MY SECRET DIARY|°UNTOLD HURT STORY
SEBELUM HADIRNYA PELANGI PASTI HADIRNYA HUJAN
"THINK FROM POSITIVE SIDE"-ERYSHA
Lepas broken tiga jam, Erysha kembali okay seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Dengan selambanya Erysha masuk dapur ambik Mister potato chips , lepastu pergi ruang tamu makan sambil tengok movie.
Ariyyan dan Arash pelik melihat perubahan emosi Erysha yang drastik. Tapi kemain murung sebab dah nak kahwin. Arash hampir menangis apabila mendengar sebab Erysha tidak mahu berkahwin ketika dia menenangkan Erysha .
"Isha, stop crying sayang. Hey kahwin je . Dah-dah jangan nangis. Erysha tak comel la kalau nangis-nangis . Senyum sayang. Ingat pesanan Ash, senyum selagi boleh dan biarkan orang tersenyum disebabkan kita. Tapi, jangan bagi musuh pulak yang tersenyum disebabkan kejatuhan kita.
And Isha kena ingat pesanan almarhum Syeikh Jaber iaitu
Ubahlah duniamu dengan senyuman. Jangan biarkan dunia yang mengubah senyumanmu. Cuba beritahu Ash, kenapa Isha takut sangat bak kahwin?"Ujar Arash. Dia memang fail kalau pujuk perempuan.
Mungkin kerana apabila Esssandra merajuk ke menangis ke dia buat tak tahu je atau kata lain, buat-buat tak dengar dan buat-buat tak nampak. Tapi kalau melibatkan Erysha dia tak boleh kerana dia sudah berjanji akan melindungi Erysha walau apa pun terjadi.
"Isha sedih Isha dah nak kahwin. Nanti bila Isha dah kahwin Isha kena tumpukan perhatian kepada Harvey. Nanti mesti hubungan kita jadi renggang bukan? Isha tidak mahu kehilangan Ash. Ishak tak puas bermanja lagi dengan Ash. Isha risau kalau Isha berkahwin, Ash akan tinggalkan Isha. Ash dah janji kan nak jadi Guardian Isha?
Isha nak Ash je. Tak mahu orang lain sebab Isha sangat sayangkan Ash. Lagipun, Isha ni tak pandai macam Harvey. Isha rasa Isha ni tidak layak. Isha tidak sepandai Esssandra, tidak secantik Essandra, tidak berani seperti Essandra. Isha hanya beban "jawab Erysha sambil menangis teresak-esak. Alololo manjanya adik Ash ni. Ya, mereka kembar tapi Arash lahir awal 3 minit dari Erysha.
"Shuhh- apa pula tak layak. Isha ni lebih dari layak tau. Isha pandai buat kerja rumah, Isha pandai memasak, Isha pandai jaga budak. Isha juga pandai. Ash tengok results SPM Isha, Isha dapat straight A kan? Kenapa Isha kata Isha tak pandai pula. Isha sangat sempurna. Just be yourself sayang. Stop crying okay? Dah pergi makan. Ash tahu Isha masih lapar"Ujar Arash.
Dia terharu sebenarnya. Erysha tidak mahu kahwin kerana tidak sanggup melepaskannya . Mungkin disebabkan perjanjian haritu. Menurut perjanjian itu, kalau Erysha dah kahwin dia boleh melepaskan semua tanggungjawab melindungi Erysha kepada Harvey. Akan tetapi dia tetap berkeras mahu melindungi Erysha walaupun Erysha sudah berkahwin.
Agaknya Erysha hanya dengar yang dia boleh serahkan tanggungjawab melindungi dia kepada Harvey jadinya, Erysha tak dengar sepenuhnya.
Okay. Kembali kepada situasi tadi.
"Aik Isha dah okay?"Soal Ariyyan. Pelik betul dengan adiknya yang sorang ni
"Orang nangis salah. Orang happy salah. Dah tu nak orang apa? "Balas Erysha. Barangkali masih tiada mood.
"Alah jangan marah. Orang tanya je. Nak sikit. Makan sorang-sorang mana aci!"Ujar Ariyyan. Tidak mahu Erysha marah. Dia sudah serik. Semalam masa dia suruh Erysha kemas bilik dia, Erysha punya bebel kalah burung murai
"Ambil sendiri dekat dapur. Sebelum balik Korea haritu, Isha dah suruh borong banyak banyak. Tak nak dengar. Ada 2 botol je lagi dekat dapur. Ini pun yg dah tinggal separuh Isha ambil"Ujar Erysha. Mood dia sekarang ni mood membebel kot.
"Aik-aik apa pula kaitannya dengan borong dekat Malaysia? Abang mintak beberapa keping je Isha oi . Bukan mintak satu lori"Ujar Ariyyan. Makin lama , makin peliknya budak ni
"Sekeping pun berharga tau. Dah pergi main jauh-jauh shuhhh. Isha nak tengok movie dengan tenang tanpa gangguan monyet."Ujar Erysha sambil membuat isyarat berambus dari sini sekarang sebelum Isha mengamuk
"Okay- okay abang takkan pergi HAHAHAH abang pun nak tengok jugak. Please princess"Ujar Ariyyan.
"Hmmm" balas Erysha pendek. Malas meneruskan perbualan dengan Ariyyan
"Akhirnya Isha ikut juga nasihat Ash. Think from positive side! Ingat walaupun 1000 orang membencimu , masih ramai yang menyayangi mu"Ujar Arash tanpa disoal. Diseolah-olah tunggul sebab Erysha buat tak nampak je dia. Malu la tu. Tadi Erysha menangis sampai basah lencun baju dia. Dia terpaksa tukar baju lain.
Erysha buat isyarat kepada Ash supaya jangan bongkarkan apa terjadi tadi. Alah nak elak malu . HAHAHAH. Nasib Ash ni jenis budak baik tau.
To be continue...
Share this novel
emm napo tlalu slow bgerak..