BANGKIT SEMULA

Romance Series 18790

Pada hari sabtu itu, mereka telah ke mahkamah untuk sesi penceraian. Pada pukul 9 pagi mereka telah tiba bersama dengan bersama peguam masing-masing. Dilihat raisha datang bersama marzuki, manakala ufaira datang bersama kartini

"Wehh, betina tu ikut jugak laki kau ke sini?" tanya kartini sambil matanya memandang tajam ke arah raisha

Ufaira hanya menganggukkan kepalanya sahaja, lalu mengikut peguamnya menuju ke dewan persidangan

Dalam masa 2 jam tu, mereka berbincang untuk sesi penceraian. Dan secara sah ufaira telah dijatuhkan cerai talak satu oleh marzuki. Setelah selesai mereka keluar dan marzuki berkata

"So sekarang, kau dah bukan isteri aku. Dalam iddah sekali pun, aku tak nak ambik tahu hal kau. Kehidupan kau, nafkah atau apa-apa je lah. Kau anggap je aku dah tak ada kaitan dengan kau dan tak pernah berkahwin. Kau buang semua kenangan diantara kita" kata marzuki lalu memakai cermin mata hitamnya

Ufaira hanya mendengar langsung tidak berkata apa

"Dah la, jomm kita mar kita balik. Panaslah dekat sini dengan perempuan ni. Nanti my mom nak jumpa you for tomorrow wedding"

"Okaylah kalau tu. Jomm"

Mereka menuju ke arah kereta, manakal ufaira masih disitu bersama peguamnya adriz

"So macam mana sekarang ni puan?"

"Takpelah, cukup setakat ni je saya perlukan khidmat awak. Nanti kalau apa-apa lagi saya akan hubungi awak"

"Baiklah puan, saya minta diri dulu. Terima kasih"

"Sama-sama" kata ufaira lalu beredar bersama kartini

"So hari isnin kau nak mula kerja lah dekat klinik family kita tu?"

"Haah, dah itu je yang panggil aku"

"Ouhh, okaylah kalau macam tu"

Mereka menuju ke rumahnya semula, dan berehat. Semasa berehat kartini berkata

"Kau rasakan dorang kahwin sebab apa?"

"Entah, malas aku nak fikir. Serabutkan otak je lah" kata ufaira

"Tapi kan aku agak je lah, yang betina tu mengandung anak dia lah"

Ufaira mengangkat bahunya tanda tidak tahu

"Kalau mengandung pun, dorangkan dah nak kahwin esok. So that save"

"Kau pasti ke perkahwinan dorang tu akan kekal lama?"

"Tu aku tak pasti, aku tak tahu dan aku tak nak tahu pun. Yang aku nak dia lepaskan aku je. So now i got what i want"

"Apa plan kau babe?"

"Seribu satu plan aku"

"Seriouslah?"

"Takpelah wehh, aku nak naik atas sekejap. Aku nak rehat. Nanti lusa kau tolong hantar aku kerja boleh?"

"Boleh je, on"

"Okay"

Ufaira pun naik ke atas lalu terus memasuki ke dalam biliknya dan menilikkan badannya di depan cermin

"Kau cakap aku gemuk eh? kau cakap aku tak cantik? kau tengok nanti sape cari sape semula. Sape yang melutut dekat sape?" kata ufaira sambil bergaya seperti model di hadapan cermin

Pada pagi keesokan harinya, ufaira bangun tidur lambat kerana masih lagi cuti. Ufaira turun ke bawah mencari rakannya itu, dilihat kartini khusyuk bermain telefon

"Weh babe kau buat apa tu?"

"Takde lah, aku tengah tengok ni" kata kartini sambil menunjukkan telefon ke arah kawannya itu

"Ouhh" kata ufaira acuh tak acuh

"Ouhh je kau jawab!? kau tak marah?"

"Buat apa aku nak marah? aku bukannya berkongsi dia, and aku pun dah bebas daripada pegangan dia. Apa lagi yang aku nak?"

"Ouhh, betul jugak eh?"

"And yang paling penting, hati aku dah tawar dengan dia"

"Kau tak menangis pun lepas bercerai, kuatnya kau kann?"

"Sebab aku dah penat terluka, aku dah penat menangis, aku dah penat terasa wehh dengan perbuatan dia. Jadi untuk apa aku membazirkan air mata aku untuk menangis dekat dia lagi? sebelum ni dah banyak aku membazirkan air mata dekat dia" kata ufaira sambil makan pagi

Pada hari isnin ufaira telah hadir ke klinik itu untuk memulakan sesi kerjanya

"Emm assalamualaikum" kata ufaira

"Waalaikumsalam, eh ni ufaira kan? yang mintak kerja haritu?" tanya salah satu staf di farmasi itu

"Haah ya saya kak"

"Ouhh, masuk-masuk. Akak tunjukkan dekat kamu macam mana kerja dekat farmasi"

Zahra itu seorang pekerja lama yang sudah bekerja diklinik tu sejak klinik itu pertama kali dibuka. Setelah zahra memberitahu segala selok-belok tentang ubat di farmasi itu mereka berborak seketika

"Ufaira kalau ada yang tak faham ke, boleh je tanya akak. Jangan risau"

"Ouhh, baiklah kak. Terima kasihnya, akak banyak bantu saya"

"Sama-sama, alahh biasalah tu. Akak mula-mula kerja pun tak faham tulisan doktor ni. Tapi akak tanyalah doktor tu, sampai ada seorang doktor lelaki ni dia tulis betul-betul supaya akak faham"

"Ouhh, macam tu"

"And alhamdulillah sampai sekarang akak faham dan suka kerja dekat klinik ni sebab doktor tu je"

"Dia ke owner klinik ni kak?"

"Haah dia lah, handsome orangnya tapi jenis yang tak layan perempuan"

"Ouhh, macam tu"

"Tapi dia single lagi"

Seketika mereka diam sambil menyusunkan ubat

"Ufaira pernah berkahwin ke?"

Baru sahaja ufaira ingin membuka cerita, tiba-tiba ada bunyi loceng di pintu, mereka turut melihat ke arah pintu. Dilihat ada seorang lelaki yang memasuki ke dalam klinik terus ke biliknya dengan berpakaian kemeja berwarna hitam, rambutnya disikat rapi dan kemas

"Dialah owner klinik ni"

Ufaira yang terdengarnya terkejut, mengapakah dia? dan kenapa harus dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience