01|°TENGKU NIA

Fantasy Series 3582

MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT
"SEBELUM HADIRNYA PELANGI, PASTI ADANYA HUJAN"

Terengganu, Malaysia

Kedengaran desiran ombak yang sangat menyenangkan. Setelah penat disekolah akhirnya TENGKU Nia dapat merehatkan fikirannya dan dirinya. Namun ketenangan yang dirasai hanya sekejap apabila sekumpulan gadis datang lalu menendangnya sehingga jatuh terkena batu yang tajam. Tanpa rasa bersalah dan kasihan sekumpulan gadis itu memukul Nia sehingga Nia lunyai.

"Kau! Aku dah cakap jangan beritahu cikgu tentang kegiatan haram kami! Yang engkau degil kenapa"Ujar Sarah bengang . Mereka dihukum gantung sekolah selama seminggu disebabkan kes ini. Mereka juga mendapat amaran keras daripada pengetua.

"Kita pelajar sekolah. Harus patuh semua peraturan sekolah , tak kira siapapun. Kalau awak nak kebebasan sangat berhenti sahaja sekolah. Awak tak perlu belajar. Lagi awak suka bukan? Setakat gantung sekolah seminggu tak adalah berat sangat kan? "Balas Nia tanpa teragak-agak.

Sebagai pengawas yang berdedikasi, dia akan memastikan semua pelajar mematuhi semua peraturan sekolah

"Kurang ajar kau ! Aku akan pastikan kau menyesal "Balas Suzy

"Ajar la. Kita tengok siapa lagi hebat. Dengar sini, kebenaran tidak pernah kalah. Awak buatlah apa pun dekat saya, saya tidak akan pernah mengalah. Takut kepada awak? Memang tak la . Awak siapa saya nak takut? Baik saya takut kepada Tuhan. Kerana bila susah tuhan yang ada bila saya susah. "Balas Nia pedas. Walaupun badannya sudah lemah ianya bukan penghalang Nia untuk berdebat .Kata kata Nia membuatkan gadis gadis nakal itu semakin marah

Tanpa sebarang amaran, Maira menampar muka Nia sekuat-kuatnya sehingga bibir Nia berdarah teruk. Perbuatan Maira itu terhenti apabila abang saudara Nia, Hazrel datang menyelamatkan Nia.

"Kau orang memang tidak serik bukan?kamu mahu Nia buat apa baru kamu mahu berhenti? Saya sudah penat dengan perangai kamu semua harap muka saja cantik akhlak tidak baik apa gunanya" Balas Hazrellalu membawa Nia pulang ke rumah

Sesampai sahaja di rumah, ibu Nia sangat terkejut melihat badan Nia yang penuh dengan darah dan lebam teruk.

"Maafkan Hazrel aunty sebab lambat selamatkan Nia. Kalau Hazrel cepat mesti Nia tak cedera seteruk sekarang"Ujar Hazrel lalu meminta diri untuk pulang ke rumahnya

'sayang bersabarlah. Ibu akan cari mama kandung kamu. Kalau mama kamu yang jaga mesti kamu tak terluka seperti sekarang bukan? Ibu gagal menjadi ibu yang baik walaupun Ibu sudah cuba yang terbaik. terhutang budi dengan mama kamu 'bisik Arissa kamu anak mama selamanya. Walaupun ibu mempunyai anak sendiri kamu tetap anak ibu.

10 tahun setelah mengambil Nia sebagai anak angkatnya, dia mendapat cahaya mata pertama. Anaknya diberi nama Muhammad Amirul Qayyum. Pernah sekali Nia bertanya kenapa nama dia ada perkataan Tengku sedangkan mama, papa dan adik tidak ada. Maafkan mama kerana menipu kamu

"Mama kenapa nama Nia ada perkataan Tengku? Tengku bukan untuk keturunan diraja sahaja ? Kenapa Nia ada? Ibu, ayah dan adik pun tiada perkataan Tengku"Ujar Nia setelah lama dia memendamkan soalan ini dan akhirnya dia bertanya juga pada hari ini

Serba salah Arissa jadinya. Dia tidak mahu gadis kecil ini terasa. Tetapi dia mahu gadis itu tahu tentang asal usul dia

"Nama kamu ada perkataan Tengku disebabkan kamu ini istimewa. Sebab itu juga kamu anak kesayangan ibu"Jawab Arissa .

Apabila umur Nia mencecah usia 13 tahun, dia sudah tahu dia anak angkat walaupun ibu dam ayahnya tidak memberitahunya. Dia juga tidak kisah tentang hal itu sekarang

To be continue......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience