Tanggal 3 June, 4.40 pagi lahirlah 3 kembar milik Tengku Isabella. Pada saat ini, air mata tengku Isabella menitis kerana kegembiraan. Namun siapa sangka, kegembiraan itu tidak bertahan lama.
Seminggu selepas itu, puteri kesayangan Tengku Isabella merangkap pewaris seterusnya DIAMOND HOLDING iaitu Tengku Aryana Erysha dikejarkan ke hospital akibat demam yang teramat panas. Walaupun sudah seminggu berada di hospital, Tengku Aryana tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh. Hal ini membuatkan Tengku Isabella semakin sedih. Andai sakit anaknya itu boleh dipindahkan, dia mahu biar dia yang sakit. Dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya yang tidak bermaya itu.
Akhirnya Tengku Isabella memutuskan untuk membawa anak itu ke Korea bagi merawat anaknya . Sistem perubatan di Korea sangat hebat. 2 lagi anaknya iaitu Aryna Essandra dan Arash Erin akan dijaga oleh kakaknya, Myra .
Sesampai sahaja di Incheon international airport, Tengku Isabella mengambil Flight ke Seoul.
Siapa sangka? Ikhtiarnya berjaya. Anaknya sembuh sepenuhnya dan mula sihat seperti bayi lain. Namun ujian belum berakhir, dia dikejutkan dengan sekumpulan pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh anaknya. Dia syak ini angkara musuh ketat keluarganya. Mahu atau tidak Tengku Isabella terpaksa serahkan anaknya itu kepada orang lain demi menjaga keselamatan anaknya.
Kebetulan ada pasangan yang baru menyambut anak sulung mereka, nasib mereka agak malang kerana Tuhan lebih sayangkan anak mereka. Anak mereka lemas ketika sedang dilahirkan. Apabila Tengku Isabella memberitahu kepada mereka bahawa dia anak menyerahkan anaknya kepada mereka, pasangan itu sangat gembira dan berterima kasih kepada Tengku Isabella. Tengku Isabella sempat berpesan kepada pasangan itu agar menjaga Aryana seperti anak kandung sendiri.
"Cik, saya harap sangat agar cik dan encik dapat jaga anak saya sebaik mungkin. Kalau boleh cik dan encik bawa diorang jauh dari Korea. Saya terlalu sayangkan anak saya. Jangan layan dia dengan buruk walau sekali pun! "Ujar Tengku Isabella sebelum meninggalkan anaknya kepada pasangan itu dengan air mata yang tidak henti. Dia tidak sanggup tapi dia terpaksa
4 tahun kemudian,
Tengku Isabella memutuskan untuk menetap di Korea setelah mendapat kewarganegaraan
"Apa Mika? Pasangan tu dah tinggalkan korea? Tapi mereka masih berada di benua Asia kan?"kata Tengku Isabella mengharapkan anaknya tidak jauh daripada Korea.
'sayang mama janji akan cari kamu '
5 tahun tahun kemudian,
"Mika kamu dah tahu dimana Isha berada sekarang?mama nak sangat jumpa dia balik. Nenek dah tetapkan dia sebagai pewaris dan juga merangkap pemegang saham terbesar dalam syarikat keluarga kita " -Tengku Isabella
"Belum lagi. Mika dan team masih kenyiasat. Mama sabar tau? Ray janji , Ray akan bawak Isha balik"- Mikael Andre
Share this novel