INGAT SAYA LAGI TAK?

Romance Series 18790

"Kenapa dia bercerai eh? tak kan la aku nak tanya pulak? tak ke nanti cakap aku sibuk pulak? ishhh sudahlah jangan masuk campur urusan orang fahmi" katanya lalu masuk ke dalam biliknya

Ufaira dan zahra pun berbual semula

"Takpelah tu, insyaAllah jodoh kamu tu kalau ada. Tak kemana, doakan yang baik-baik je. Manalah tahu kott doktor fahmi tu jodoh kamu ke?" usik kak zahra

"Eh akak ni, kesitu pulak dia. Saya tak cantik akak, mana orang nak. Dah la gemuk, tak pandai berhias, kulit sawa matang pulak tu"

"Ishh kamu ni, suka sangat merendahkan diri. Cuba ubah diri tu, kott ada yang melekat"

"Duit tak ada lagi kak, nantilah gaji"

"Hemmm baguslah kalau macam tu, pesakit pun dah ramai ni. Kita buat kerja lah"

"Okay kak"

Mereka pun meneruskan kerjanya sehingga selesai, pada malam itu semasa ufaira menunggu kartini mengambilnya diklinik sempat dia berborak dengan fahmi seketika

"Eh ufaira awak tak balik lagi ke?"

"Eh doktor, haah belum lagi. Tunggu kawan ambik"

"Ouhh, kalau saya hantarkan boleh?"

"Eh takpelah doktor, saya tak nak menyusahkan doktor je. Kawan saya tu dia memang tiap-tiap hari lalu sini kalau nak balik rumah. Itu yang suruh dia datang ambik"

"Ouhh, takpelah kalau awak dah cakap macam tu"

Ufaira masih lagi menunggu sahabatnya itu sehingga pukul 11 malam, fahmi sudah pulang. Takut pulak jadinya bila bersendirian begini

Fahmi melihat ufaira melalui jauh, dilihat masih lagi di depan klinik. Kawan dia tak datang ambik ke? Fahmi bergerak menuju ke depan klinik dan menegur ufaira

"Ufaira" laung fahmi

"Ye saya?"

"Kawan awak tu datang tak? dah lambat ni"

"Tak sure lah, tengah on the way kott"

"Tak kan la on the way daripada pukul 10 tadi. Ni dah pukul 11. Jomm la saya hantarkan awak balik"

"Eh takpelah doktor saya boleh tunggu, kejap lagi dia sampai la tu"

"Berapa kali kejap dah saya dengar? tapi kawan awak tu tak sampai-sampai jugak"

Ufaira cuba menelefon kartini tetapi tetap sama, tidak diangkat

"Ufaira mehh la, saya hantarkan. Dah malam ni nak hujan pulak tu. Bahaya awak tunggu sorang-sorang dah la perempuan"

"Takpe ke? tak menyusahkan doktor ke?"

"Tak, tak menyusahkan saya pun. Awak pun staf dekat klinik saya kann? takde awak berat kerja kak zahra tu"

Ufaira menuju ke keretanya lalu menaiki lexus sport. Mak aiii kayanya, almaklumlah klinik swasta kann

"Haaaaa, kan senang macam tu. Kalau kawan awak call, cakap awak dah on the way balik. Cakap je kawan klinik hantar"

"Baik doktor"

Semasa dalam perjalanan, mereka hanya diam tidak tahu ingin berborak apa sehingga lah fahmi membuka mulut

"Rumah awak dekat mana ufaira?"

"Dekat taman permata je doktor"

"Ouhh, boleh tak kalau dekat luar awak jangan panggil saya doktor? cukup dalam klinik je panggil saya doktor. Tak kan kalau dia kerja pilot awak akan panggil dia baik pilot? dan kalau dia kerja oil and gas. Tak kan la awak nak panggil dia baik oil and gas. Macam tu?"

Ufaira menggelengkan kepalanya berkali-kali

"So kalau kita berdua je, just call me fahmi or pami je"

"Baiklah fa.......fahmi"

"Bunyi sangat gagap tu"

Ufaira diam dan menundukkan kepalanya

"Awak still ingat saya tak?"

Ufaira mengangguk kepalanya

"Please la jangan jadi bisu, saya tak suka. Saya rasa geram kalau orang tu ada mulut tapi tak nak guna bila orang tanya"

"Saya ingat"

"Boleh pulak bercakap............ awak ingat sebab?"

"Sebab apa? sebab awak buli saya masa sekolah menengah"

"Hahahahahahaha ingat pun. Tapi mesti awak tak sangka kan yang saya jadi doktor?"

"Haah, jadi tukang rawat orang lain pulak"

"Sebab awak ingat tak, lepas spm saya tak datang ambik result?"

"Ingat, kenapa?"

"Ayah saya hantar saya masuk tahfiz sekejap. Lepastu masa umur saya 21 tahun saya masuk universiti untuk sambung belajar sampai master and know jadi doktor"

"Macam tu, tapi saya bukan macam tu"

"Awak macam mana?"

Ufaira menggelengkan kepalanya "tak ada apa-apalah"

Seketika mereka diam, telefon ufaira berbunyi

"Hello babe kau dekat mana?"

"Aku...... aku dah dalam perjalanan nak balik ni. Kau dekat mana?"

"Lahhhh, kau naik apa? aku dah sampai depan klinik tu"

"Sorry la babe, dah kau lambat sangat. Kawan aku yang tumpangkan ni, aku dah nak sampai rumah ni"

"Hemm ye lah, aku balik rumah"

Setelah itu, sampailah di depan rumah kartini. Ufaira terus masuk ke dalam rumah, lalu fahmi pulang ke rumahnya

Setelah hampir 20 minit menunggu, bunyi pintu rumah diketuk dari luar

"Sorry la babe aku lambat tadi, aku tertidur and telefon aku tak ada bateri pulak"

"Ishh kau ni, satu jam tau aku tunggu. Dah la hujan, nasib baiklah ada kawan yang tolong hantarkan"

"Aikk, tak kan la kerja sehari je dah ada kawan?"

"Mestilah dah, kawan staf ada. Kawan doktor pun ada"

"Doktor lelaki ke perempuan?"

"Rahsia, eh esok kau tak payah hantar aku tau. Kawan aku datang ambik"

"Kawan lagi, bila aku tanya lelaki ke perempuan cakap rahsia.............. Entah-entah dia pakwe kau eh?"

"Eh tak ada maknanya lah, kalau kau nak tahu sape. Kau tunggu esok dia tolong hantar dan ambik aku. Aku nak naik atas dulu lah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience