23|•ERYSHA DICULIK?

Fantasy Series 3582

SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN

You survived your hardest days , God will not leave you . Keep going , He knows !

???|spread love
-HERLYZZ( ICE PRIENCESS)

"Kau mahu apa daripada aku? Aku penat. Penat . Apa yang kau tak puas hati dengan keluarga aku? Bagitau aku. Aku akan selesaikannya"-ERYSHA

"Abang rayy~mana abang?"Jerit Erysha. Sudah 3 kali dia keliling rumah mencari si Ariyyan. Dia baru tinggal kejap. Selepas 15 jam baru dia teringat phone dia ada dipegang oleh Ariyyan . Kejap lah tu kan?

Terlupa sebab marathon kdrama yang dibintangi oleh Member EXO, kumpulan kpop kegemarannya. Paling dia mina of course Scarlet Heart Ryeo. Baekhyuniee dia kot . MUAHAHAHHA

Sudah hilang pakcik ni. Ghaib. Penat dia cari. Dia tak kisah kalau Ariyyan nak pergi mana-mana . Masalahnya phone dia tu. Sudahlah Ariyyan tahu password phone dia lepas Ariyyan hack phone dia minggu lepas.

"Janganlah main - main. Tak lawak. Abangg! Phone Isha tu. Janganlah"Jerit ERYSHA lagi sekali. Selepas mendongak ke bawah baru dia perasan yang kereta Ariyyan tiada di garaj . Kalau boleh biar satu rumah dengar. Sakit telinga Arash mendengar pekikan adik kesayangannya dia. Hshshhs nasib sayang

"Isha! Senyap ! Ash nak buat assignment"Jerit Arash daripada biliknya . Geram sebab dia yang kena siapkan assignment yang wajib dihantar sebelum minggu depan terganggu dengan pekikan Erysha

"Abang! Abang Ray hilang! Isha dah call semua staff di hospital mereka semua cakap tak ada nampak abang. Kawan- kawan abang pun tidak ada nampak abang. Isha suruh Hayden cari abang dekat Kolej. Pun tak ada.

Dekat markas lagilah tak ada sebab dari semalam Ess tak balik . Kalau abang datang sana memang buat Ess marahlah."Jerit Erysha sambil berlari ke arah bilik Arash yang terletak di tingkat 3 apabila teringat yang Arash berada di rumah. Ingat dah pergi ke Jeju. Menyusahkan betul rumah banyak tingkap ni. Serabut. Nasib ada lif

"Maksud kamu, abang hilang? Isha. Dengar sini. Abang Ray pandai jaga diri. Dia tahu dia sedang buat apa"Ujar Arash cuba untuk menenangkan Erysha. Kalau sekali Erysha mari panik memang susah nak hilangkan.

"Tak sekarang ni.... Abang lupa bawak ubat asma dia. Kalau tiba-tiba asma dia datang macam mana? Isha tak mahu kehilangan abang. Keadaan ini sama seperti mimpi Isha. Isha takutlah . Ash semua ni salah Isha ke?

Isha suruh dia main jauh-jauh tadi. Kalau Isha kasi dia main dalam bilik Isha je mesti semua ni tak jadi kan. "Ujar Erysha. Merah mata dia akibat menangis . Alah budak manja ni. Sayang sangat abang dia. Kalau Ess memang tak dia nak kesah.

"Mimpi? Apa kaitan dengab mimpi Isha?"Soal Arash tidak mengerti apa yang Eysha cuba bagitau.

"Sebenarnya mama cakap, Isha dapat tengok masa depan melalui mimpi. Macam susah nak percaya. Tapi dengan izin Allah. Semua boleh. Kenapa selama ini semua firasat Ash betul? Sebab Ash mampu membaca gerak hati seseorang namun hanya berkesan untuk jarak dekat.

Macam haritu, masa Isha pengsan. Ash tengok mata Isha and nampak sesuatu bukan? Sesuatu yang menggerakkan Ash untuk memeriksa sendiri tempat kejadian."Jawab Erysha diselang-selikan dengan menangis. Cry,cry and cry. Ingat menangis boleh selesai masalah ke?

"Hey Isha jangan kesah sangat tau. Esok pagi,bila cukup 24 jam Ray hilang . Baru kita cari dia tau. Don't sad. Princess mana boleh sedih. Macam mana nak memerintah kingdom dia kalau diri sendiri tak boleh kawal. Senyum ya sayang.

Pandailah dia jaga diri. Dia kan hebat"Ujar Arash Setelah menghadam apa yang diujarkan oleh Erysha. Dia cuba untuk sedapkan hati Erysha. Juga menyedapkan hati sendiri. Dia pun rasa ada sesuatu yang tidak kena. Sejak semalam dia rasa. Tapi dia hanya abaikan.

"Hmm. Ash kalau mama tanya Isha pergi mana, cakap Isha pergi ke satu tempat. Tak payah nak jejak guna phone sebab phone Isha dah mati di tangan Ariyyan.

Sekarang ni Isha hanya ada iPad and Laptop je. Ke Ash nak bagi pinjam phone?"Ujar Eryshacuba sebelum keluar daripada bilik itu dan menuju ke biliknya untuk mengambil kunci kereta Audi R8 V10 kesayangan

"Eh Isha tunggu jap. Mari sini. Ash nak bagi sesuatu"Ujar Arash. Menarik tangan gebu lagi putih melepak milik Erysha agar mendekatinya.

"Ni spy cam. Ash takut Isha lupa bawak. Jangan lupa bawak handbag. Spy cam dekat handbag Ash dah letak awal-awal. Dash cam pastikan clear. Dalam kasut tu make sure letak pisau lipat. Jalan tu baik-baik kang tersusuk susah pula. Nanti letak tau spy cam dekat tudung Isha. 

Batang besi letak dalam handbag. Pistol letak di pinggang. Senang Isha nak pertahankan diri Isha kalau apa-apa terjadi. Ash bukan apa. Ash cuma risau. Ash tak sedap hati. Take care ya duhai Tengku shown 's princess."Ujar Arash sambil meletakkan aksesori mempertahankan diri itu di badan Erysha. Erysha hanya diam membatu.

Tidak percaya yang Arash sebegini rupa menyayangi dia. Dia hanya mahu ke kubur Chrisstella. Dia tahu dia agak tak betul. Malam-malam buta pergi kubur. Dia mahu tunggu esok tetapi dia sangat rindukan anaknya dan Chrisstella.

"Isha. Ash risaulah. Benarkah Ash ikut boleh?  Sekurang-kurangnya kalau Ash ada lebih selamat. "Ujar ARASH. Menahan aku keluar daripada biliknya lagi sekali. Haih

"Jangan risau Ash. Isha pergi kejap je. Sejam. Kalau lebih sejam Isha tak balik, Ash carilah Isha. Cari di tempat yang Isha selalu pergi"Ujar Erysha sambil tersenyum lebar

"Baiklah kalau itu keputusan Isha. Nah ni Samsung milik Ash. Ash dah jarang guna. Isha gunalah. Sim Card masih ada. Ash tak pernah buang. Guna sajalah. Ada apa-apa Isha call Ash  yaa? Drive baik-baik. Baca doa."Ujar Arash sambil menghulurkan Samsung flip z . Dengan senang hati, Erysha mengambil phone itu dan berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih.

"Kalau Ash intip Isha, Isha akan potong gaji Ash. And merajuk disebabkan Ash tidak mempercayai Isha"Ujar Erysha memberi amaran agar Arash tidak mengintip dia. Arash bukan boleh percaya sangat. Dia kata tak. Tapi dia buat juga.

?

Di kubur,

' Assalamualaikum ya ahlil diar' bisik Erysha sebaik sahaja menapak masuk ke tanah perkuburan Islam itu. Tanpa melengahkan masa, Erysha menuju ke kubur Chrisstella yang berada disebelah kubur Uwais.

Apabila menjumpai kubur Chrisstella, Erysha menghadiahkan AL Fatihah buat seluruh penghuni kubur itu. Selesai itu, dia membaca zikir , tasbih dan doa buat mereka disana

"Kak Chrisst. Kenapa selama ini akak tak beritahu pun yang kita ada kuasa istimewa. Sebelum kak Chriss pergi, malam tu Isha mimpi yang kak Chriss jatuh tangga sebab tu Isha tak nak dengar masa akak terangkan pasal wasiat akak.

Isha sedih. Isha tidak mahu kehilangan orang yang Isha sayang. Semoga kak Chriss aman di sana. Isha selalu mendoakan kesejahteraan Isha."Ujar Erysha sebelum beralih ke kubur Anak sulungnya.

"Uwais sayang?tunggu mama di syurga. Kamu tinggal dengan aunty Chriss dulu tau. Nanti mama dengan papa jumpa dengan kamu . Doakan agar mama terus kuat ya sayang. Duduk baik-baik dengan aunty Chriss. I love you so much my prince "Ujar Eysha. Sekali lagi dia Menangis. Dia merasakan bahawa dirinya bukanlah ibu yang baik kerana gagal menjaga Uwais .

Selesai sahaja membacakan doa and al Fatihah sekali lagi, Erysha berkira-kira untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. Tetapi belum sempat 10 langkah Erysha berjalan, Seseorang telah mengunci pergerakannya. Dia cuba untuk mengambil batang besi yang berada di dalam handbag miliknya tetapi tidak dapat apabila penjahat itu lebih selangkah ke hadapan. Erysha cuba untuk meronda-ronda

"Apa yang kau nak daripada aku ! "Jerit Erysha dalam kepayahan. Nafasnya tersekat-sekat apabila 'orang itu' menutup mulut Erysha menggunakan kain yang telah diletakkan bahan kimia. Setakat ini, Erysha masih boleh lawan bau bahan kimia tu.

"Keadilan"jawab si 'dia'  . Ringkas tapi mempunyai sejuta makna.

"Apa yang kau tak puas hati dengan keluarga aku ?"Jerit Erysha. Walaupun dia menjerit, jeritannya hanya kedengaran sayup-sayup kerana Erysha sudah mula pening . Kesan daripada bahan kimia itu.

"Kau akan tahu. Suatu hari nanti. Biar Alicia Sansrose Shown sendiri bagitau."Ujar 'Dia' dan Erysha sudah tidak sedar apa-apa. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi terhadapnya. Sekarang, dia hanya bertawakal kepada tuhan. Dia betul-betul berharap agar Arash akan mencari dia. Dia sempat menghantar rakaman suara si 'dia'.

Di teratak Tengku Isabella, Arash risau kerana Sudah lebih 3 jam dan Erysha masih belum pulang. Kerisauannya bertambah apabila menerima rakaman suara daripada Erysha. Suara itu bukan milik Erysha. Dia memutuskan untuk mencari Erysha. Bermula di kolej. Pasti ada sesuatu telah terjadi. Aduh, dia sepatutnya intip sahaja Erysha walaupun Erysha tidak mengizinkan.

?

To be continue.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience