04|•Arash~Nia

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
"SEBELUM HADIRNYA PELANGI, PASTI ADANYA HUJAN"
'kebenaran tidak akan kalah'

Fazriel and the gang dihukum gantung sekolah selama 1 bulan manakala Arash dihukum cuci koridor kelas selama 2 minggu. Sepanjang Arash didenda, Nia selalu menolong Arash . Guru-guru dan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur International High bergosip tentang mereka. Banyak khabar angin yang mengatakan mereka ialah pasangan kekasih . Hakikatnya mereka hanyalah kawan baik. Sepanjang mereka berkawan, mereka sentiasa menjaga ikhtilat.

Bagi Nia hanya Arash kawannya yang masuk dengannya kerana pelajar lain mengamalkan bergaulan bebas seperti memegang tangan berlainan jantina , memeluk berlainan jantina dan lain lain dan membuatkan dia rasa tidak selesa. Setiap kali dia berkata dengan Arash, dia dan Arash akan mengekalkan jarak 1 meter dan menundukkan pandangan bagi mengelakkan zina hati . Fuh- Arash sudah jatuh cinta dengannya sejak pertama kali bertemu . Dia juga sangat menyukai sifat Arash. Baik, pandai , caring , kacak , pandai

"Arash! Emery pukul aku. Sakittt kaki aku dah bengkak ni , siap darah lagi ni. Jahamam kau wahai emery "Ujar Nia sambil menangis teresak-esak . Sungguh dia geram dengan adab pelajar di sini. Tak reti hormat orang. Sibuk aja dengan urusan orang. Jaga kain sendiri sudahlah. Tidak payahlah jaga kain orang

"Yow my only Nia Rose! Kenapa dia pukul kau? Uish teruk tu. Meh aku bawak kau pergi bilik sakit dekat sekolah ni. Boleh jalan tak tu? Ke nak aku panggil cikgu. Eeh jap . Cuba cerita kenapa dia pukul kau "Soal Arash bertalu-talu. Dia sangat risaukan Nia. Nia pula degil. Arash suruh Nia beritahu dia kalau nak pergi mana-mana . Tapi Nia ni degil. Dia seludup keluar.

"Hiks- dia paksa aku cakap dengan dia. So aku cakap la macam biasa. Tapi bila dia cuba peluk aku, aku tolaklah dia. Lepastu dia jatuh, masa dia jatuh dia terhantuk dekat almari buku dekat belakang. Bila dia langgar almari tu, pasu yang ada atas almari tu jatuh atas kepala dia. Berdarah sikit kepala dia. Dia pun mengamuklah habis sekelas dia amuk. Tapi bukan salah aku. Salah dia"Terang Nia. Dia yang masih ketakutan trauma dengan Emery. Sumpah kalau dia tahu baik dia tunggu Arash dekat perpustakaan tadi. Menyesal pula tidak dengar kata Arash

"Serious lah berdarah? Kalau macam itu, aku bawak kau pergi klinik luar sekolah. Sebab besar kemungkinan dia berada di klinik sekolah. Confirm mengamuk balik nanti . Lepastu kita kena hukum lagi. Haish penat la macam ini" Ujar Arash. Kalau boleh dia kahwin dengan Nia sekarang juga. Dia mahu mendukung dan memeluk Nia. Tetapi dia sedar selagi dia belum kahwin mustahil dia dapat buat semua tu

"Pergi dengan apa?"Soal Nia. Selama ini, dia tak berapa tahu tentang diri Arash. Diri sendiri pun dia tak kenal. Hahaha. Smile in pain-

"Haish cik Nia sayang, pergi dengan kereta la. Takkan nak jalan kakii" Jawab Arash

"Kereta siapa? Sekarang kan masa belajar lagi "Soal Nia lagi.

"Kereta akulah sayang oii. Takkan nak curi kereta cikgu. Nah pegang tali ni. Aku boleh tahu bila kau berhenti. Aku takut kau hilang. Menyesal tak sudah aku nanti . Kalau boleh aku nak peluk budak comel nih! Kenapa kau comel sangat ni?alahai sudahlah comel, cantik dan baik. Tak sabar aku nak jadi suami kau. Menguji iman betull. Nasib aku ni pandai control iman aku"Ujar Arash. Kembang hidung Nia apabila Arash memujinya

Nia sekadar meng'ooowhhhhhhh' mucung mulut Nia jadinya. HAHAHA

Skip-

Tempat parking kereta,

Bulat mata Nia melihat Audi R8 V10 milik Arash. Tidak sangka dia berkawan dengan anak CEO DIAMOND HOLDING EMPAYAR. Dia dilayan seperti seorang puteri oleh Arash. Bertuah betul sesiapa yang akan menjadi isteri Arash. Dia harap dia yang akan menjadi isteri Arash. Jadi puan besar nanti. HAHAHA Nia, Nia suka berangan! Tanpa Arash sedar , Nia sudah jatuh hati terhadapnya. Mereka saling mencintai tetapi adakah mereka akan bersama?

Di dalam kereta Nia tertidur. Seperti puteri gaya tidurnya. Betullah bidadari dunia tidak bersayap. Dia satu-satunya perempuan yang tidak mengejar dunia seperti perempuan lain yang Arash pernah jumpa

'Nia , Nia aku akan cari keluarga kandung kau. Aku janji. Tapi aku ke Malaysia sebab misi untuk mencari Isha, kakak kembar aku. Dia tak hilang cuma dijaga oleh keluarga angkat. Nama ibu angkat dia kalau tak silap Lee Seo Yeon manakala ayah angkat dia bernama Park Min Young' Bisik Arash

Nia yang hanya tidur ayam mendengar sayup sayup apa yang diujarkan oleh Arash. Seingatnya ibu dan ayahnya juga mempunyai nama Korea. Tetapi dia tidak tahu disebabkan malas ambil tahu.

Arash membawa Nia ke Klinik swasta. Kecederaan Nia tidaklah teruk tetapi luka tu agak dalam dan perlu dibersihkan secepat mungkin. Nia juga diberi setablet ubat migrain. Rupa-rupanya selama ini, pening kepalanya berpunca daripada mingrain

To be continue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience