki dia suka sangat dengar. Rupa-rupanya dorang dah ada hubungan sulit belakang aku"

"Besarnya dugaan kau, sampai melibatkan rumah tangga"

Ufaira hanya mampu tersenyum apabila kartini mengatakan sebegitu

"Selain daripada tu, apa lagi punca kau bercerai selain daripada ada orang ketiga?"

"Marzuki cakap aku ni gemuk, tak cantik macam mula-mula kahwin. Dah tak ada rasa"

"Eh sedap mulut dia kata dah tak ada rasa, dah dia ambik rasa tu. Lepastu kata tak ada rasa, kalau dia dengan raisha tu. Dia ingat sampai bila-bila ke si betina tu ada rasa" marah kartini

"Agaknya sampai ke tua ada rasa" perli ufaira lalu mereka tergelak sama

"Dah la wehh, minum lah air tu. Nanti sejuk pulak"

"Okay, thanks babe"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience