3 BULAN KEMUDIAN

Romance Series 18790

Pada hujung minggu seperti biasa aku pergi ke tempat gym untuk melakukan senaman bersama fahmi jurupelatih persendirian

Hubungan aku dan fahmi semakin rapat dan semakin serious. Tapi tak adalah serious mana, hubungan kami masih diketahui oleh orang tua kami. Kami hanya menjalinkan hubungan cinta sahaja, belum ke fasa pertunangan atau berkahwin

Hari ini merupakan hari terakhir aku ke gym, aku menunggu fahmi seperti biasa. Dia memberi aku tiga kuntum bunga ros

"Hi awak"

"Hi sayang" kata fahmi sambil menghulurkan aku 3 kuntum bunga ros

"Kenapa tiga kuntum?"

"Kenapa tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh awak, tapi semakin kurang bunga awak bagi dekat saya"

"Ouhh, kedai bunga tu haa kehabisan bunga. Itu yang semakin lama semakin sikit" usik fahmi sengaja

"Ye la tu, takpe nanti saya nak awak yang tanam pulak bunga tu boleh?"

"Boleh je, not a big problem"

Semasa aku sedang berlari diatas trendmill, fahmi meminta diri untuk meninggalkan aku sendirian dikawasan khas untuk aku. Tiba-tiba ada tangan yang melekar dipinggangku. Terus aku tekan butang stop untuk hentikan larian

"Awak nak apa hah?" marah aku kerana terkejut

"Honey marah ke?" katanya sambil cuba meraih pergelangan tanganku

"Apa main sentuh-sentuh ni?" marah aku lagi

"Garangnya emmmm, lagi garang lagi sayang suka" kata marzuki cuba menghampiri aku. Baru sahaja dia ingin memegang wajah aku, fahmi hadir lalu terus memulas tangannya ke belakang

Terus menjerit si marzuki tu "Aaaaaa, main kasar eh kau fahmi"

"Sape yang mula dulu?"

"Sayang, awak berdiri belakang saya. Awak ikut je arahan saya bila perlu" arah fahmi

Aku terus menganggukkan kepala laju

"Alah-alah bersayang-sayang pulak. Aduhh geli tahi telinga aku dengar" marzuki mengaru telinganya yang tidak gatal, mengejek mereka berdua

"Kau yang mula dulu" sambung marzuki pula sambil mengosok lengannya

"Sape suruh kau sentuh ufaira?"

"Lahh, salah ke aku nak sentuh dia? dia isteri aku" kata marzuki tanpa ada rasa bersalahnya

"Correction, bekas isteri kau" teka fahmi

"Bekas isteri ke, isteri ke, sama je. Kalau bekas isteri boleh kahwin semula" marzuki melihat ufaira atas bawah. Ufaira dilihat sudah cantik seperti dahulu malah terlebih cantik daripada dulu. Sudah kurus, muka pun dah glowing, semakin putih sedap mata memandang

"Awak, dia pandang saya atas bawah lah" bisik aku kepada fahmi

Fahmi terus memandang marzuki bila aku berkata begitu, panas dirinya apabila melihat marzuki menilai ufaira melalui fizikal begitu

"Baik kau blah daripada sini zuki, sebelum muka kau hancur" fahmi sudah mengenggam tangannya kuat sehingga nampak urat-urat dilengannya

"Apasal? kau nak tumbuk aku ke? kau nak teranjang aku? buatlah aku tak kisah pun" perli marzuki sambil mendekatkan wajahnya ke arah fahmi

Baru sahaja fahmi ingin melayang tanda 5 dekat wajah marzuki, tiba-tiba ada bunyi ketukan daripada pintu. Semua wajah berpaling pada arah yang berbunyi itu, ada seorang wanita yang sedang mengandung. Kelihatan seperti......... eh tu bukan ke perempuan yang mengandung marah makcik tanya aku dekat klinik tu ke?

"You buat apa dekat sini?" bengis suara marzuki bertanyakan perempuan itu

"I nak jumpa you"

Aipppp apasal suara dia macam suara raisha, apa ke dah berubah perempuan tu? jadi gemuk macam aku dulu?

"Kan i dah cakap, nanti i balik. You balik je lah rumah dulu" arah marzuki

"Kalau i cakap i tak nak balik? you nak buat apa?"

"You nak i heret you keluar ke? dengan perut besar tu?"

Aku beralih pandangan pada perut raisha, betul wanita itu mengandung. Tetapi berapa bulan tu tak sure lah

"Okay fine, i akan keluar. Tapi ingat, you balik malam ni"

Raisha terus keluar dan menghembas pintu sampai terangkat bahu aku. Nasib baiklah gym ni baru buka, kalau tak roboh dah bangunan ni

"Bini kau dah panggil pergi balik je lah" arah fahmi malas mahu bergaduh. Bagi dirinya bergaduh bukanlah satu penyelesaiannya, semakin bergaduh semakin kusut. Dia harus menjadi gentlemen di depan buah hatinya dan kerjanya sebagai seorang doktor

"Kalau aku tak nak balik, kau nak buat apa? nak ugut aku macam raisha ugut?"

"Tak ada masa lah, aku nak main ugut-ugut. Aku cuma tak nak kotorkan tangan aku untuk kau. Tangan aku buat bunuh orang, tapi merawat orang"

"Cehh, merawat konon.... Mula-mula merawat orang lama-lama merawat hati bekas isteri orang kann?" marzuki sengaja ingin memanaskan dirinya

"Orang yang aku rawat tu cuma bekas isteri, bukan isteri orang lagi" suaranya sudah naik senoktaf. Aku masih kekal diam dibelakangnya

"Ouhh, ye?"

Marzuki mendekati fahmi dan berbisik ke arahnya, matanya bertentangan dengan mata aku

"Barang second kann? cheap cheap, mesti hantaran seringgit je nanti"

"Kau ni memang melampau!!" fahmi terus melayang buku 5 kepada marzuki bertubi-tubi sehingga terkoyak bibir mulutnya dan bengkak pada muka

"Awak awak, dah la tu" panggil aku apabila melihat marzuki sudah lembik. Hehehehe boleh tahan jahat jugak aku ni, lepas marzuki lembik baru aku tahan dia. Kalau marzuki bertenaga, aku biar dulu

Fahmi menghembus nafas dalam-dalam, turun naik dadanya menahan marah. Buku 5 fahmi juga turut terluka sama

"Sekali lagi kau cakap macam tu dekat ufaira, aku buat kau lesap terus dalam muka bumi ni" marah fahmi

Kami meninggalkan marzuki yang masih lagi berbaring lemah di atas lantai. Aku membawa fahmi menuju ke dalam kereta dan memberi sedikit rawatan

"Awak tunggu kejap, saya ambik peti kecemasan dekat belakang" aku meninggalkan fahmi ditempat penumpang bersebelahan dengan pemandu. Aku menuju ke arah bonet belakang mengambil peti kecemasan dan membawanya ke hadapan

Aku duduk dibahagian pemandu "saya pegang tangan awak sekejap tau"

Fahmi hanya mengangguk kepala sebagai balasan. Aku buat dengan lebih hati-hati dan lemah lembut, aku tak sangka marah fahmi sampai sekuat itu sekali. Ku sangkakan gentlemen, rupanya harimau jugak

"Sorry tau kalau sakit, awak tahan sikit eh" fahmi menahan pedih, aku terlihat reaksinya yang memejamkan matanya

Lama kami berdiam tiba-tiba fahmi bertanya kepada aku

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang dia ganggu awak dalam bilik tu?" suaranya tegas dan serious

"Saya tak tahu, tiba-tiba je dia dah wujud belakang saya sambil pegang pinggang saya. Saya terkejut, jadi saya pun berhentilah lari tu mengejut" cerita aku ringkas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience