"Jomm la kita makan-makan, daripada tadi lagi fai dah lapar" kata ibu, terus malu jadinya aku ni
Tergelak semua yang terdengar, termasuklah si fahmi. Aku ingatkan dia sengaja bertanya pasal warna baju, rupa-rupanya dia nak matching-matching dengan aku. Dia pun pakai baju warna pink belacan jugak macam suami aku dah
Selesai makan, kami berborak seketika
"Jadi bila kita nak langsungkan majlis perkahwinan tu?"
"Kalau ikut plan saya, saya cadangkan nak buat pada hari raya haji. Boleh ke?" tanya fahmi
"Ouhh, rasanya boleh je. Ufaira macam mana okay ke?" tanya ayah aku. Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum sebagai jawapan
Semasa mereka ingin pulang, aku sempatlah berborak dengan si fahmi bertanya
"Kenapa awak tak bagitahu pasal ni?"
"Pasal bertunang ni?"
Aku menganggukkan kepala
"Saje suprise, terkejut tak?"
"Terkejut lah, dengan tak plan ada apa-apa lagi. Tetiba ada orang datang meminang, tapi awak tak ada barang hantaran takpe ke?"
"Takpe, hantaran tunang ni adat je. Kahwin nanti saya nak claim ganti rugi semula"
"Okay-okay"
5 minit kami berdiam diri, aku berbicara semula
"Barulah saya faham, kenapa awak tanya pasal warna baju raya tu. Rupa-rupanya....." aku kecikkan mata sambil memandang dia
"Yes, itulah faedahnya saya tanya"
"Tapikan awak, awak rasa berbaloi ke dengan hantaran yang awak bagi dekat saya 50K tu?"
"Berbaloi kenapa?"
"Ye lahh, sebab saya kan ms.J...." kata aku perlahan
"Bagi saya tak ada istilah ms. J ke, ms.D, mr.T. Kalau dah saya kata saya suka, saya akan bagi je seberapa banyak yang saya nak........... Ke hantaran tu tak cukup?"
"Eh awak ni, tu dah lebih sangat-sangat daripada mencukupi"
"Takpelah, kalau tak cukup cakap. Saya bagi lagi"
"Tak, cukup dah tu"
"Okay, nanti lepas 2 weeks. Kita akan ke butik pengantin untuk selesaikan apa yang patut"
Aku hanya menganggukkan kepala
"Kami pulang dulu ya, assalamualaikum"
"Baiklah, waalaikumsalam"
Aku terdiam dan masuk ke dalam rumah semula
"Aiii apalah yang ditenungkan lagi tu?" kata ayah sambil duduk minum dan menjamu biskut raya
"Itulah, bakal jadi menantu doktor. Nak tenung apa lagi?"
"Takutlah ibu ayah"
"Kamu takutkan apa?" tanya ayah
"Takut nak kahwin" kata aku sambil mata termenung pada biskut almond london
"Lahhh, ingatkan takut apa tadi. Relax lah kamu ni, tak ada apa-apalah. Biasalah bila kamu dah besar mestilah awak akan mendirikan rumah tangga"
"Emm betul tu, lagi pun ini kan kali ke-2 kali berkahwin" kata ayah lagi
"Sebab tu la fai takut ayah, sebab takut benda yang sama berulang-kali"
"Ishhhh, kamu ni. Cuba fikir yang positif je, insyaAllah lah tak ada apa-apa. Ayah yakin dan ayah percaya dengan si fahmi tu"
Aku terdiam semula, ramai saudara-mara sepupu yang hadir ke rumah. Aku melayan mereka seperti biasa, ada yang bertanya badan aku semakin kurus semenjak jadi janda ni. Hemmm katanya janda berhias. Ada jugak yang tanya sebelum ni gemuk macam pau sekarang kurus macam lidi sebab nak goda suami orang ke? sekali aku balas. Iye makcik saya memang nak goda suami makcik pun, terus makcik tu terdiam. Padan muka
Malam tu, aku memang kepenatan dari segi mental dan fizikal. Aku berehat seketika di dalam bilik selepas makan malam. Aku berlunjurkan kaki diatas katil tiba-tiba telefon berbunyi
Aku melihat eh tunang aku a.k.a bakal suami menelefon TUNANG❣️ dah tukar pangkat
"Hello assalamualaikum awak"
"Hello waalaikumsalam, ye awak tengah buat apa tu?" tanya fahmi kepada aku
"Tak ada buat apa-apa pun. Saya baru nak berehat, kenapa?"
"Tak, tak ada apa-apa. Rindulah" katanya dengan suara mengada
"Gatal eh awak ni, baru bertunang lagi 4 bulan baru kahwin"
"Tahu, tapi esok saya datang lagi"
"Untuk?"
"Esok datang beraya pulak, tapi saya datang seorang dirilah" katanya
"Okay, boleh" aku berborak dengannya ditalian sehingga larut malam
Keesokan harinya, pada pukul 10 fahmi hadir ke rumah kami sebagai tetamu untuk beraya
"Wowwww ada sate bakar, lama tak makan fai yang masak ke?"
"Haah, fai yang masak la sangat" perli ibu
"Ishhhh ibu ni" malu aku dibuatnya
Fahmi hanya tersenyum, dia tahu ada musykilnya aku memasak kerana aku bergayut dengannya ditelefon sehingga larut malam
Semasa aku dengan fahmi sedang makan bersama, cewahhh bersama kauuuu. Ada bunyi ketukan pintu, ayah pergi membukanya. Terkejut muka ayah melihat gerangan yang hadir itu
"Marzuki" terus aku, fahmi dan ibu memandang ke arah ayah
"Ayah" marzuki ingin menyalami tangan ayah aku. Tetapi tidak disambut oleh ayah aku
Ayah beredar daripada situ, tinggalkan kami berempat diruang tamu. Marzuki masuk dan pergi ke ibu. Ibu langsung tidak memandangnya. Dia datang duduk disebelah aku dan ingin menarik tangan aku. Cepat-cepat aku tarik semula
"Apa awak nak?"
"Sayang nak honey semula" katanya jujur
Hahh!! aku rasa seperti ingin tertawa pun ada. Nak tergelak biar terkeluar anak tekak terus
"Apa yang awak merepek ni?" tanya aku
"Honey please, sayang betul-betul sayangkan honey semula"
"NO" kuat suara aku bergema sampai fahmi pun terkejut sama
"Apa lagi yang awak? awak dah ceraikan saya, awak dah kutuk saya macam-macam. Awak sendiri dah cakapkan yang saya ni tawar, dah tak ada rasa. Buat apa lagi awak nak? benda dah basi, awak dah muntah lepastu awak nak jilat balik. Awak tak rasa jijik ke?" suara aku sudah naik senoktaf
"Honey, masa sayang cakap tu. Sayang tak sedar"
"Hehh!! tak sedar atau berpura-pura tak sedar? sebab ye lah masa tu nafsu tengah puaskan?"
Marzuki terdiam lagi
"Baik awak baliklah, saya dah tak memerlukan awak lagi dalam hidup saya lagi. Awak dah hina saya, awak dah kata saya macam-macam pada saya. Apa lagi yang awak nak?"
"I need you back in to my life" rayunya lagi sambil memegang kaki aku
"Tak, tak payahlah" aku menolak tangannya
"Awak tak malu ke? lepas awak hina lepas awak caci orang tu. Awak datang ke sini semula untuk ambik dia, untuk raih perasaan cinta dan sayang dia semula untuk awak? awak rasa awak layak ke untuk dapat peluang kedua? masa saya gemuk, saya muka saya tak cantik. Apa yang awak buat? awak ada bagi duit? awak ada bawak saya pergi gym? sedangkan awak ada gym sendiri. Awak sekadar bagi saya nafkah duit bulan-bulan 500 ringgit je. Awak ingat cukup ke dengan ekonomi sekarang ni?" luah aku
"Ufaira"
"Dah dah, awak boleh balik. Saya dah tak nak jumpa atau tengok awak lagi. Tolonglah pergi, saya dah ada cara hidup saya sendiri. Saya dah ada pilihan saya sendiri awak jangan kacau lagi dah, awak pun dah bahagia dengan raisha? dia mengandungkan anak awak. Dia ada segalanya yang awak mahukan marzuki. Awak yang buat pilihan untuk pilih dia, sebab awak kata dia lawa, dia manis, dia ada rasa kann? pergilah menghadap dia 24jam"
"Saya dah ceraikan dia"
Share this novel