Sehinggalah tiba dirumah keluarganya, kereta itu tetap mengikutinya sehingga ke rumahnya dan meletakkan keretanya disebelah kereta ufaira dan keluar
"Hi ufaira" sape fahmi
"Awak buat apa ikut saya sampai ke sini? ini kampung saya"
"Ouhh, saje kenapa?"
"Elehh iye la tu, dah la saya nak masuk dulu"
"Eh tak nak ajak saya masuk sekali ke?"
"Tak nak, biarlah awak sunburn dekat situ"
Ufaira pun terus ke pintu lalu mengetuk dan memberi salam, diikuti oleh fahmi dibelakangnya. Ibunya datang membuka pintu dan bertegur sape
"Eh ufaira bawa balik sape ni? bakal menantu ibu ke?"
"Eh tak adalah ibu, kawan je"
Tak berani aku nak kata dia lebih-lebih, nanti tak pasal-pasal muka ni melekat cap 5 daripada ibu je
"Ouhh kawan, dah lama ke berkawan?"
"Daripada sekolah menengah lagi makcik" jawab fahmi
Hek elehh, aca-aca baik pulak mamat ni depan mak aku. Kalau zaman sekolah dulu dikatakan tiap-tiap hari aku kena buli dengan dia. Aku menjelingkan sehingga ibu menegur
"Kamu tu dah kenapa jeling dengan fahmi? suka ke? jeling-jeling nanti sampai ke hati"
"Ishh ibu ni, ke situ pulak dia. Dah la ufaira pergi buat air dulu"
Aku terus menuju ke dapur dan membuat air, semasa membuat air. Aku terdengar yang ibu rancak berbual dengan fahmi sampai tergelak-gelak. Setelah selesai aku keluar untuk menghidangkan air
"Jemput minum awak"
Mata kami sempat bertentangan tapi cepat-cepat aku tutup muka dengan dulang dan menuju ke dapur semula dan kembali ke ruang tamu
"Kenapa fai tak bagitahu dengan ibu yang fai bekerja dengan fahmi ni?"
"Baru je kerja dengan dia ibu, itu yang beli kereta"
"Ouhh, fahmi pun doktor kan?"
Fahmi hanya menganggukkan kepada sebagai balasan, aku yang melihatnya memutarkan mata ke atas. Tanda protes, macamlah fahmi tu anak dia. Sedangkan aku ni yang anak dia
"Fahmi duduk dekat sini berapa lama?"
"Seminggu makcik"
Terus terkejut terlopong dan terbangun daripada duduk, apasal mamat ni boleh duduk dekat kampung seminggu. Ikut tarikh aku cuti ke apa?
"Ouhh, kenapa?"
"Saje nak tenangkan fikiran makcik, duduk Kuala Lumpur tu kadang-kadang stress dengan kerja"
"Betul la apa yang kamu cakap. Takpelah kalau macam tu, nanti kamu duduk je dekat rumah ni seminggu ke, sebulan ke, setahun ke atau selama-lamanya pun boleh. Makcik suka dekat kamu, sebab dulu makcik teringin nak kan anak lelaki tapi tak kesampaian"
"Ouhh, macam tu ke makcik. Takpelah makcik boleh je anggap saya macam anak makcik sendiri"
Aku dengar sahaja ibu berkata begitu, aku hairan kenapalah ibu suka sangat dengan si mamat buli tu? apa yang istimewanya dia? nak kata tak ada rupa macam bohong. Nak kata tak kaya, pun 2 kali bohong. Ke sebab dia dah berubah jadi baik eh?
"Ufaira" panggil ibu
"Ya ibu?"
"Nanti kamu tolong tunjukkan bilik tetamu dekat fahmi ye?"
"Baik ibu"
Fahmi pun mengikuti aku untuk menuju ke bilik, semasa di depan pintu
"Apa niat awak sebenarnya ke sini?"
"Tak ada niat apa-apa pun. Kan tadi saya dah bagitahu dengan mak awak"
"Elehh betul la tu, macam la boleh percaya" kata ufaira sambil berpeluk tubuh dan menyandar pada pintu
"Terpulang kalau awak nak percaya tu percayalah, tak nak percaya sudah. Ni kunci bilik awak, nahh" ufaira menghulurkan kunci kepada fahmi lalu kunci itu bertukar tangan
"Terima kasih ufaira"
"Sama-sama" jawab ufaira lalu berlalu ke dapur dan mendekati ibu
Ufaira menarik baju disiku ibu dan berborak perlahan
"Ibu"
"Iya kenapa?"
"Ibu suka ke dengan fahmi tu?"
"Ibu suka je, dia ada kerjaya, ada rupa, baik lemah lembut......... Tapi kenapa? kamu suka dia ke?"
"Eh ibu ni, kesitu pulak dah dia. Tak ada maknanya fai nak suka dekat dia. Ibu nak tahu tak yang dia tu dulu..."
"Dia tu dulu buli kamu masa sekolah menengah?"
"Haah.... Ehhhhhh macam mana ibu tahu?"
"Adalah" kata ibu sambil mengacau kuah kari diatas dapur
"Eh ibu ni, dia nak main adalah-adalah pulak. Bagitahu je lah"
"Dia yang bagitahu ibu tadi masa kamu buat air dekat dapur"
"Yang ibu gelak-gelak tu?"
"Iye fai"
"Ouhh, lepastu-lepastu?"
"Dia bagitahu ibu, sebab apa dia suka buli kamu"
"Sebab apa?"
"Sebab dia kata kamu ni, buat tak tahu je lah apa yang dia buat. Apa tu orang cakap buat bodoh je? sampai dia letak lipas dalam beg kamu tu, sejak tu la dia insaf daripada buli kamu dan ayah dia masukkan dia ke tahfiz"
"Ouh, macam tu. Tapi betul la, dia dah tahu kan yang fai ni takut dengan lipas. Padan muka"
"Kamu jangan nak padan muka kan dia, nanti jadi jodoh baru tahu. Ibu suka sangat-sangat dengan dia. Helokkk orangnya"
"Iye lah ibu, daripada tadi lagi dengar suka-suka. Baik ibu je yang kahwin dengan dia"
"Kamu nak ke dapat ayah tiri muda?"
"Eh tak nak lah ibu, dah la sebaya dengan fai. Eeeee gelilah" kata ufaira lalu bangun menuju ke rak pinggan dan mengambil beberapa keping pinggan
"Tahu pun, melainkan dia jadi menantu ibu"
Mulalah tu mak aku tu, nak mula sesi merepak dia sampai habis tahap
"Takpelah ibu, fai pergi letakkan pinggan ni dekat ruang tamu. Kita makan dekat bawah eh?"
Ufaira terus ke ruang tamu, semasa diruang tamu. Dilihat fahmi sedang bermain telefon dan tersenyum-senyum. Apasal pulak mamat ni? senyum sorang-sorang sambil tengok telefon? ufaira menjongketkan sebelah keningnya
"Wahai encik doktor, jemputlah makan. Ke nak tunggu anak raja yang jemputkan?"
Ufaira sudah siap menyusun makanan di ataa tikar mengkuang. Ibu dan fahmi pun turut serta. Fahmi membaca doa sebelum makan. Mereka makan dalam keadaan diam seketika, hanya mata yang bergerak-geri
Share this novel